008
Collision | Malay |Jongin benci putih. Putih mengingatkannya kepada suasana kubur nan syahdu kerana bunga seroja itu putih. Putih melambangkan bersih, sesuatu yang masih belum dinodai kesuciannya. Gadis kecil pula ibarat sehelai kain putih, mereka terlalu disuapkan dengan kisah-kisah dongeng dimana mereka percaya suatu hari nanti akan ada putera raja datang melamar mereka menaiki kuda putih. Ah, putih lagi.
Jongin seorang yang realistik. Dia tidak pernah berfikir untuk hidup dalam dunia fantasi yang menjanjikan seribu satu kemanisan. Baginya, hidup bukan gula-gula kapas yang sentiasa manis. Kerana itulah dia sentiasa berusaha untuk berdiri di atas kaki sendiri, di usia semuda 23 tahun, dia telah pun menjadi seorang ketua senior editor di syarikat majalah fesyen yang terkenal. Jongin tak ingin menjadi kain putih, dia perlukan warna. Merah jambu, warnanya lembut, tetapi disebalik kelembutan tersembunyi penegasan.
Jongin duduk di hadapan meja solek, memerhatikan wajahnya yang masih lagi tercalit indah dengan solekan minimal dan rambut yang disanggul tinggi, tapi sayang, wajah cantik itu terlihat sungul. Dia bencikan warna gaun yang dipakai, dia bencikan cadar putih yang membaluti tilam katil. Dia bencikan dekorasi di dalam bilik yang semuanya putih. Dan yang paling penting, dia benci cincin emas putih bertatahkan berlian yang menghiasi jari manisnya kini. Cincin yang mengikatnya bersama Sehun sebagai suami-isteri, cincin pernikahan mereka.
Gadis itu mengeluh kecil sambil tangan mula menarik keluar satu-persatu bobby pins dari rambut. Setelah semua pin berjaya dibawa keluar, rambut silver Jongin yang lembut beralun jatuh ke belakang. Dia kemudiannya mencapai pula kapas muka dan makeup remover berjenama Maybelline dari atas meja dan menanggalkan semua lapisan bedak asas serta pembayang mata yang menempel di kulit muka sawo matangnya.
Sedang dia terkial-kial untuk menarik turun zip gaun yang dipakai, tiba-tiba pintu bilik tidur terbuka. Sehun yang memakai tuksedo hitam menapak masuk ke dalam bilik tidur dengan wajah kepenatan. Walaupun tiada majlis resepsi diadakan, tetapi keluarga terdekat tetap diundang dan dijamu seadanya di rumah keluarga Kim. Majlis kecil itu sekadar untuk memaklumkan ahli keluarga lain mengenai Jongin yang telah menjadi isteri orang.
Dalam pukul lima petang, kedua-dua keluarga Oh dan Kim menuju ke studio pengambaran untuk merakam beberapa keping gambar keluarga. Setelah sampai di rumah, Sehun ditahan oleh ayah dan ayah mertuanya untuk sesi luahan hati dari lelaki ke lelaki, Jongin sendiri tak ambil pusing.
“Awak tak mandi lagi ke?”. Sehun bergerak ke arah isterinya dari belakang. Jongin kelihatan gugup dan pipinya merona merah menahan malu.
“Baru nak mandi”. Jongin membalas sambil memandang ke arah suaminya melalui cermin. Jongin tidak dapat menafikan kekacakan sang suami, Sehun kelihatan seperti seorang putera di dalam tuxedo hitam yang dikenakannya. Sayangnya, dia bukanlah Cinderalla yang kehilangan kasutnya di majlis tari-menari. Dia cuma Kim Jongin, si adik kembar yang menjadi pengantin kepada tunangan mendiang kakak sendiri.
Comments