「 ᴋᴇɢᴇʟᴀᴘᴀɴ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KELAPAN - 12 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Usai menonton wayang, Jihee dan Baekhyun berjalan beriringan ke pintu keluar. Mereka berdua bercadang hendak melawat tempat-tempat menarik yang ada di High One. 

 

 

 

Tetapi sebelum itu, Baekhyun telah terlebih dahulu menyatakan bahawa dia ingin ke tandas. Jihee hanya membiarkan dan menunggu Baekhyun di lobby. 

 

 

 

Jihee yang tadinya sedang melihat kawasan lobby itu, berjalan ke arah penjuru lobby. Walaupun badannya tidak dapat merasakan apa-apa apabila dilanggar oleh orang ramai, Jihee masih rasa tidak selesa.

 

 

 

Dia rasa bagai dilupakan. Jihee hanya melepaskan keluhan berat sebelum menundukkan wajahnya. 

 

 

 

"Aggashi," panggil suatu suara yang lembut.

 

 

 

Jihee hanya membiarkannya. Tak mungkin pemilik suara itu sedang memangilnya. Jihee sudah tiada—tiada sesiapa melainkan Baekhyun yang dapat melihatnya. 

 

 

 

Jari Jihee menyentuh halus pasu bunga yang berada di sebelahnya. Tengok sahaja rupa pasu itu, Jihee sudah pasti harganya amat mahal. 

 

 

 

"Aggashi!" Panggil suara itu lagi. Kali ini dengan lebih tinggi. 

 

 

 

Jihee mengalihkan pandangannya ke arah pemilik suara itu. Tertanya-tanya siapakah yang sedang dipanggilnya. 

 

 

 

Hampir sahaja Jihee terlompat apabila matanya bertemu dengan mata tajam wanita itu. Matanya yang berwarna hitam sedang melihat kearah Jihee.

 

 

 

Lidah Jihee kelu, tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Buat seketika, Jihee melihat sekelilingnya, namun Jihee pasti wanita itu sedang melihat kearahnya. 

 

 

 

Jihee menarik nafas dengan dalam sebelum menunding ke arah wajahnya.

 

 

 

"S-Saya?" 

 

 

 

Bibir nipis wanita itu yang dicalit dengan gincu merah tertarik menjadi senyuman nipis. Dapat dilihat matanya yang tajam menjadi bentuk bulan sabit. 

 

 

 

Kepalanya dianggukkan sekali dan tangannya dilambaikan. Seakan-akan dia sedang memanggil Jihee. 

 

 

 

Jihee tidak pasti apa yang harus dilakukannya. Perlukah dia pergi? Ini kali pertama orang lain selain Baekhyun dapat melihatnya.

 

 

 

Tanpa berfikir panjang, Jihee berjalan ke arah wanita itu yang sedang duduk di suatu penjuru lobby itu. 

 

 

 

Melihat gaya pemakaian wanita itu yang seakan-akan baju gypsy itu , Jihee pasti wanita itu bukan salah satu perkerja hotel ini.

 

 

 

"Cik boleh nampak saya?"

 

 

 

Wanita itu hanya memerhatikan tingkah laku Jihee yang acap kali mengelak daripada dilanggar oleh pengunjung hotel itu.

 

 

 

Wajah wanita itu bertukar lembut. Dia menyuruh Jihee duduk di kerusi yang berada di sebelahnya tanpa menjawab persoalan Jihee tadi. 

 

 

 

"Tiada sesiapa dapat mengelak dari melihat Cik Jihee, tidak seperti yang lain— Cik Jihee bercahaya," jawabnya dengan tenang.

 

 

 

Jihee terkasima. Bagaimana wanita itu boleh tahu namanya?! 

 

 

 

Wanita itu membetulkan duduknya untuk mendekati Jihee lalu tangan Jihee digenggam kuat. Jihee hanya kekal pada kedudukannya, tidak seperti Baekhyun. . . Jihee dapat merasakan sentuhan wanita itu.

 

 

 

Jihee buntu. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

 

 

 

Mata wanita itu kemudian terkatup rapat dan genggamannya menjadi semakin kuat. Kepalanya dilentok ke kiri dan kanan seperti orang tidak senang duduk.

 

 

 

"Namun kegelapan mencari Cik Jihee!"

 

 

 

Kegelapan?

 

 

 

Mendengar amaran wanita itu, badan Jihee terasa seram sejuk. Tiba-tiba wanita itu menangis, sebutir demi sebutir air matanya gugur dan jatuh ke atas ribanya. 

 

 

 

"M

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!