「 ᴋᴀᴜ ʙᴜᴋᴀɴ ꜱᴜʜᴏ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KESEBELAS - 9 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Bau haruman air kopi yang baru sahaja dibancuh memenuhi segala ceruk ruang yang ada pada ruang tamu rumah Byun Baekhyun pada pagi itu. 

 

 

 

Tanpa disedarinya, Kyungsoo menarik nafas dengan dalam. Menikmati bau yang berjaya membuka seleranya.

 

 

 

"Coffee?"

 

 

 

Kyungsoo tersentak apabila dikejutkan begitu. Baekhyun tiba-tiba muncul di ruang tamu itu bersama dengan dua cawan kuning berisi air kopi yang baru dibancuhnya tadi.

 

 

 

"Um aku—" Kyungsoo bermain-main dengan jarinya. Malu juga apabila mendapat tahu Baekhyun telah menjaganya semalam.

 

 

 

Rancangan sebenar Kyungsoo sebenarnya bukanlah hendak menumpang di rumah Baekhyun. Tidak. Dia lebih rela duduk di hotel yang berhampiran dengan kawasan perumahan Baekhyun. 

 

 

 

Tetapi lain pula jadinya. Licik benar permainan takdir ini. 

 

 

 

Tangan Baekhyun menolak cawan itu ke arah Kyungsoo, "Jihee kata kau lebih suka air kopi berbanding teh. So— nah,"

 

 

 

Mahu tidak mahu terpaksa juga Kyungsoo mengambil cawan itu dari tangan Baekhyun. Seraya dihirup sedikit air hitam itu untuk menyenangkan hati lelaki itu. 

 

 

 

"Jadi betullah. . ." bisik Kyungsoo "Jihee tiada harapan untuk sembuh".

 

 

 

Baekhyun yang baru hendak meneguk airnya turut terhenti. Kata-kata yang keluar dari kulut Kyungsoo itu benar-benar menyakitkan. Baekhyun sedar bahawa dia masih tidak dapat melepaskan Jihee. Tidak seperti mereka, Baekhyun masih boleh melihat Jihee. Senyuman manis gadis itu serta tangisannya.

 

 

 

Bagi Baekhyun, Jihee masih lagi hidup di muka bumi ini.

 

 

 

"Kyungsoo aku—"

 

 

 

Kyungsoo dengan pantas menggeleng lalu air di tangannya diteguk rakus. Lidahnya yang terasa sakit dibiarkan. Dia ingin segera beredar dari sini. Sukar baginya untuk menerima bahawa adiknya telah lama tiada di dunia ini. 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!