「 ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴘᴇʀɢɪ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI PERTAMA - 20 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Mata Baekhyun terasa berat kerana menangis. Namun lain pula kesnya bagi Jihee. Tidak seperti manusia biasa, roh sepertinya tidak berasa penat atau mengantuk.

 

 

 

Baekhyun meletakkan beg sandangnya di atas sofa lusuh miliknya. Jihee masih kelihatan terpersona dengan rumah milik Baekhyun itu. 

 

 

 

"Awak penipu Baek!" Rengek Jihee tiba-tiba. 

 

 

 

Baekhyun yang sedang membuka tali lehernya, menghentikan tindakannya itu. "Apa?" Barangkali dia salah dengar. Iyalah, Jihee berada di ruang tamu dan dia pula dalam bilik.

 

 

 

"Awak kata rumah awak kecil! Penipu!" 

 

 

 

Baekhyun menggantikan pakaian kerjanya dengan T-shirt putih biasa. Suatu senggihan kecil muncul pada mukanya. 

 

 

 

"Kecillah ni," jawab Baekhyun acuh tak acuh. 

 

 

 

Tubuh pucat Jihee muncul di birai pintu Baekhyun. Sebagai, seseorang yang sudah biasa melihat kelibat roh-roh yang sering berkeliaran dan suka muncul di hadapannya mengikut suka hati mereka, Baekhyun sudah biasa dikejutkan seperti itu. 

 

 

 

"Kecil? Seluruh bilik saya dekat Daegu tu boleh muat dalam ruang tamu awak tahu?" Disandarkan kepalanya pada birai pintu. 

 

 

 

Mata Jihee asyik memerhati susuk tubuh Baekhyun. Sungguh dia merindui lelaki itu. Tidak puas dia melepaskan rindunya hanya dengan membalas mesej, menjawab panggilan dan face cam. 

 

 

 

Sungguh dia rindu akan kehadiran lelaki itu. 

 

 

 

"Like what you see?" Ujar Baekhyun sambil berpeluk tubuh. 

 

 

 

Merona merah wajah pucat Jihee. Pantas mukanya dipalingkan ke arah lain. "Eii siapa tengok dia perasan!" 

 

 

 

Berdesing telinga Jihee apabila mendengar Baekhyun mentertawakannya. Baru sahaja dia hendak memarahi Baekhyun namun mati terus niatnya apabila merasakan lengan lelaki itu memaut pinggangnya. 

 

 

 

Walaupun yang sebenarnya Baekhyun langsung tidak dapat menyentuhnya. 

 

 

 

"Saya rindukan awak, Do Jihee." Kata Baekhyun, jujur.

 

 

 

Jihee menutupkan kedua-dua matanya. Mengharapkan dia dapat merasakan kehangatan tubuh badan Baekhyun walaupun sekecil zarah. 

 

 

 

Namun hampa, dia tidak dapat merasakan apa-apa dan begitu juga dengan Baekhyun. 

 

 

 

"Saya pun. Rindu sangat".

 

 

 

 

 

 

Tanga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!