「 ꜱᴇᴘᴜʟᴜʜ ʜᴀʀɪ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KE SEPULUH - 10 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Jihee duduk di birai katil Kyungsoo. Matanya tidak teralih daripada memandang muka pucat Kyungsoo. Hatinya dihimpit rasa pilu apabila melihat keadaan Kyungsoo yang lemah. 

 

 

 

Entah apa yang berlaku kepada Kyungsoo. Dia sendiri tidak pasti. Selepas mengetahui yang dia sudah tiada, Jihee terus tersedar di hadapan rumah Baekhyun. Salah dia juga kerana tidak mencari abangnya itu. 

 

 

 

Baekhyun melangkah masuk dengan segelas air kosong dan ubat di tangannya. Sempat dia memandang sekilas ke arah Jihee sebelum mengejutkan Kyungsoo dari tidurnya. 

 

 

 

"Baekhyun—" suara Kyungsoo kedengaran serak-serak basah. Kyungsoo cuba untuk duduk dari pembaringannya tetapi gagal.

 

 

 

Dengan pantas Baekhyun meletakkan gelas yang berisi air dan ubat di atas laci kecil yang tersedia di tepi katil lalu membantu Kyungsoo untuk menukar posisinya.

 

 

 

Kyungsoo melemparkan suatu senyuman kecil dan merehatkan kepalanya. Kepalanya masih terasa pening. 

 

 

 

"Berapa lama kau tunggu dekat luar tu?" Soal Baekhyun, prihatin. Melihat mata Kyungsoo yang terkatup rapat, Baekhyun mengalihkan pandangannya pada Jihee. 

 

 

 

Jihee yang juga tidak tahu, dia hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya. 

 

 

 

Kyungsoo melepaskan keluhan pendek. "Entah. 4 jam? 5 jam?" Kyungsoo menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Aku pun tak pasti."

 

 

 

Baekhyun mula dihimpit rasa bersalah kerana pulang lambat. Sudahlah badannya berbau minuman keras sewaktu balik. Dia berasa malu untuk menghadap Jihee dan Kyungsoo ketika ini. 

 

 

 

Dua beradik itu hanya mendiamkan diri. Baekhyun pasti Jihee pasti sedang melepaskan rindunya kepada abangnya. Baekhyun perasan dari tadi Jihee hanya memandang Kyungsoo dengan wajah yang sayu. Tangannya menggenggam tangan Kyungsoo yang berada di sisinya. 

 

 

 

Baekhyun memberi Kyungsoo 2 biji panadol dan gelas yang berisi air kosong. Kyungsoo hanya mengikut kehendak Baekhyun. Terlalu letih untuk menolak. Biasanya dia tidak suka menelan ubat. Payah sekali. 

 

 

 

Jihee tersenyum melihat muka Kyungsoo sewaktu dia sedang menelan panadol. Berkerut-kerut. Buat seketika hatinya terasa tenang. 

 

 

 

Gelas dikembalikan kepada Baekhyun selepas itu. "Thanks Baekhyun" ucap Kyungsoo sebelum memejamkan matanya semula. 

 

 

 

Baekhyun baru hendak keluar dari bilik itu dan begitu juga Jihee untuk membiarkan Kyungsoo berehat. Namun tindakan mereka terhenti apabila mendengar suara Kyungsoo memanggil Baekhyun. 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!