「 ᴄᴀʜᴀʏᴀ ʜᴀʀᴀᴘᴀɴ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KE ENAM BELAS - 4 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Tolonglah. . . Baekhyun merehatkan kedua-dua sikunya ke atas lututnya lalu dibawa kedua-dua tangannya menutupi mukanya.

 

 

 

Suara-suara latar yang datang daripada radio kereta cuba untuk diendahkan. Nafasnya ditarik dalam-dalam walaupun debaran di dada Baekhyun sedang rancak memainkan rentaknya. 

 

 

 

Tolonglah. . . Baekhyun berbisik sekali lagi. Tolonglah jangan ambil Jihee daripada aku. . . 

 

 

 

Tiba-tiba sahaja hati Baekhyun terasa sakit dan tekaknya terasa pedih disaat dia membayangkan tubuh lesu Jihee di atas katil hospital. Namun bayangan itu pantas dibuang jauh-jauh. 

 

 

 

Baekhyun dapat merasakan matanya yang sedang berkaca. Dengan samar-samar Baekhyun dapat mengingat betapa sedihnya suara Jihee disaat Baekhyun menghalaunya keluar daripada rumah Baekhyun. 

 

 

 

Baekhyun membulatkan nekad. . sejurus sahaja dia sampai ke Daegu dia tidak mahu kisah lagi soal siapa penyebab kemalangan Jihee. 

 

 

 

Dia tidak kisah jika dia dipanggil selfish. Baekhyun tidak mahu jauh daripada Jihee.

 

 

 

Kereta yang dibawa oleh pembantu kanan ibunya memecut laju di lebuh raya yang lenggang itu. Sekali sekala mata pembantu kanan ibunya akan dilirik ke arahnya dengan wajah risau.

 

 

 

Tolonglah. . . Baekhyun menghembus nafasnya. Tolonglah bagi kami peluang kedua.

 

 

 

 

 

 

"Baekhyun!" Suara Kyungsoo memanggil Baekhyun yang terlihat sedang berlari ke arahnya. 

 

 

 

Keadaan Baekhyun yang kusut dipandang seketika oleh Kyungsoo. Rambut Baekhyun yang tidak terurus dan peluh yang hadir di dahi lelaki itu. . . Kyungsoo pasti Baekhyun telah bergegas dari Seoul ke sini semata-mata untuk Jihee.

 

 

 

Jauh di sudut hati Kyungsoo, dia berasa lega. Lega bahawa selama Jihee hidup, dia telah mencintai lelaki yang benar-benar kasih kepadanya. 

 

 

 

"Macam mana dengan keadaan Jihee?" Soal Baekhyun sambil kakinya dienjit-enjit untuk melihat wad yang berada di belakang Kyungsoo.

 

 

 

Melalui celahan cermin yang ada, dia dapat melihat tubuh kaku Jihee yang sedang berbaring di atas katil hospital bersama-sama dengan pelbagai tiub yang dicucuk ke dalam tubuhnya. 

 

 

 

Melihat keadaan Jihee itu, kaki Baekhyun terasa lemah dan lantas dia jatuh terduduk di hadapan wad tersebut. Kyungsoo pantas mengambil lengan Baekhyun untuk memapahnya bangun. 

 

 

 

Kyungsoo pasti Baekhyun terkejut. Terdapat perbezaan yang besar antara melihat roh mati dan keadaan mangsa yang sebenar. Bayangan ayah Baekhyun yang terbaring tidak bernyawa di atas katil hospital tiba-tiba menerjah kotak fikirannya. 

 

 

 

Tidak. Baekhyun akan pastikan perkara yang sama tidak akan berlaku kepada Jihee!

 

 

 

 

 

 

"Kau kena jaga kesihatan kau jugak Baekhyun," Kyungsoo melabuhkan punggungnya di sebelah Baekhyun. 

 

 

 

Cawan plastik yang berisi air kosong diberi kepada Baekhyun. Mereka kini berada di dalam ruang menunggu yang disediakan oleh pihak hospital. 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!