「 ᴋᴇꜱᴇᴅᴀʀᴀɴ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KETIGA - 17 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Jihee setia memerhati tingkah laku Baekhyun yang sibuk mengikat tali lehernya di hadapan cermin. Ia sudah menjadi salah satu rutin  harian buat Jihee untuk memerhatikan Baekhyun pada awal pagi. 

 

 

 

"Bosan?" Tanya Baekhyun sambil tangannya masih ligat mengikat tali lehernya. 

 

 

 

Jihee tersenggih dan menggelengkan kepalanya. Kemudian dia melangkah mendekati Baekhyun. Tangan Baekhyun diturunkan dan kini giliran Jihee pula membetulkan tali leher lelaki itu. 

 

 

 

Selama 3 hari ini, Jihee sedar akan suatu perkara bahawa tidak selalu Jihee dapat memegang atau mencapai sesuatu objek. Tetapi jika dia benar-benar fokus, dia pasti dapat memegang objek itu. 

 

 

 

Selain itu, dia juga tidak pernah berasa lapar atau ngantuk. Bagus juga. Sekurang-kurangnya dia tidaklah membebankan Baekhyun.

 

 

 

Baekhyun dalam diam tersenyum melihat Jihee yang fokus membetulkan tali lehernya. 

 

 

 

Apabila selesai membetulkan tali leher Baekhyun, Jihee sedar yang Baekhyun masih lagi tidak bergerak dari tempatnya. 

 

 

 

Kepalanya diangkat untuk melihat wajah Baekhyun. Hati Jihee berdegup kencang apabila matanya bertemu mata hitam Baekhyun. 

 

 

 

Senyuman Baekhyun bertambah lebar lalu tangan kirinya mengusap lembut rambut Jihee.

 

 

 

"Bila masa awak potong rambut?" 

 

 

 

Apabila Jihee mengingat semula sebab dia memotong rambutnya yang dahulu panjang, dia secara tidak sengaja melepaskan tawanya. 

 

 

 

Jihee memegang tangan Baekhyun dan melekapkannya pada pipinya. Walaupun dia tidak dapat rasa apa-apa... baginya cukuplah begini.

 

 

 

"Beberapa minggu lepas. Sebab dia panjang sangat. Rimas!" Keluh Jihee. "Tak nak pergi kerja ke?" Soal Jihee pula apabila terpandang jam dinding milik Baekhyun. 

 

 

 

Baekhyun yang baru tersedar tentang perkara itu terus cepat-cepat mencapai beg kerjanya dan kot hitamnya. Sebelum dia keluar dari rumah, sempat dia menghidupkan televisyen untuk Jihee.

 

 

 

"Tak perlu!" Arah Jihee yang menyebabkan tindakan Baekhyun terhenti. Dipandang Jihee dengan wajah pelik. 

 

 

 

Biasanya dia akan meninggalkan Jihee di rumah dengan televisyen yang sengaja dibuka untuk tontonan Jihee. 

 

 

 

Baekhyun tahu tidak seperti roh-roh lain, Jihee masih tidak biasa dengan keadaannya.

 

 

 

"Baek. . ." Jihee bermain-main dengan jarinya sambil wajahnya memandang ke bawah. Ke kasutnya yang kotor. 

 

 

 

Baekhyun faham benar intonasi suara Jihee itu. Pasti ada sesuatu yang ingin dimintanya.

 

 

 

"Kalau saya nak ikut awak pergi kerja boleh?" Tanya Jihee dengan suara rendah. Kemudian dipandang wajah Baekhyun dengan seribu satu harapan.

 

 

 

"Please—" rengeknya. 

 

 

 

Wajah Baekhyun berubah keruh dan tangannya menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Sukar buatnya untuk bersetuju dengan permintaan Jihee. 

 

 

 

Setelah berfikir masak-masak, Baekhyun akhirnya bersetuju. 

 

 

 

"Betul ni?! Kalau awak tak suka saya tak ikut!"

 

 

 

Baekhyun mengangguk perlahan. Bukan dia tidak suka— tetapi dia khuatir jika Jihee akan berasa tidak selesa kelak.

 

 

 

 

 

 

Jihee rasa lemas setelah keluar dari monorel. Stesen monorel Seoul seperti biasa ditenggelami dengan ratusan manusia yang sibuk. Bau-bau yang tidak menyenangkan mula menerjah hidung Jihee. 

 

 

 

Mata Jihee meliar mencari kelibat Baekhyun. Pelik. Dari tadi Baekhyun melayannya dengan acuh tidak acuh. Apabila ditanya, Baekhyun hanya mengangguk atau menggeleng sahaja. 

 

 

 

Badan Jihee yang lutsinar sering dilanggari oleh mereka yang lalu lalang. Jihee sering rasa tidak selesa apabila dilakukan seperti itu.

 

 

 

"Kenapa berhenti?" Bisik suatu suara yang amat dikenalinya. 

 

 

 

Jihee tersenyum lalu memandang ke arah Baekhyun yang mula menariknya ke pintu keluar stesen monorel. 

 

 

 

"Saya harap awak faham," keluh Baekhy

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!