CEO Yang 'Mur-Mur' (Bersama EXO Kai & SHINee Taemin)

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Di petang yang hangat dan tiada penghawa dingin di luar pusat membeli belah Village Mall di Sungai Petani. Dengan terpaksa beratur mengunggu orang dihadapan 'direnjis dan ditembak kepala' menggunakan cecair pembasmi kuman dan penembak suhu yang Si Penaip masih tak tahu macam mana nak sebut dalam bahasa Melayu. Itu pun ada yang dengan selambernya masuk tanpa ditembak. Mungin mereka daripada golongan pekerja-pekerja di dalam bangunan itu. Kita husnuzon~

Dan di dalam pusat membeli belah tersebut tidaklah semeriah yang dahulu kalanya. Kalau dulu ada lah perhiasan dekat 'center' dimana manusia dan beberapa ekor setan yang tak scan My Sejahtera akan lalu-lalang menuju ke eskelator dan hellevator- Eh? Maaf Si Penaip ter-fangirl lagu Stary Kids. Maksud Si Penaip ni, elevator. Sekarang ni kosong ja tempat tu. Nak harapkan kedai-kedai kecil dikiri dan kanan tu, jangan mimpi lah...

Didalam kelengangan dan kesunyian tanpa pengunjung yang berpuak-puak, terlihat Ravi dan Kai atau nama melayunya Khai Bahar Bin Mustakim berjalan beriringan bagaikan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tapi Alhamdulillah, mereka berdua lurus ke jalan Allah.

"Ni nak pi mana dulu ni?", soal Kai sambil memegang bungkusan 6 set hidangan Ayam Kari Kepci di kanan dan kirinya.

Ravi pula memegang 7 botol plastik air Starbucks Frappuchino pelbagai perisa itu mula menjawab, "Kita pegi kat kedai si Kicap Tamin dulu. Lepas tu pegi Popular sat, nak beli (komik) Lawak Kampus.".

Boleh dikatakan sejak Ravi dan 'adik-beradiknya' pindah ke kampung, Kai banyak tolong dia dari segi keperluan dan sebagai 'GPS' untuk kemana-mana. Dah 6tahun dorang berkawan ni. Mungkin lebih dari tu. Mungkin sejak dari zaman fetus mereka ditakdirkan untuk berkawan. Dasyat tu.

"Sat-", tegur Kai lalu memberhentikan langkah kaki berkasut Suppreme. Si Jejaka yang bekerja sebagai operator kilang SHARP ini teringat sesuatu, "Hang nampak dak phone aku?".

Dengan muka yang monyok bagaikan 'ingin ku tumbuk in anak bandel', Ravi menunjuk jari telunjuknya ke arah tangan kanan Kai sambil berkata, "Dah tu, yang dalam plastik tu binatang apa?".

Kai tersengih tatkala melihat handphone iPhone 12 yang berada di dalam salah sebuah plastik Kepci. Dasyat ini budak, muda-muda pun dah pelupa.

"Dah dah. Jom cepat. Kang air ni tak sampai kat budak tu kang bertukar jadi hairmau jadian pulak.", rungut Ravi yang mula lemah longlai tatkala penat memegang botol plastik berisi air yang berat dan mampat ni.

"Ye lah Wonsik-ah~", jawab Kai yang hanya dia seorang sahaja yang boleh panggil Ravi dengan gelaran tu. Dia mula mengekori rapat si Ravi yang sudahpun berjalan menuju ke eskelator. Setibanya mereka di tingkat 2, mereka berjalan menuju ke sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis PlayStation dari generasi 1 sampai lah ke Hokage ke-7. Bukan biashe-biashe kedai ni.

"Assalamualaikum ya Kicap Tamin!", sapa Ravi sambil menghulur sebotol air yang dibelinya di tingkat bawah tadi.

Yang berada di dalam kedai tersebut adalah seorang lagi sahabat mereka. Lee Taemin namanya tapi femes dipanggil 'Kicap Tamin' dikalangan Geng Parka. Si Penaip pun tak tahu kenapa.

"Waalaikumsalam ya Shekh saudagar kambing~ Allah... Terima kasih la belanja saya ya Shekh~", jawab Taemin bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya dan tangan yang begitu pantas mengambil air Frappuchino Latte.

Ni lagi sorang, Kai. Tengok ja gelagat dua budak ni terus tercuit hati. Dia ni pantang sikit nampak atau dengar benda yang kelakar. Mudah terhibur lah katakan. Dah gelah 1 hal, bergema satu pusat membeli belah pulak tu.

"Woi woi woi sabaq woi. Bulan posa woi satgi hang dahaga pulak dok gelak macam hantu Kampong Pisang", ujar Taemin yang cuba menenangkan Kai yang masih lagi gelak tak henti.

Kai menarik nafas panjang sambil menahan perutnya yang tak tahu lah sama ada sakit perut atau cara untuk menahan gelak lalu berkata, "Ok wei ok aku try... ya Allah..... Penatnya bedekah tengok hangpa ni.".

Ravi dan Taemin hanya mampu tersengih melihat Kai yang masih lagi memeluk tubuh macam tengah senggugut sebab period pain.

Taemin teringat sesuatu lalu menyoal Ravi yang meletakkan botol-botol air di atas meja kaca dihadapannya, "Ahh~ Hang kata nak beli PS5 kan?".

"Yup. Sebab tu laa aku datang cari hang. Kot kot ada ready stock ka.", jawab Ravi sambil melihat Kai meletakkan plastik makanan Kepci disebelahnya. Matanya yang dari tadi tertumpu kepada muka 'Atuk Kepci' Colonel mula berpaling ke wajah Taemin yang berser-hseri lalu menyambung, "Tapi. Aku nak original tau.".

"Alaaaaa~ Ready stock takdak wei..".

Wajah Ravi yang ceria bertukar menjadi sayu dan pilu. Dia baru ja pasang nawaitu beli PS5 tu.

Sambung Taemin, "Tapi untuk hang punya pasai, aku simpan siap-siap kat stor belakang masa barang sampai haritu.".

"Aishhh budak ni-", tamparan manja Ravi tepat mengenai pergelangan kiri Taemin. Dahinya berkerut ketika melihat Taemin ketawa bersama-sama Kai yang memang tak boleh tahan gelak langsung. Ravi merungut sambil mencebik, "Kau balik ja nanti, kat pintu masuk kampung tu aku kerjakan kau tau.".

"Eleleleleeee~ Gurau-gurau manja di petang hari. Eleh macam tak besa.", Gurau Kai sambil memegang bahu kiri Ravi.

Ravi cuba menepis tapi Kai masih memegang erat bahunya yang bidang tu. Al-maklumlah, rajin angkat kambing.

"Tapi, hang beli ni untuk sapa? Hang bukan rajin pun main game.", soal Taemin sambil menongkat dagu di atas cermin meja yang dipenuhi dengan 'console' (entah la macam mana nak taip ni) yang stylo milo ni.

"Tu haa, kat Hongbin dengan Hyuk. Dorang pulak tak tau nak buat apa petang-petang jadi aku pun beli la.", jawab Ravi sambil matanya meliar melihat 'console' tersebut.

Taemin dan Kai hanya mampu mengangguk faham. Sebenarnya dorang pun dah tahu cerita pasal dua beradik frust mengonggeng tu. Biasalah, 'orang dalam' yang bagitau.

Taemin bangun dari kerusi panjangnnya untuk menuju ke stor belakang sambil berkata, "Takpa lah. Member punya pasai, aku bagi harga member memb-".

"TAK PAYAHHHH~", Jerit Ravi lalu mengeluarkan duit RM100 yang berkepuk-kepuk menanti untuk dipungut je nih. Sambungnya dengan riak, " Aku bayar haga asal. Cash.".

"Uishhh~ Member flex!", ujar Kai sambil terpesona melihat rakan baiknya yang sangat riak hari ini.

"Siyes arh?! Aku bagi chan(ce) ni." Soal Taemin yang sebenarnya memang nak semua duit yang dipengang olah Ravi. Nak renovate kedai pun dah cukup kalau guna duit rakan baiknya.

"Tak payah, tak payah. Kau susah-susah nak dapat PS5 tu kat aku. Nak bagi harga mur-mur pulak. Aku bayar penuh.", jawab Ravi yang masih lagi menghulur duit yang banyak di dalam genggamannya.

Dengan hati yang berbunga, Taemin menerima duit yang bukan duit rahsuah dari Ravi. Ini satu rezeki nih. "Allah... Terima kasih la ya Shekh. Semoga 'mur-mur' rezki.".

"Sama-sama ya saudagar PlayStation. Minta halal lah~", gurau Ravi pula sambil tersengih melihat gelagat Taemin yang masuk air.

"Ana mau amvil itu SP5 anta lah. Tunggu seventar lah~", kata Taemin yang banyak sangat tengok filem Allahuyarham Tan Sri P. Ramlee "Ali Baba Bujang Lapuk" sampai ke realiti luar dia punya 'slang' arab tu pekat likat macam kopi.

"Yala yala yala~", jerit Kai yang terasuk Pak Arab macam yang lain.

"Yala ya-", terhenti bicara Ravi sambil ketawa mengingatkan apa yang diucapkan oleh Kai.

Maka mereka berdua pun berhuhuhu kerana tidak dapat menahan ketawa. Dan sebab itulah mereka bertiga rapat macam belangkas. Kalau diikutkan ada lagi 4 orang tapi tunggu lah Si Penaip cari idea macam mana nak masukkan. Masih jauh perjalanannya...

 

Apa apapun, Si Penaip mak mintak maaf sebab tak dapat siapkan ff ni tahun lepas disebabkan kekangan masa dan masalah kesihatan yang membataskan Si Penaip menaip. Macam macam dah terjadi dalam setahun ni. Tapi fanfic ni akan terus di-update sepanjang bulan Ramadan yang mur-mur ni. Si Penaip nak ucapkan Arigatou Very Gamsa kepada yang masih setia dan baru sahaja explore ff ni. Terima kasih sebab baca. Jadi, apa yang bakal terjadi seterusnya?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!