「 ᴋʀɪᴛɪᴋᴀʟ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KE ENAM BELAS - 4 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Sudah beberapa hari berlalu sejak Kyungsoo dan Jihee telah meninggalkan rumah Baekhyun. Kadang kala Baekhyun mendapati dirinya secara refleks memanggil nama Jihee sebelum pergi ke tempat kerjanya. 

 

 

 

Baekhyun meneguk rakus soju yang berada di tangan. Hatinya masih sakit seakan-akan telah disiat-siat apabila dia mengingati bahawa dialah penyebab utama Jihee kemalangan. 

 

 

 

Kedua-dua tangannya digenggam erat sehingga terdapat kesan kuku di tapak tangannya. Kerana dia. . . kerana dialah Jihee kemalangan! 

 

 

 

Sekali lagi soju diteguk. Seboleh-bolehnya dia ingin melupakan segala-galanya yang telah berlaku sepanjang beberapa hari ini. Semua memorinya bersama roh Jihee dan perlakuan manis Jihee kepadanya.

 

 

 

Tangan Baekhyun mencapai kearah botol kaca hijau yang berada tidak jauh daripada kedudukannya namun pergerakannya terhenti disaat matanya terpandang wajah Jihee yang sedang duduk di hadapannya. 

 

 

 

Wajah Jihee kelihatan sedih ketika memandang Baekhyun. 

 

 

 

Bermimpikah dia sekarang ini? Bukankah Jihee sudah mengikut Kyungsoo balik ke Daegu. 

 

 

 

Namun semua persoalannya terhenti disaat Baekhyun terdengar bunyi deringan nyaring yang datang daripada telefon bimbitnya. 

 

 

 

Baekhyun meraup wajahnya berkali-kali sebelum kembali memandang ke tempat di mana dia terlihat bayangan Jihee.

 

 

 

Ternyata sekali itu semua hanya mainan mindanya sahaja kerana sejurus sahaja matanya memandang tempat itu, bayangan Jihee telah hilang. Seakan-akan dia tidak pernah berada di situ.

 

 

 

Nafasnya dihela perlahan sebelum panggilan telefon dijawab tanpa memeriksa nama si pemanggil. 

 

 

 

Belum sempat Baekhyun berkata apa-apa si pemanggil telah terlebih dahulu memotongnya. Suara Kyungsoo di talian kedengaran cemas. 

 

 

 

"Baekhyun," ujar Kyungsoo sebelum berhenti seketika. Nafasnya terasa pendek. "Kau kena turun Daegu. . sekarang juga!" 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!