Imam Terawih Untuk Nubs

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Usai sudah berbuka puasa menyantap Kek Milos 5minit, Mi Samyang Cheese dan Dalgona Milos, budak-budak yang kian berumur dan beruban ini duduk sebentar di dapur mengenang keniaqmatan Dalgona Milos bersama serbuk Milos yang ditabur macam Ais Kepal Milos, ditambah pula boba dalam susu lemak berkrim. Ya Allah- Kegilaan alpakah yang mereka rasai ini?!

"Malam ni sapa nak jadi Imam solat Terawih?", soal Ken yang duduk bersila sambil meletakkan kaki kiri diatas kerusi. Ikut sunah Nabi lah katakan.

"Hang lah jadi imam. Kami ni mana tau apa.", Jawab Hongbin yang sedang membasuh mangkuk ayun yang bertimbun di dalam singki. Walaupun makan tak banyak, tapi disebabkan makan kek dan ramen sorang dua mangkuk, itulah yang membuatkan mangkuk botingket-tingket.

Ken mengerutkan dahi sambil membentes Hyuk yang masih makan ramen yang ke-2 nya di kiri, "Ehhhhh! Mana boleh? Aku nak kena pegi surau japgi, jadi imam kat sana.".

"Dah tu, sapa nak jadi imam?", soal Ravi yang berada bertentangan dengan Ken, menongkat dagunya sambil scroll Instagram kakak kesayangan Siti Ailee Nurani Binti Abdul Somad yang penuh dengan gambar makanan ringan seperti Super Ring dan Dengdang.

Hatta, ketiga-tiga jejaka yang masih belum solat maghrib itu terus merenung ke arah Ravi yang dipercayai pernah mengambil Tasawwur Islam semasa SPM dulu. Eyyyyyyyy- Ni kompom pernah belajar pasal basic Solat Terawih ni...

Ravi sedar ketiga-tiga binatang buas sedang merenung tajam bagaikan ingin menerkam seekor anjing Doberman untuk dijadikan Anjing Goreng Butter. Tapi guys. Anjing is haram disentuh, mahupun dimakan. Hentikan keganasan terhadap binatang yer puan-tuan.

"Asal semua tengok aku?!".

"Dah kau sorang ja belajar Tasawwur Islam masa SPM dulu. Aku ambik Sains tulen-", jawab Hyuk yang sudahpun menelan 2 mangkuk ramen dan 3 mangkuk Kek Milos. Ya Allah, nafsu kuda betul.

"Aku Sains Sukan.".

"Pertanian Dan Perniagaan.".

Mati kutu terus si Ravi bila dengar jawapan dari Hongbin dan Ken. Sudah lah dia budak aliran Seni, ada subjek Tassawur Islam pulak tu. yang paling bonus, dia pernah ikut Haji Suho sebagai saksi untuk JAIP dulu. Nak taknak, dia terpaksa redho dengan ketentuan yenneh~ , "Ye lah~ Aku jadi imam. Selesai dah kan? Dah. Aku nak solat Maghrib dulu.".

Dengan cepatnya Ravi meninggalkan yang lain di dapur tanpa sekalipun menatap wajah-wajah yang ada aura dan nurrr. Dia menaiki tangga dan terus masuk ke bilik yang menempatkan katinya dan Hyuk lalu melantun duduk di atas katil yang tempat pelupusan sampah panggil mari. Kedengaran lagu 'Penawar Rindu' Di corong radio yang dibuka sebab kalau tutup suis nanti radio tu nazak. Dengan rasa cuak dan menggeletar tulang betisnya dia membuka Chrome dan menaip "Cara-cara untuk menjadi imam solat terawih untuk nubs" di ruangan carian. Tuuuuuudia~ Dia punya tahap tak tahu apa tu sampai search pun 'untuk nubs'. Boleh la tu Rahman oiii.

 

 

Selesai sudah solat Isyak berjemaah di ruang solat berhadapan dengan ketiga-tiga pintu bilik. Ravi, Hyuk dan Hongbin melunaskan tanggungjawab sebagai mulimin yang sejati hingga ke tahiyat terakhir. Kedengaran suara Ravi memberi salam di kanan dan kiri bahunya, diikuti Hyuk dan Hongbin sebagai makmum yang berada dibelakang Ravi. Kalau diikutkan keadaan, tiga budak kecik ni menggayakan baju T dan kain pelikat jenama Wadimur sumbangan dari qhariah surau Taman Rhu. Sejadah pun hasil sumbangan daripada ahli masjid dariiiii Masjid Berapit. Ya Allah... Misqueen rupanya dorang ni.

Habis saja dia mengusap wajahnya yang halus mulus tanpa mengenakan produk sampah, Ravi terus duduk bersila di atas sejadah ungu yang disukainya. Boleh dikatakan, kalau warna ungu je dia sambut dengan penuh kegembiraan.

"Ehh? Takkan solat Isyak je? Terawih tak ke?", soal Hyuk yang mendongak kepala kehadapan sedikit berdekatan dengan bahu kanan Ravi. Kalau bab 'push rank' ni, serahkan pada Hyuk. Walaupun dia tak 'Mytic' macam Hongbin.

"A- Aku nak buat lah ni.", gagap si Ravi menjawab soalan Hyuk yang macam tahap Diva AA ni. See his level lah.

"Dah tu, bangunlah!", rungut Hongbin sambil tersenyum kambing. Susah jugak nak tengok dia marah ni. Melainkan kalau kacau dia masa main game. Haaa~ Yang tu dia pantang tahap tok nenek.

"Ye lah! Aku nak bangun lah nih!", tengking Ravi yang makin serabut sebab dia tak ingat niat solat terawih dan bacaan selepas Al-Fatihah. Dia terus bangun dan berdiri di hadapan sejadahnya walaupun dirinya was-was untuk menjadi imam.

Dalam diam Hyuk dan Hongbin ketawa tak bersuara. Misi menyakat Muhamad Rahman berjaya dengan cemerlang, gemilang dan tak terbilang berapa kali dorang sakat Ravi.

Ravi mengambil nafas panjang-panjang dan hembus tanpa terkentut walaupun 1 harakat. Dia berulang kali 'clear throat' sambil lap air lioqnya dengan lidah. Takut jugak kalau terbatal. Dia mengerut dahinya dalam usaha mencuba mengingati niat solat terawih yang sampai kesudah tak habih. Takut di 'push' oleh Pian dan Husein, Ravi mula mengangkat takbir dengan suara yang tersekat-sekat. "A... Aaa...... All-".

"Assalamualaikum~",

Kedengaran suara Abang Long dan Abang Ngah yang dikenalinya membuatkan Ravi terhenti seketika lalu menyahut salam, " Waalaikuksalam Warahmatullah Bang Tajuddin, Bang Hakim. Alhamdulillah hangpa dua dah balik.".

Rupanya, Hakim dan Tajuddin sebenarnya adalah N dan Leo yang baru sahaja pulang dari membuat rondaan di kampung sebelah. Patutlah familiar semacam nama ni.

Ravi berjalan menuju ke arah N dan Leo lalu mula merayu macam pelarian Rohingya, "Tolong aku, Bang Long. Aku tak tahu nak jadi imam solat Terawih ni...".

N tergamam sebentar. Selalunya Ken yang jadi imam dalam rumah ni kalau dia ada kerja. "Laaaa~ Dah tu, mana si Jamal Pak Tongko Jyani tu?".

"Jadi imam kat surau.", Hongbin mencelah sambil berpeluk tubuh bagai Ayahanda Rani Kulup Kipidap. Hyuk hanya mengangguk sambil memeluk belakang Hongbin. Selamat Hongbin tu jantan, kang batal wuduk Hyuk tu tersentuh perempuan. Dah lah dulu ada kes masuk bilik wuduk perempuan kat surau.

N menghela nafas dengan geramnya yang begitu menyocok-nyocok hati. Dia mencekak pinggangnya sambil membebel, "Eyyyyyyy~ Jamal Pak Tongko ni. Tak pernah nak melekat kat rumah ni. Kalau aku jumpak budak tu-".

"Dah la tu. Biar aku jadi imam malam ni.", ujar Leo yang cuba menjernihkan keadaan, dia bukan sekadar menjernihkan, bahkan membuat N dan Ravi terharu tahap lalat boleh masuk mulut dah tu.

"Syukur Alhamdulillah~ Tuan hamba lah penyelamat beta. Arigatou gozaimau!", jerit kegembiraan si Ravi yang sungguh propa dan menganehkan. Aneh betul ayat Si Penaip ni. Ehem- Sambil dia memegang kedua-dua tangan Leo yang 2kali tona lebih cerah.

"Dah, dah. Bagi kami solat Isyak dulu. Lepas tu, kumpul ramai-ramai. Kita solat berjemaah.", kata si N dengan yakinnya lalu mengundur diri ke dapur yang menghubungkan ruang tamu dengan bilik air. Tak lah jauh mana tapi kena turun tangga jugak kalau nak ke dapur.

Sementara Ravi masih lagi berdrama swasta dihadapan Leo, Hyuk dan Hongbin yang masih berdiri di atas sejadah sedang kiciwa sebab plan untuk kenakan Ravi gagal buat kali ke-572581. Dah banyak kali dah misi terbantut sebab dia dapat lari dari masalah. Contohnya masa Hyuk nak keluar naik Y-suku sebab nak pusing keliling Sungai Petani. Dia gunakan Ravi kononnya tengah ada di ladang untuk alasan nak tolong, tapi kantoi jugak sebab masa tu Ravi tengah 'supply' barang kat Kuala Muda. Akhirnya dia kena denda tawaf keliling rumah dengan motor kesayangan sampai habis minyak.

"Mission fail. Okay, try next time."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!