Satu Hari Di Hari Lockdown

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

"Satu hari di hari Raya, ku lihat cahaya bersinar indah, langit cemerlang tak terkira, tanda kuasa yang maha esa, memberi nikmat pada manusia~♪"

Kedengaran lagu dari penyanyi 'Meme or the month', Dato' M Nasir di sekitar rumah yang didiami 6adik-beradik yang beza mak bapak. Sudah berkurun lama tidak mendengar cerita dari 6 jejaka sunti yang suci umpama minyak sawit Seri Aji. Rumah papan yang masih tersergam indah bersebelahan rumah Pak Haji Si Kyung itu kelihatan penuh dengan kereta yang kebanyakkannya kereta import, kecuali 'Abang Ngah' yang masih mengekalkan kereta Produa Myvi kuningnnya. Katanya tahun 2020 ni kereta Myvi auto terbang. Dan, motor vespa lama mereka masih disitu, ditambah pula motor Yamaha 150 yaqni 'Y-suku' yang masih baru keluar dari bengkel sebab berkali-kali 'si bongsu' tu bagi rosak motor.

"Satu hari di hari rayaaaaa~~".

Kedengaran suara garau mirip 'Hang Tuah' yang datang dari dalam rumah kampung itu. Rupa-rupanya, Muhammad Rahman Abdullah atau nama sebenarnya Kim Ravi yang menyanyikan lagu sambil 'menggoreng' penyapu bak gitar.

Kemudian, dia memandang pada Muhamad Sufian Abdullah A.K.A Han Sanghyuk yang sedang membawa sebaldi air yang diisi sabun pinggan yang berbuih bersama span yang terpung di atas buih-buih macam buih teh tarik tu. Dia mula menyapa adik bongsu yang digeruninya dengan nada yang sinis, "Buat apa tu bang Sufian oiiii~ Tak tengok Akademi Fantasia ke?".

Perjalanan Hyuk menuju ke motor Y-suku nya terhenti di tengah-tengah tiang kiri bersebelahan tangga rumah. Dia menjeling Ravi dengan keji sekeji kejinya sebelum meneruskan perjalanan ke motornya. Setibanya dia dia hadapan motor dengan dicintai mengalahkan 'ex-girlfriend'nya. Dia menurunkan baldi yang dipegangnya di atas tanah rumput yang kering lalu memeluk kerusi motornya yang tiada kesan cakar dari kucing mahupun dari Jung Leo.

"Alaaaaa~ Aku mintak maaf lah tak kejutkan kau masa sahur tadi. Masa tu semua kalut nak tolong Abang N buat kuih raya.". Luah Ravi yang tak sengaja menaikkan darah sejuk seekor dinasour yang kelaparan dek terlepas sahur.

Hyuk memandang sekali lagi ke arah Ravi yang duduk di tangga pintu rumah lalu menjerit, "AKU MARAH SANGAT TAU!!!".

Ravi terkedu, macam pernah dengar ayat ni. Tapi lagi dia terkejut bila nampak Muhamad Jamal Abdullah yang baru balik dari surau. Yelahhhh~ Sejak-sejak Ken jadi AJK surau ni, mana dia nak duduk kat rumah dah. Walaupun sekarang tengah musim PKP ni, Ken masih di surau. Kalau tak azan, jadi imam jah jawabya.

"Allahuakbar, kekanda kesayangan hamba dah balik...", gurau Hyuk yang menuju ke arah Ken sambil mendepakan tangan bersama span kuning yang menyerupai Spongebob di tangannya. Memang Spongebob tu span pun.

Ken sempat menepis tangan Hyuk yang basah lalu berjalan dengan bergaya menuju ke tangga rumah. Dia tahu agenda Hyuk sebenarnya: Nak kotorkan baju Biru Kehijauan ala-ala Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu yang menumumkan puasa tahun ni. Dah lah baju ni beli online.

"Awal balik.", sapa Ravi yang berdiri sama tinggi dengan Ken yang kurang 3inci dari Ravi. Uish~ Macam mana tu? Ehem-

"Of course lah awal, aku yang in charge masak hari ni.", jawab Ken lalu memberikan plastik berisikan barang-barang yang sememangnya ada stok kat rumah pada Ravi. Sambungnya, " Bukak posa ni, kita makan Kek Milos 5minit dan minum Dalgona Milos.".

Ravi hanya memerhatikan Ken yang dengan 'fancy'nya naik masuk ke rumah dengan penuh kehairannan. Sejak bila Milo tukar nama. Tu lah, beli kat Shopee, takanak. Kan dah beli Milos.

Sewaktu Ken ingin menyimpan songkok dan kain sampin ala-ala Herman Tino di bilik, dia terlihat Muhammad Husein Abdullah atau Lee Hongbin yang sedang membuat live streaming bermain PUBG berseorangan di bilik mereka berdua. Kalau dulu 1 bilik 3 orang, sekarang cuma 1 bilik 2 orang. Tu pun terima kasih pada Hongbin jugak sebab dengan duit live streaming tu, dapat lah nak tampung perbelanjaan rumah.

"Eh, kat rumah ni tak geledah lagi. Fuhhhhh~ Selamat.", ujar Hongbin bermonolog umpama bercakap dengan penonton yang sedang melanggan dan menonton videonya di Twich. Twich ni Sepupu jauh dengan YouTube. Jadi tak jauh beza lah sebenarnya.

"WOI DAH SEMBAHYANG ASAQ KA BELOM?!", Jerit Ken yang sengaja menyakat Hongbin yang masih leka bermain.

Hongbin terdengar jeritan zahir dan batin Ken walaupun memakai headphone yang boleh muatkan separuh dari kepalanya. Dia cuba mengawal papan kekunci sambil menjerit dengan nada yang bengang " ALAAA SATGI LAH!".

Tak sampai sesaat keluar dari bilik, kedengaran suara Muhamad Husein Abdullah menjerit kekesalan. "AHHHHHHH~ ABANG JAMAL PAK TONGKO PUNYA PASAL LAH NIH!!!".

Ken hanya ketawa kecil sambil menekap mulutnya yang berbau kasturi. Maklumlah, orang yang berpuasa ni mulutnya harum bagai kasturi.

Dan begitulah hari-hari mereka sepanjang PKP. Hongbin dengan pendapatan online, Hyuk dengan Y-suku kesayangan, Ravi yang diam-diam ubi dilenyek dan Ken yang akhirnya naik pangkat sejak AJK surau yang lama, Adam Cory (Corbyn / Cory 24k) berpindah ke Kelantan.

Tapi macam mana dengan N dan Leo?

 

*Sementara itu, di sebuah kawasan yang tidak dikenal pasti*

Kelihatan sebuah kereta paronda polis berlegar-legar di kawasan perumahan yang merupakan 'tempat panas' bagi remaja melepak. Adoiiii~ Dah tahu PKP ni duduklah kat rumah. Ehem- Dan di dalam kereka Proton Persona keluaran tahun yang sudah itu terlihat dorang jejaka yang berbaju seragam 'Harimau Biru'. Bukanlah bagu pasukan bola JDT tapi sebaliknya baju seragam Polis Diraja Malaysia.

Dalam tak sedar, sudah hampir 6.30 petang dan dalam kurang daripada sejam lagi untuk berbuka. Si jejaka yang memandu kereta yang digeruni rakyat Marhaen jaman now ini mula merungut, "Ahhhh~ Laparnya. Bila nak habis reja ni?".

"Sabar Tajuddin. Japgi kita pegi mana-mana kedai nasi campur, kita tapau nasi sebungkus dengan teh tarik ikat tepi. Okay?", pujuk seorang lagi jejaka yang hitam manis yang pandang tak jemu.

"Tapi dekat mana nak jumpak kedai nasik, Muhammad Hakim Rusli oiiii~ Kedai Haji Suho pun tutup sebab kita. Apa kita buat? Tutup kedai dia. Sebab apa? Sebab dia bukak kedai pukul 8.40(malam)." Rungut si pemandu itu lagi sambil mengambil selekoh kiri dengan cermat.

Si penumpang kiri itu dengan 'The Flash'nya menetak leher si pemandu dengan tangan kirinya sambil membebel, "Kau ni kan,banyak ja lagi kedai yang ada, cari je lah. Tu pun nak aku guide kau ke? Jangan bagi aku buat double kill kat kau. Dah lama aku tak main Mobile Legends tau...".

Tapi kan, macam pernah dengar nama-nama dorang sebelum ni. Dekat mana ehh? Kalau nak tahu, Subscribe dan shareeeee fanfic ni supaya anda semua murah rezeki di bulan puasa yang barakah ini. Ciaaaa ciaaaaaaaaa~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!