Extra Chapter [IV] : Jihee

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

"Apa?" 

 

 

 

Tergamam Baekhyun dibuatnya selepas mendengar kata-kata yang keluar dari bibir munggil budak kecil itu. 

 

 

 

Mata budak kecil itu meneliti perubahan wajah Baekhyun dengan senyuman mengejek. Seakan-akan dia seronok melihat raut wajah kacak Baekhyun berubah menjadi keliru. 

 

 

 

"Do Jihee, umur 24 tahun" ulangnya sekali lagi, "sebab kematian—" kata-katanya terhenti buat seketika sambil matanya dilirikkan kepada Baekhyun. 

 

 

 

Baekhyun pula menelan liurnya yang kian terasa kelat. 

 

 

 

"Sebab kematian, kemalangan jalan raya yang berpunca sebab dia nak jumpa— kau," 

 

 

 

Berkali-kali Baekhyun cuba menghadam segala infomasi baru yang dia dapat hari ini. Jihee— dia kemalangan sebab dia ingin ke Seoul? Untuk bertemu dengannya?

 

 

 

Kenapa dia tak tahu semua ni?

 

 

 

Tanpa Baekhyun sedari, tangannya digenggam dengan kuat dan giginya diketap. Rasa bersalah kini menghimpit dirinya. 

 

 

 

"Kenapa kau bagitahu aku semua ni?" Bisik Baekhyun. Dia tahu jika dia meninggikan suaranya, orang disekeliling mereka pasti akan menyangka dia sedang melakukan perkara buruk kepada budak itu. 

 

 

 

Budak lelaki itu menongkatkan wajahnya dengan menggunakan tangan kirinya. Matanya yang redup memandang tepat ke arah Baekhyun yang masih memandang ke bawah.

 

 

 

"Sebab aku rasa kau ada hak untuk tahu kebenaran disebalik kemalangan Jihee." Ujar budak itu. "Lagipun aku tak nak korang berharap yang dia masih ada peluang untuk hidup".

 

 

 

Kata-kata terakhir yang keluar dari bibir budak itu membuat Baekhyun sedikit tersentak. Kerana dia tahu, jauh di lubuk hatinya dia masih berharap bahawa Jihee masih berpeluang untuk tinggal di sisinya. 

 

 

 

Walaupun sekejap. Tetapi Baekhyun masih belum boleh melepaskan wanita itu. Jihee bagaikan nyawanya sendiri. Baekhyun tak mampu memikirkan apa akan terjadi jika suatu hari Jihee hilang dari pandangannya. 

 

 

 

"Sebab dia tak berpeluang untuk—" 

 

 

 

Tanpa mendengar kata-kata seterusnya, Baekhyun bingkas bangun untuk meninggalkan kafe tersebut. Makin lama dia duduk bersama budak itu, makin terasa jurang diantara dia dan Jihee. 

 

 

 

"Wait! " Halang budak lelaki itu. 

 

 

 

Baekhyun menghentikkan langkahnya lalu memalingkan kepalanya ke arah meja yang didudukinya tadi. 

 

 

 

"Kau tak nak tanya aku siapa?" Soalnya. Pelik juga dengan kelakuan Baekhyun yang tidak nampak risau akan siapa dia sebenarnya. 

 

 

 

Baekhyun meraup wajahnya dengan kasar. "Aku tahu kau siapa," ujarnya dengan tenang. "Kau malaikat maut yang diutuskan untuk ambil Jihee".

 

 

 

Ini bukanlah kali pertama dia bertembung dengan malaikat maut. Salah satu perkara yang dia biasa lihat adalah betapa kejamnya cara malaikat-malaikat ini memaksa roh-roh yang masih berkeliaran untuk mengikut mereka. 

 

 

 

Pelik. Malaikat di hadapannya kini tidaklah sekejam seperti mereka yang lain. 

 

 

 

Sejurus kata-kata itu keluar dari mulut Baekhyun, tubuh budak lelaki itu berubah kepada seorang lelaki yang tinggi lampai.

 

 

 

Jika lihat sepintas lalu, memang tidak dinafikan lelaki yang berada di hadapannya itu dapat menarik hati mana-mana anak gadis dengan wajahnya yang kacak itu. 

 

 

 

Tanpa membuang masa, Baekhyun dengan pantas berjalan keluar dari kafe itu. Tali lehernya yang memang sudah dilonggarkan, ditarik kasar. Rimas. Itu yang dirasai oleh Baekhyun sekarang.

 

 

 

 

 

 

"Awak tak boleh datang Daegu juga ke tahun ni?" Tanya Jihee sambil bermain dengan pen biru yang berada dalam genggamannya. 

 

 

 

Dapat dia dengari keluhan berat yang dilepaskan oleh Baekhyun pada hujung talian. 

 

 

 

"Tak. Berlambak kerja yang saya kena siapkan," Baekhyun turut berasa kecewa kerana terpaksa menangguhkan lawatannya untuk berjumpa Jihee. 

 

 

 

"Sorry," 

 

 

 

Jihee pantas menggeleng menyebabkan telefon bimbit kesayangannya itu hampir-hampir jatuh mencium lantai. 

 

 

 

"It's okay! Really! "

 

 

 

Makin bersalah Baekhyun dibuatnya. "Tapi saya dah janji nak spend christmas dengan awak dan keluarga awak. And I know you miss me too".

 

 

 

Jihee melepaskan gelak tawanya yang berbaur sarkastikus. Angkat bakul sendiri pula si Baekhyun ni!

 

 

 

"M-Mana ada!" Nafi Jihee dengan laju. "Siapa je nak rindukan awak?"

 

 

 

Namun hakikatnya memang dia rindukan lelaki itu. Senyuman Baekhyun, suaranya yang dalam yang mampu membuatkan jantungnya menggila, gelak tawanya dan cara Baekhyun yang suka menggosokkan jarinya kepada belakang tangan Jihee setiap kali mereka berpegang tangan.

 

 

 

Ah, kalau boleh Jihee rindu semua perkara tentang Byun Baekhyun!

 

 

 

Sudahlah hubungan mereka berjarak jauh. Baekhyun di Seoul dan Jihee di Daegu. Tipulah kalau hatinya tak risau dan tipulah dia tak kecewa Baekhyun tak dapat datang Daegu kali ini juga. 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!