003
Collision | Malay |
Jongin menelek-nelek isi kandungan majalah busana pengantin ditangannya dengan wajah teruja. Dia masih lagi bercuti dan hanya akan memulakan kerjanya lagi dua minggu. Bolehlah dia menggunakan masa ini untuk menolong Jonghee menyediakan persiapan perkahwinan sebelum kakak kembarnya itu terpaksa mengambil cuti bersalin.
“Jongin, jum ikut aku pergi ambil baju kahwin nak tak? Tadi orang butik tu dah call cakap gaun aku dengan sut Sehun dan siap 100%.” Ujar Jonghee tiba-tiba mengejutkan Jongin.
“Hishh terkejut aku”. Jongin mengurut dada sendiri sambil menjengilkan mata ke arah kakaknya. “Sekarang ke?”.
“Yelah, sekarang. Aku tak larat nak drive, kau hantarkan ek?”.
“Hurmm yelah, jum”. Jongin bingkas dari sofa dan berlari ke atas untuk mengambil tas tangan. Gadis itu memerhatikan pakaiannya dari atas ke bawah, dia mengenakan sepasang sweatshirt berwarna merah jambu lembut yang bertulis “Cry Baby” di depan dan dipadankan pula dengan jeans ketat yang juga berwarna yang sama. Rambutnya yang berwarna silver pula disanggulkan ke atas menjadi messy bun. Setelah mencalitkan sedikit gincu dibibir dan disayapkan celak hitam di mata, Jongin terus berlalu untuk mendapatkan semula kakak kembarnya.
“I’m good to go”. Jongin mencapai kunci kereta dari tangan Jonghee dengan seringai nakal.
“Ok jum”.
Di dalam perjalan, dua beradik itu tidak henti-henti membincangkan dari satu perkara hingga ke perkara lain. Jongin menceritakan pengalamannya bekerja di dalam ibu pejabat Elle sewaku berkursus di Itali dengan penuh semangat. Jonghee di sebelah hanya memberikan pendapat hanya apabila ditanya, dia lebih suka mendengar dibandingkan bercerita. Memang antara mereka berdua, Jongin lebih banyak mulut dan bersifat terbuka dengan sesiapa sahaja. Dunia media dan komunikasi amat bersesuaian dengan adik kembarnya.
“Wow, seriuslah kau tempah baju dekat butik Helen Lim? Mahal kot butik ni, untunglah dapat pakai gaun mahal”. Jongin mengusik kakaknya yang kini tersipu malu, dia memarkirkan kereta di parkir yang berada bertentangan dengan butik, namun tidak terlalu jauh kerana dia paham kondisi kakaknya yang sedang sarat itu.
“Mama Sehun yang beria sangat kami tempah dekat sini sebab dia kata Helen Lim tu kawan baik dia. Kami ikutkan jelah”.
“Kan bagus dapat mak mertua macam Aunty Seohyun tuh. Hari-hari aku ajak dia pergi shopping”. Jongin mula berangan bagaikan syiok sendiri. Wanita dan membeli belah berpisah tiada, itulah yang Jongin sentiasa percaya dari dulu. Dia memang suka berbelanja, kerana itulah dia cuba sebaik mungkin untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan orang lain dan kepuasannya lebih terasa apabila barang-barang mewah tersebut dimiliki hasil titik peluhnya.
“Dah, tak payah merapu. Aku pergi ambil kat dalam kejap, kau tunggu je sini”, pesan Jonghee.
“Alah, aku nak ikut”.
“Tak payah, aku masuk sekejap je. Lepas ni aku datang balik”. Jonghee membuka pintu kereta dan keluar. Tetapi kemudian dia menjengahkan semula kepala ke dalam. “Jongin, I love you”. Si kakak berlalu pergi tanpa menunggu respon si adik. Jongin tergeleng kecil dengan keletah Jonghee yang baginya pelik.
‘Buang tebiat ke?’, getus hati Jongin. Dia memandang melalui cermin sisi menghantar Jonghee pergi, namun sebuah kereta laju meluru ke arah wanita yang sedang hamil itu menghentamnya kuat. Jongin terkesima, otaknya seakan berhenti berfungsi buat seketika apabila tubuh Jonghee terpelanting dan mendarat di atas jalan tar dengan berlumuran darah.
Kereta berwarna hitam yang melanggar Jonghee telah pun tiada dari pandangan. Jongin menolak pintunya dan melangkah keluar dengan wajah yang tiada ekspresi. Beberapa orang awam telah mengerumi tubuh Jonghee yang menggulupur menahan sakit. Jongin terduduk lemah di samping kakaknya, air mata yang dari tadi ditahan kini mengalir deras di wajah si gadis berkulit tan tersebut.
<
Comments