Extra Chapter [I] : Baekhyun

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

A/N: Extra Chapter ini akan berdasarkan POV Kyungsoo ^^

 

 

 

 

 

 

Wajah suram Suho dipandang seketika sebelum Kyungsoo kembli memandang ke hadapan. Topi yang dipakai ditanggalkan lalu diguna untuk mengipas mukanya yang basah dek peluh. 

 

 

 

Kepanasan bulan Jun telah menyebabkan hampir kesemua orang tidak rela menapak keluar dari rumah mereka. 

 

 

 

Jadi mengapa dia disini?

 

 

 

Jawapannya mudah. Kerana dia perlu bersama dengan Suho. Mereka berdua harus menjalani dugaan yang ditimpa ini bersama. 

 

 

 

Setelah pemergian Sehun, Kyungsoo sahaja yang berada di sisi Suho kini. Kyungsoo tahu Suho masih tidak boleh menerima pemergian Sehun. Jika bukan dia yang akan memberi semangat buat rakannya agar terus bangkit— siapa lagi?

 

 

 

"Suho, kita nak ke mana ni?" Soal Kyungsoo sambil matanya dikecilkan. Sudahlah panas, silau pula tu; rungut Kyungsoo dalam hati. 

 

 

 

Suho yang seakan-akan tidak terkesan dengan kepanasan bulan Jun itu hanya memandang ke hadapan. Gambar Sehun di tangan dipegang dengan kemas. 

 

 

 

"Aku nak jumpa Sehun," ujar Suho ringkas. 

 

 

 

Kyungsoo menghentikan langkahnya dan menarik lenggan Suho. Sejak kebelakangan ini macam-macam kerja gila Kim Suho lakukan demi berjumpa semula dengan Sehun. 

 

 

 

Cukuplah Kyungsoo kehilangan seorang rakannya, dia tidak tahu sama ada dia cukup kuat untuk kehilangan Suho.

 

 

 

"Suho, Sehun dah tiada!" Marah Kyungsoo. "Tak boleh ke kau lepaskan dia dengan tenang?!"

 

 

 

Suho menepis kasar tangan Kyungsoo hingga menyebabkan gambar yang dipegangnya jatuh ke tanah. 

 

 

 

"Selagi aku tak minta maaf. . . selagi tu. . . Aku takkan berhenti!" 

 

 

 

Suho kemudian menolak lembut bahu Kyungsoo. "Kalau kau tak nak tolong aku, kau boleh pergi balik D.O".

 

 

 

Lalu badannya direndahkan untuk mengutip semula kepingan gambar Sehun. Gambar itu dilap menggunakan jarinya buat beberapa kali. 

 

 

 

"Tak. . Aku akan tolong kau. Kau kawan aku, Suho".

 

 

 

Suho memalingkan wajahnya kepada Kyungsoo. Wajah rakannya dipandang lama sebelum kepalanya dianggukkan. 

 

 

 

Mereka kembali berjalan melepasi beberapa buah rumah. Ada kalanya mereka akan berhenti untuk bertanyakan arah. Namun Kyungsoo masih tidak boleh mengagak destinasi yang dituju oleh mereka kini. 

 

 

 

Selepas beberapa minit, kedua-dua budak lelaki itu berhenti di hadapan pangkaran rumah yang kelihatan agak tidak terurus. 

 

 

 

Kyungsoo meirikkan matanya pada pagar besi rumah itu. Pagar tersebut juga sudah berkarat. Kyungsoo juga perasan bahawa kebanyakkan anak-anak pokok yang ditanam juga sudah layu. 

 

 

 

Belum sempat Kyungsoo bertanya dengan lebih lanjut, Suho sudah terlebih dahulu menekan lonceng rumah itu. 

 

 

 

   DING!

     DING!

 

 

 

Selepas kali kedua, seseorang budak lelaki yang kelihatan seperti dalam lingkungan umur mereka keluar dari rumah itu. Wajahnya jelas kelihatan tidak berpuas hati dengan kehadiran mereka di sini. 

 

 

 

"Apa?" Soalnya dengan agak kasar. 

 

 

 

Suho menggenggam pagar besi yang memisahkan dia dan budak lelaki itu. Kyungsoo hanya memerhatikan sahaja kelakuan rakannya itu. 

 

 

 

"K-Kau Byun Baekhyun? Nama aku Kim Suho. Aku ada telefon kau beberapa hari lepas!"

 

 

 

Budak lelaki itu menggaru bawah dagunya. "Depends. Again, nak apa datang sini?" 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!