SHARP Kena Ambush!

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Pulangnya Ravi dengan 1001 perasaan yang bercampur baur bagaikan Yong Tau Foo di pasar malam, dengan segenggam plastik berisi PS5 yang diidami setiap hero remaja di seluruh pelusuk dunia. Dia berjalan seperti seorang instafamous yang pulang ke tanah air untuk melihat sahabat baiknya untuk kali terakhir... Eh? Lain macam scene ni.

"Tidak ku minta, lahir ke dunia~ Tidak ku duga hensem begini~♪",

Kedengaran suara Ken dari dapur sehingga ke selekoh rumah geng Tujuh Belasan. Jauh sangat tu. Sebab tu lah dia sesuai jadi bilal surau. Tak perlu mikrofon impian untuk tunjuk skill azan tanpa pembesar suara. Suara dia dah memang kuat pun.

"ASSALAMUALAIKUM ORANG RUMAH! TAK JAWAB DOSA!", Jerit pula si Ravi yang sengaja buat macam tu supaya Ken berhenti memasak sambil bernyanyi. Mungkin Keken dah pasang impian untuk kahwin dengan 'noona' barangkali? Makcik Kiah si penjual kuih hujung kampung? Boleh jadi.

"WAALAIKUMSALAM MARAHMATULLAHI WABARAKATUH! RAHMAN WOI! HA MASOKKKK!!", jawab Ken yang lagaknya seperti Kak Lina Pom Pom sambil memasak Maggie goreng tomyam dalam sebuah periuk yang besar. Cukup untuk 7 orang makan. Kenapa 7? Tanya Ravi nanti.

Ravi dengan perlahannya menaiki tangga lalu masuk terus menuju ke ruang tamu. Tanpa disedari Hongbin dan Hyuk yang masih frust menonggeng macam burung kasawari. Melihat sahaja gelagat mereka berdua ini membuatkan Ravi rasa macam nak tendang bontot sorang-sorang tapi dia hanya mampu bersabar. Jadi dia meletakkan kotak PS5 tersebut dihadapan mereka berdua sambil berkata, "Woi nah, aku beli PS5. Aku tau kau berdua tengah frust tapi gerak la jari-jari kau berdua tu."

Buat penat ja si Ravi ni usung PS5 ni sorang-sorang tapi kedua-dua budak bandel ini masih tak menunjukkan apa-apa respon. Niat di dalam hati Ravi sekarang ni nak maki ja bebudak ni.

"WOI MUHAMAD RRRRRAHMAN! TOLONG AKU SAT!", kedengaran lagi pekikkan seorang insan bernama Ken yang masih bertarung di dalam dapur. Agaknya tengah berlawan dengan sotong gergasi barangkali.

"YOOOO KEJAPPP!!", jerit pulak si Ravi yang terikut-ikut 'histeria Ken'. Dia sekilas pandang pada Hongbin dan Hyuk sambil berpeluk tubuh dan menggelengkan kepalanya lalu berjalan turun untuk ke dapur.

"Bang. Ada baru sesomething tak?", soal Hyuk yang duduk sebaris saf dengan Hongbin.

Hongbin yang masih lagi menerkup mukanya menjawab dengan lemah longlai longwannya, "Bau apa?".

"Bau PS5.".

"Mana mungkinnn~".

"Betul lah. Aku tahu bau ni sebab aku penah curi keluar pegi rumah Dongheon sebab dia baru beli PS5 masa tu.", jelas si Hyuk sambil melagakan punggungnya ke sebelah kirinya, yaqni pada Hongbin.

"Means, memang PS5 lah kat depan kita ni?", soal Hongbin lagi yang masih ragu-ragu dengan deria keempat Hyuk yang kadang-kadang tak function jugak.

Maka, kedua-dua kura-kura ini serentak mendongak ke hadapan mereka. Terlihat sebuah kotak yang besar besama gambaran PS5 dan logo PlayStation yang asli. Uishhhh~ Bukan kaleng kaleng ni. Dan serentak dengan itu, mereka berdua memandang sesama sendiri dengan satu hasrat, satu semangat dan satu tekad...

 

"Dah siap~ Dah siap~", puji Ken ala-ala mak Mira Filzah dalam drama "Sweet Dreams" gittew, sambil menghias Meggi goreng tomyam dengan bawang goreng ala-ala 'Salt Bae'. Dia dengan si Salt Bae tu tak jauh beza pun. Dua-dua masuk air. Cuma sado tak sado ja.

"Tak buat desert ke bang?", soal Ravi yang mula merindukan kek cawan 15minit buatan Lee Jaehwan itu.

Syahdu rasanya bila Ken teringat sesuatu lalu berkata dengan lagak comelnya, "Uhh. Desert takdak hari ni. Tepung habih. Tapi takpa sebab satgi Bang Long dengan Bang Ngah bawak balik murtabak dengan jeruk bawang.".

Ravi mengerut dahinya buat seketika. "Murtabak dengan jeruk bawang? Better lagi dengan kari kambing", bisik Ravi di dalam hatinya yang penuh dengan debunga di taman. " Takpe lah. Nanti kita makan sama-sama. Aku nak naik atas ni, nak mandi.".

"Haaa~ Pegi lah dik uuui~ Bau pun dah macam 4 hari tak mandi.", gurau Ken bagaikan mak-mak yang sedang merewang untuk kenduri tahlil.

Ekspresi wajah Ravi bertukar menjadi clinggy bila melihat ragaman Abang Cik Keken di dapur. Dia sempat menolak Ken dengan perlahannya sebelum naik semula untuk menuju ke dalam biliknya. Ketika dia sedang menaiki tangga, kedengaran bunyi sorakkan macam berada di dalam pasaraya sehari sebelum PKP bermula. Dia kehairanan, game bola apa yang ada petang-petang? Satu demi satu anak tangga dipanjat, dengan perasaan ingin tahu yang tinggi. Ravi menaiki tangga sehingga sampai ke tingkat atas. Dari kejauhan 7 meter boleh nampak Hongbin dan Hyuk sedang khyusuk bermain permainan FIFA yang sudahpun dipasang di dalam PS5.

"Bang, Bang, jangan tolak-," rungut Hyuk sambil jari-jemarinya lincah menggunakan 'console' PS5. Expert lah katakkan.

Hongbin yang merupakan seorang etlit e-sukan yang terhandal pun dah terbabit dengan godaan PS5 dan menjawab, "Asal pulak. Aku lawan hang kan?".

Murung terus si Ravi di belakang mereka. Tadi bukan main lagi jual mahal taknak bangun tengok apa yang dia beli. Hilang beberapa ketika ja terus ssssssup! Main terus PS5 tanpa diresmi oleh tuan empunya PS5. Sabo je lah Kim Ravi uiii. Duit berkepuk-kepuk kan? Beli lah lagi. Kannnnn?

 

Jam sudah pun melepasi pukul 7.25 petang dengan keenam-enam mereka sibuk menghidangkan juadah, termasuk N dan Leo yang baru balik dari bazar ramadan tadi siap bawak balik sirap bandung 8 ikat. Maklumlah. Air dalam plastik selalunya banyak jadi dorang ni pulak kaki pelahap.

"Dah dah. Jom duduk. HUSEINNNN! PIANNNN!! NAK BUKAK PUASA DAH NIH", jerit N yang sudahpun berada di meja makan bersama secawan air sirap bandung dan nasi sepinggan.

"Bang Long, tadi kat bazar banyak gorilla tak?", soal Ken yang cuba melawak tapi punchline tak sampai macam peserta Musikal Lawak Superstar yang tersingkir awal.

"Gorilla takdak, tapi kalau Kongkang tu ramai...", jawab N dengan semlamba badaknya sambil bermain-main dengam straw di dalam cawannya.

Lawak macam tu pun dah membuatkan Leo tersengih macam kambing yang baru meragut tumput di ladang Farm Fresh. Bukan main happy lagi orang tua ni. Macam baru menang loteri.

Tiba-tiba kedengaran runut bunyi lagu "Knock Knock" dari Ellizebeth Tan (ya ka nama dia tulis macam tu? Kalau salah, maafkan Si Penaip ye) datang dari handphone Ravi lalu dia mengangkat panggilan dari sahabat baiknya, "Yo Jongin-ieeee~".

"Hello, Wonsik-ahh~ Aku terpaksa bagitau kat kau benda ni.",

Kedengaran macam serius sangat perutusan si Kai ni. Ravi pun mengiyakan apa yang nak disampaikan padanya sehinggalah...

"HAHHHHH! KILANG KAU ADA POSITIF COVID?!!".

Terkezut kelima-lima jejala terhangat dipasaran termasuk Hongbin dan Hyuk yang terjegat di tangga apabila mendengar jeritan Ravi yang sah-sah keluar dengan Kai tadi beli PS5. Nampak gayanya kilang SHARP kena ambush sebab ada cluster tempat kerja yang baharu. Ni termasuk Kai yang tak tahu lagi samada dia dah dijangkiti ke tidak. Tapi, kalau dia dijangkiti, bermaksud keenam-keenam jejaka ini berkemungkinan besar...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!