Extra Chapter [II] : Kyungsoo
The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN"Jihee nak ke mana?" Tanya Kyungsoo kepada adiknya yang baru sahaja menapak keluar dari rumah mereka.
Wajah Jihee menampakkan riak gembira tatkala melihat Kyungsoo. Lalu ditunjukkan bakul yang Puan Do suruh bawa untuk memudahkan anak gadisnya itu membawa beg plastik yang banyak.
"Tolong eomma beli barang dapur," jawab Jihee dengan senyuman di bibirnya. "Oppa nak kirim apa-apa?"
Kyungsoo hanya tersenggih melihat telatah manja adiknya itu. Jika dilihat oleh orang lain, mereka pasti pelik melihat perangai mereka dua beradik. Jarang sekali bertikam lidah.
Tetapi bagi ahli keluarga Do, ia merupakan perkara yang biasa. Kyungsoo juga pernah membuli adiknya itu sekali sekala namun jarang sekali Jihee merungut.
Mungkin kerana itulah hubungan mereka dua beradik baik sahaja.
"Tak," Kyungsoo menggelengkan kepalanya.
Tanpa menunggu dengan lebih lama, Jihee terus melangkah pergi sambil bakul yang di tangannya itu diayun-ayunkan.
Sebelum tangan Kyungsoo sempat menarik pagar rumah mereka, kepalanya dipalingkan dengan pantas. Kembali memandang belakang Jihee.
"Jihee!" Laung Kyungsoo dari jauh.
Pada panggilan yang ketiga, barulah jihee memusingkan badannya agar memandang Kyungsoo.
"Kalau terserempak dengan Suho— suruh dia call Oppa tau!"
Jihee mengangguk laju sebelum dia berlalu pergi. Entah mengapa Kyungsoo tidak boleh mengusir perasaan khuatir ini.
Tidur Kyungsoo terganggu apabila suara jeritan yang kuat menganggu tidurnya. Matanya pantas dibuka dan memerhatikan kawasan sekelilingnya.
Dia dimana? Setahu Kyungsoo sejak pulang dari sekolah dia hanya duduk di dalam biliknya. Masakan dia boleh berada di tepi pantai.
Bentangan laut membiru yang luas berada di hadapannya kini bersama-sama dengan langit yang kian menggelap. Tidak dapat dilihat kilauan bintang di langit itu.
Sesekali kedengaran bunyi deruan ombak yang menghempas pasir mulus.
Namun keadaan itu tidak kekal lama apabila bunyi jeritan yang kuat seperti tadi mula kedengaran semula.
Mata bulat Kyungsoo meliar mencari punca jeritan itu. Pencariannya terhenti apabila dia terlihat 2 susuk tubuh yang berada tidak jauh darinya.
Mengapa dia tidak dapat lihat mereka tadi? Tanpa berfikir panjang, Kyungsoo berlari anak mendekati mereka.
Buat seketika, Kyungsoo menahan nafasnya. Bibirnya ingin mengeluarkan kata-kata namun tidak dapat didengari. Tekaknya sakit bagaikan ada sesuatu yang tersekat diantaranya.
Kyungsoo menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memulakan bicaranya.
"S-Suho," itu sahaja yang mampu diutarakan olehnya.
Suho yang seakan-akan tidak menyedari kehadirannya di situ kembali memukul-mukul kepala Baekhyun dengan batu yang digenggamnya dengan kuat.
Kyungsoo melepaskan jeritan pendek apabila merasa percikan darah Baekhyun terkena wajahnya yang terpampar riak ketakutan.
"D.O!"
Kyungsoo tidak mampu untuk mem
Comments