006

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter
  Haewon sedang tertidur lena di atas pangkuan Sehun, wajah polos si kecil itu mampu membuat sesiapa sahaja jatuh sayang. Mereka kini di rumah kediaman Kim, kedua-kedua ibu bapa Sehun, Kyuhyun dan Seohyun duduk di samping anak mereka. Manakala Jonghyun dan Taeyeon pula duduk di sofa yang bertentangan. “Jadi beginilah, Sehun dan kami sekeluarga bercadang nak ambil Haewon tinggal dengan kami”. Kyuhyun membuka mulut, berhati-hati memilih perkataan yang sesuai agar tidak melukakan hati sesiapa. Jongin mengerutkan wajah tidak bersetuju dengan apa yang barusan didengari. Tidak, dia takkan benarkan Sehun mengambil Haewon darinya. “Tapi, makcik dengan pakcik jangan risau. Saya akan bawa Haewon ke sini setiap minggu. Saya pun taknak pisahkan dia dengan keluarga ibu dia”. Tambah Sehun pula. Jonghyun berdehem kecil dan membetulkan duduknya. “Pakcik takda halangan. Pakcik tau kamu lebih berhak ke atas Haewon tapi kamu kena tau juga, Jongin dah jadi ibu susuan Haewon. Anak kamu tu belum boleh pisah susu lagi selagi dia belum berusia dua tahun”. Giliran wajah Sehun pula berkerut tatkala mengetahui bahawa wanita selain Jonghee menyusukan anaknya. “Abang jangan salah sangka, Jongin bukan cuba nak ambil Haewon dari abang. Tapi Jongin nak Haewon dapatkan yang terbaik, susu formula tak bagus untuk perkembangan bayi di awal tumbesaran”. Jongin bagaikan dapat membaca apa yang berada dalam pikiran Sehun. Gadis itu menundukkan wajah ke bawah, dia bagaikan dapat merasa semua mata kini memandang ke arahnya. “Haewon pun anak saya juga, susu saya mengalir dalam badan dia. Takda sesiapa pun tanya pendapat saya sebelum nak ambil dia pergi”. “Jongin sayang, kami tak bermaksud macam tu. Sehun, mama rasa kita ada satu penyelesaian untuk ni”. Seohyun bergerak ke arah Jongin yang sedang duduk bersimpuh di bawah lantai. Wanita berusia di awal 50-an itu memeluk erat sekitar bahu Jongin dan meramasnya dengan lembut. “Kamu anak yang baik, juga ibu yang baik. Makcik yakin, kamu akan jadi isteri yang baik”. “Apa maksud kamu, Seohyun?”. Taeyeon bagai dapat mengagak dimana arah perbincangan ini akan pergi. Dia seorang wanita dan dia paham bahasa kiasan. “Kak Taeyeon, kita teruskan je majlis kahwin Sehun dan mendiang Jonghee pada bulan depan. Saya nak Jongin jadi menantu saya, anggaplah ini sebagai lamaran dari keluarga kami untuk bunga di taman akak dan abang”. Darah bagaikan disedut keluar dari seluruh tubuh Jongin, bibirnya terkunci dan tekaknya pula terasa kering. Ini semua berlaku terlalu cepat. Sehun memandang ke arah Seohyun dengan wajah yang sukar dimengerti. Apakah mamanya lupa bahawa dia baru kematian tunangan sebulan yang lepas? Kini, dia dijodohkan pula dengan orang lain yang tidak lain tidak bukan merupakan kembar kepada tunangnya yang telah mati. “Ma...”. Belum sempat Sehun berkata sesuatu, dia terlebih dahulu dipotong oleh Seohyun. “Sehun, mama tau permintaan mama ni terlalu berat untuk kamu dan Jongin. Tapi pikirkan kebaikan dari perkahwinan ni, sekurang-kurangnya Haewon boleh membesar dalam keluarga yang sempurna. Lagipun, Jongin bukannya orang asing, dia ibu susu dan ibu saudara Haewon, adik kembar Jonghee”. “Tapi mama, ini tak adil bagi Jongin. Dia berhak memilih kehidupan dia sendiri, Haewon tanggungjawab Sehun, mama. Sehun akan besarkan Haewon sedaya yang termampu”. “Ibu setuju dengan Makcik Seo kamu”. Taeyeon tiba-tiba berkata, membuatkan Jongin bertambah kaget. Sepanjang hidupnya, tidak pernah sekali pun ibunya itu meminta dia melakukan sesuatu di luar kehendak seorang Kim Jongin. Jonghyun yang dari tadi menjadi pemerhati kini bersuara. “Sudah! Maafkan kami sekeluarga berlaku lancang, tapi kami perlukan masa untuk berbincang”. Taeyeon memandang ke arah suaminya bagaikan tidak percaya. “Apa lagi yang nak dibin....”, “Sudah saya cakap”. Kali ini suara Jonghyun kedengaran lebih tegas. Dia mengerling ke arah sang isteri dengan pandangan tajam yang berjaya membuatkan Taeyeon menundukkan wajah. Tangisan Haewon memecahkan suasana tegang di ruang tamu kediaman Kim dan Jongin segera berlari ke arah anaknya, mengambil bayi itu dari pangkuan Sehun. “Shuhh, ibu kat sini sayang”. Lembut sahaja Jongin menepuk belakang Haewon untuk menidurkan semula si kecil yang terperanjat dek suara kuat atuknya sendiri. Sehun turut bangun dari duduknya dan berdiri di sebelah Jongin, mengusap lembut pipi mungil dan kemerahan Haewon. Wajah Jongin jika dilihat dari dekat memang sama seperti Jonghee, cuma kulitnya sahaja yang sedikit sawo matang. Selain itu, yang membezakan mereka adalah rambut. Untuk tidak terlihat sama seperti mendiang Jonghee, Jongin selalu mewarnakan rambut seperti perang, merah jambu, ungu dan pelbagai lagi sehinggalah kini warnanya silver. Sehun dapat mencium bau bedak bayi yang dipakai oleh Jongin apabila berdiri berdekatan dengan gadis itu, dan jujur sahaja bau itu sangat menaikkan keinginan kelakiannya. “Maafkan kami, Jonghyun”. Suara Kyuhyun bagai menye
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!