「 ᴇᴘɪʟᴏɢ 」
The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN[ HARI KE TIGA PULUH LAPAN - 21 HARI SELEPAS KRISMAS]
Sudah beberapa hari berlalu sejak roh Jihee meninggalkan mereka. Namun tubuh Jihee yang masih tidak bermaya masih lagi berada di hospital awam Daegu.
Sejak hari itu, Baekhyun pulang semula ke Seoul setelah mengucapkan ucapan selamat tinggal yang terakhir kepada Jihee. Baekhyun masih dapat merasai rasa sejuk yang dirasai apabila bibirnya mengucup dahi Jihee.
Namun, hubungannya bersama ibunya semakin hari semakin bertambah pulih. Walaupun Baekhyun masih belum dapat memaafkan ibunya, sedikit sebanyak, pintu hatinya mulai terbuka untuk menerima Puan Byun semula dalam hidupnya.
Baekhyun yang masih dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya telah memberhentikan langkahnya di hadapan sebuah panggung wayang.
Seingatnya, temu janjinya yang pertama bersama Jihee juga dilakukan di pangung wayang walaupun ketika itu dia benar-benar takut untuk memasuki ruang gelap yang telah disediakan.
Baekhyun tersenggih- dan pada waktu itu, tanpa dia sedari, dia telah mengenggam tangan Jihee dengan erat di akibatkan oleh roh-roh yang berkeliaran.
Jihee langsung tidak menyoalnya tentang hal itu apatah lagi memperlekehkannya.
Baekhyun tiba-tiba dihimpit rasa sedih apabila mengingati kenangannya bersama Jihee. Dia pantas berjalan melintasi panggung wayang itu apabila wajahnya terasa hangat.
Dia tidak boleh menangis. Dia sudah berjanji dengan Jihee!
Baekhyun menundukkan wajahnya dan terus berjalan pulang. Lautan manusia yang kelihatan gembira bersama ahli keluarga dan pasangan mereka cuba dia abaikan.
"Kyungsoo?" Baekhyun yang baru sahaja sampai ke rumahnya terkejut melihat Kyungsoo yang sedang menunggu di hadapan rumahnya.
Kyungsoo tersenyum sambil tangannya disembunyikan ke dalam poket jaketnya yang tebal. Pasti dia berasa sejuk akibat salji yang turun dengan lebatnya.
"Kenapa tak telefon aku?"
Kyungsoo sekadar tersenggih dan menjongket-jongketkan kedua-dua bahunya. "Saja nak buat surprise," ujarnya bersahaja.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments