Extra Chapter [III] : Suho

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

"Urgh!"

 

 

 

Rasa sakit yang asyik menyengat semakin terasa apabila Baekhyun mula menyedarkan diri. Bibirnya yang kering digigit kerana rasa sakit pada bahagian kepalanya itu. 

 

 

 

Setelah seketika barulah matanya dibuka lalu diperhatikan kawasan sekelilingnya. Deruan ombak yang mengganas serta kehadiran pasir mulus di bawah tapak kakinya membuktikan bahawa kini dia berada berdekatan dengan pantai. 

 

 

 

Bayangan Suho yang tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke dalam rumahnya mula bermain kembali di dalam benaknya. 

 

 

 

Jadi Suho telah menculiknya? 

 

 

 

Serpihan ketawa perlahan keluar dari bibirnya yang merekah. Baekhyun ketawa kerana hidupnya yang asyik diburu oleh orang-orang seperti Kim Suho. 

 

 

 

Orang-orang yang sering mementingkan diri mereka sendiri hingga sanggup mempergunakan Baekhyun untuk menebus kesalahan mereka. 

 

 

 

Baekhyun sudah tidak ingat kiraan ke berapa orang-orang seperti Suho ini menculiknya. Dan setiap kali ia terjadi, Baekhyun pasti berjaya melepaskan diri dengan bantuan Puan Byun. 

 

 

 

Tetapi selepas dia mengusir orang kanan ibunya dari rumahnya, Baekhyun tidak pasti sama ada dia akan berjaya melepaskan diri kali ini. 

 

 

 

Tiba-tiba terdetik dalam fikirannya akan kematian. Mungkin bagus juga dia tiada di dunia ini. Bukannya dia disayangi di muka bumi ini. 

 

 

 

Mungkin jika dia tiada beban yang dirasa dan segala kebencian yang dilempar padanya akan hilang. 

 

 

 

Lamunan Baekhyun terhenti apabila pandangan matanya bertemu dengan sepasang mata hitam yang sedang merenungnya dengan wajah yang suram. Sehun. 

 

 

 

"Kenapa kau tengok aku macam tu" gelak Baekhyun. 

 

 

 

Namun dia pantas menyesalinya apabila rasa sakit di bahagian kepala menyerangnya kembali. 

 

 

 

"Aku minta maaf," ucap Sehun dengan nada perlahan. 

 

 

 

Sebelah kening Baekhyun terangkat. Itu kali pertama dia mendengar ucapan maaf daripada roh yag telah tiada. 

 

 

 

"Kau di sini sebab aku. Maaf." Terangnya. 

 

 

 

Baekhyun hendak membalas kata-kata Sehun namun tindakkan Baekhyun terhenti apabila sesusuk tubuh mula berjalan berdekatan mereka. 

 

 

 

Suho merenung wajah Baekhyun dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. 

 

 

 

"Sehun?" Soalnya lalu dijatuhkan segala barang yang dibawanya ke atas permukaan pasir. 

 

 

 

Baekhyun melemparkan suatu jelingan tajam kepada Suho. Lelaki itu percaya bahawa roh mati boleh memasuki tubuh badan seseorang. Mengarut!

 

 

 

Selama Baekhyun hidup, tidak pernah dia lihat roh mati yang boleh memasuki badan orang lain. Orang yang sakit mahupun orang yang dijadikan korban. 

 

 

 

"Berapa kali aku nak cakap— Sehun dah mati! Aku bukan Sehun!" Jerit Baekhyun sekuat hati. 

 

 

 

Kemudian dia merintih kesakitan apabila kali ini bahagian perutnya menjadi mangsa amukan amarah Suho. 

 

 

 

"Not for long, Byun Baekhyun" decit Suho, "selepas ini aku pasti Sehun akan kembali!" 

 

 

 

Baekhyun menggeleng. Tangannya yang diikat kemas oleh Suho tadi diletakkan ke atas perutnya yang terasa senak.

 

 

 

"Kau dah gila Suho. Tak tahu perbezaan baik dan buruk!" 

 

 

 

Kata-kata yang keluar dari mulut Baekhyun menyebabkan api kemarahan Suho semakin membuak-buak seperti kerosin yang dilemparkan ke dalam mulut api yang membara. 

 

 

 

Tanpa berfikir panjang, batu yang berada berdekatan dengannya digenggam lalu dilajukan kakinya agar berada di hadapan Baekhyun. 

 

 

 

"Aku cabar kau cakap benda tu sekali lagi!" Teriak Suho sambil batu yang berada di tangan dijadikan ugutan. 

 

 

 

Baekhyun melemparkan senyuman sinis. 

 

 

 

"Bukan sebab cabaran kau tu ke Sehun mati?" 

 

 

 

Baju Baekhyun digenggam kasar dan badan Baekhyun ditolak agar lelaki itu terbaring di atas pasir. Tangannya yang menggenggam batu itu baru sahaja hendak bertemu dengan kepala Baekhyun apabila namanya dipanggil dengan kuat.

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!