「 ᴄᴜᴛɪ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KETUJUH - 13 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

"Jihee! Jihee!" Panggil suatu suara dengan nyaring. Jihee menghelakan nafasnya. Matanya masih tertutup rapat. 

 

 

 

"Tidur ke?" Pelik. Setahu Baekhyun roh tidak pernah tidur. 

 

 

 

Dengan pantas Jihee terbangun dari baringannya apabila merasakan kelibat seseorang yang berhampiran dengannya. 

 

 

 

"Apa ni!" Jihee menepis kasar tangan Baekhyun. Kedua-dua mereka terkejut dengan perwatakkan Jihee. 

 

 

 

Jihee tidak sangka dia akan melepaskan marahnya pada Baekhyun. Baekhyun yang kelihatan terkejut, menjauhkan dirinya dari Jihee. Bibirnya dikemam, "Jihee jom jalan!" 

 

 

 

Senyuman manis pada bibir Baekhyun membuatkan Jihee terhempit dengan rasa bersalah. Dengan malas, kepalanya dianggukkan. 

 

 

 

 

 

 

Perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari Seoul menyebabkan badan Baekhyun terasa sengal-sengal. Tangan kirinya dihayunkan beberapa kali selepas keluar dari kereta. 

 

 

 

Sungguh Jihee terpesona dengan pemandangan di sekelilingnya kini. Matanya bersinar apabila melihat bangunan tinggi di hadapannya.

 

 

 

Nampak sungguh indah. Tambahan pula dengan keunikkan landskap di sini dan salji-salji putih di sekelilingnya. 

 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!