「 ᴄʜᴇᴇʀ ᴜᴘ, ʙᴀʙʏ! 」
The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN[ HARI KELIMA - 15 HARI SEBELUM KRISMAS ]
Sejak kebelakangan ini, Jihee selalu muram dan lebih suka menyendiri. Baekhyun juga perasan akan perubahan Jihee itu. Barangkali ia disebabkan apa yang berlaku 2 hari lepas.
Namun ada suatu persoalan yang bermain di mindanya kini. Siapa lelaki itu? Walaupun Baekhyun cuba untuk mengecam bayangan wajah lelaki itu, Baekhyun tetap juga tidak dapat meneka siapa dia.
Baekhyun mengerling ke arah Jihee yang sedang menonton televisyen dengan kedua-dua kakinya disilangkan.
Dengan berhati-hati Baekhyun membawa mug yang berisi air coklat suam itu kepada Jihee. Baekhyun tahu bertapa Jihee mengemari air coklat suam. Lebih-lebih lagi pada bulan Disember.
"Nah," kata Baekhyun sepatah lalu meletakkan mug itu di hadapan Jihee.
Jihee hanya tersenyum kelat sebelum menggeleng. "Bukannya saya dapat rasa apa-apa," balasnya acuh tidak acuh.
Selep
Comments