「 ʙᴇʀᴛᴇᴍᴜ ᴋᴇᴍʙᴀʟɪ 」
The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN[ HARI KESEPULUH - 10 HARI SEBELUM KRISMAS ]
Pada awal pagi itu, Baekhyun terpaksa bergegas ke tempat kerjanya. Kata Xiumin, rakan sekerjanya, ada perkara penting yang perlu dibincangkan semula.
Baekhyun terkulat-kulat memakai kasut kerjanya dengan kedua-dua belah tangannya yang penuh. Tangan kanannya sedang memegang file-file penting manakala tangan kirinya sedang memegang beg kerjanya. Memang serabut fikiran Baekhyun pagi itu!
Sebelum dia bergegas pergi, sempat dia melemparkan pandangan pada Jihee yang hanya menjadi pemerhati sejak dari tadi.
Jihee hanya menggelng kepala sambil tersenyum melihat kelakuan Baekhyun yang baginya amat lucu itu. "Hwaiting!" Ucap Jihee agar Baekhyun lebih bersemangat.
Baekhyun hanya mengangguk lemah dan berlalu pergi selepas mengunci pintu rumah. Entah apa yang perlu dibincangkan lagi. Barangkali ada yang tidak kena— yelah Baekhyun pun buat kerja dengan terburu-buru kerana ingin meluangkan lebih masa dengan Jihee.
Baekhyun melepaskan nafas lega selepas kakinya jejak masuk perut monorel yang penuh dengan lautan manusia yang bermacam-macam kerenahnya.
Baekhyun juga perasan keadaan Jihee juga bertambah baik. Tak silap keputusannya untuk membawa Jihee ke High One.
Tiba sahaja di kawasan syarikat tempat Baekhyun bekerja— tali lehernya dibetulkan dan rambutnya disikat menggunakan jarinya sekadar untuk kelihatan kemas.
Entah mengapa perasaannya dari tadi terasa gelisah. Bibirnya tidak henti-henti digigit sambil matanya memerhati jam di tangannya.
"Baek!" Panggil Xiumin selepas ternampak kelibat Baekhyun.
Comments