「 ᴘᴀɪɴꜰᴜʟ ꜰᴀʀᴇᴡᴇʟʟ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KE TUJUH BELAS - 3 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Langkah besar Baekhyun berhenti sejurus sahaja pintu masuk rooftop hospital dibuka dengan kasar. 

 

 

 

Cahaya matahari yang baru sahaja terbit melirik ke wajahnya dan membuatkan Baekhyun terpaksa mengecilkan matanya untuk melihat suasana di sekitarnya. Setelah penglihatan Baekhyun kembali jelas, barulah dia sedar bahawa kawasan rooftop itu telah dijadikan sebagai taman kecil buat pesakit-pesakit hospital itu. 

 

 

 

Rumput karpet telah digunakan untuk menutupi permukaan konkrit rooftop, terdapat juga beberapa pasu bunga yang menghiasi kawasan itu dan railing yang dipasang juga telah ditinggikan. 

 

 

 

Baekhyun berjalan dengan perlahan ke arah Jihee yang sedang duduk di atas bangku rehat yang disediakan oleh pihak hospital. 

 

 

 

Walaupun Jihee membelakanginya, Baekhyun pasti itu Jihee. Cumanya dia risau. . . risau kerana Baekhyun menyedari badan Jihee yang kelihatan lebih kabur. Tidak seperti selalu.

 

 

 

Baekhyun menggagahkan juga dirinya untuk memanggil Jihee. 

 

 

 

Benar sekali tekaannya bahawa Jihee semakin lama semakin menghilang. Jihee menoleh kearahnya dan satu senyuman manis terukir di bibir pucat wanita itu. 

 

 

 

Baekhyun tidak dapat menahan lagi perasaan yang kian berkemacuk di dalam dadanya, dia lantas menarik Jihee ke dakapannya.

 

 

 

"Maafkan Baekhyun," ucapnya dengan perlahan. 

 

 

 

Ingin sahaja dia meraung apabila dia langsung tidak merasakan apa-apa apabila Jihee memeluknya semula. Kosong. Dia tidak dapat merasakan sebarang kehangatan. 

 

 

 

Adakah ini pertunjuk bahawa Jihee akan pergi meninggalkannya?

 

 

 

Jihee menepuk lembut belakang Baekhyun. Seakan-akan sedang memberinya kekuatan, "Jihee tak pernah salahkan Baekhyun."

 

 

 

Mereka berpelukkan buat seketika sebelum Baekhyun menguraikan pelukkan itu. Diamati wajah Jihee dengan perinci. Ingin dia mengingati setiap inci wajah Jihee.

 

 

 

Namun dia sedar, terdapat perbezaan yang ketara di wajah roh Jihee sekarang dengan wajah roh Jihee ketika mereka tinggal bersama. 

 

 

 

Wajah Jihee yang sekarang kelihatan lebih pucat dan tidak bermaya. Luka-luka yang ada di wajahnya juga kelihatan lebih jelas. Baekhyun tidak dapat menahan sebak di dadanya. Matanya yang mulai berkaca disembunyikan menggunakan kedua-dua tangannya. 

 

 

 

Tidak! Dia tidak kuat untuk melihat satu lagi orang yang disayanginya pergi. . 

 

 

 

Jihee merendahkan badannya untuk melihat wajah Baekhyun yang tersembunyi disebalik kedua-dua tangan lelaki itu. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Baekhyun. 

 

 

 

Jihee turut sedar bahawa semakin hari, dia berasa semakin lemah. Da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!