010

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, rambut yang sengaja dibiarkan lepas beralun terbang ditampar angin Selat Melaka. Jongin memeluk tubuh sendiri sambil menikmati keindahan pantai yang terbentang luas di hadapannya. Baru semalam meninggalkan Haewon tetapi hatinya telah pun dipagut kerinduan yang amat dalam. Ditambah pula bahagian dadanya yang berdenyut kesakitan, membayangkan anak lelakinya yang kelaparan sahaja sudah membuat hatinya gundah-gulana.

Sehun, suaminya masih diulit mimpu sewaktu dia meninggalkan bilik resort yang akan menjadi kediaman mereka selama bulan madunya di Pulau Langkawi. Sengaja Jongin tidak mengejutkan Sehun, dia tahu lelaki itu pasti kelelahan kerana perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang panjang. Kaki Jongin menguis-nguis pasir pantai sekadar untuk menghilangkan bosan.

“Kenapa tak kejutkan abang?”, suara garau Sehun menyapa Jongin dari belakang. Hampir luruh jantung gadis itu apabila dikejutkan sedemikian rupa, Jongin mengerling tajam dan mengerutkan dahi tanda protes.

“Abang ni! Kalau saya ada sakit jantung dah gol dah”.

Sehun tersengih bagai kerang busuk sambil menggaru-garu leher yang tidak gatal. “Maaf, abang ingat awak perasan. Siapa suruh termenung jauh sangat?”. Lelaki berkulit pucat itu turut menebar pandangannya ke depan sambil mendepakan tangan. Matahari sudah menampakkan sinarnya, bagi pelancong yang tidak biasa hidup di negara khatulistiwa mungkin akan merutuki cuaca panas dan bahang tersebut.

Soalan Sehun dibiarkan berlalu dibawa angin. Jongin menyelitkan untaian rambutnya dibelakang telinga. Baju dress labuh ala-ala Hawaii tanpa lengan membalut tubuhnya, manakala Sehun pula sekadar mengenakan t-shirt putih polos dengan seluar boxer separas lutut bermotifkan bunga-bunga berwarna-warni. Untuk seketika masing-masing sekadar melayan perasaan sendiri.

“Jongin..”, seru Sehun.

“Hurmm?”.

“Awak menyesal ke kahwin dengan abang?”.

Soalan Sehun membuatkan tubuh Jongin menegang, dia sejujurnya tidak siap dengan soalan yang berbentuk makan dalam seperti itu daripada seorang lelaki yang kini mengandang status sebagai suaminya. Jongin memalingkan wajahnya ke arah Sehun dan memaksa bibir sendiri untuk mengukir senyuman.

“Abang, saya percaya dengan aturan Tuhan”. Mata kedua-duanya bertembung. Dengan gerak perlahan, Jongin memberanikan diri untuk menggapai tangan Sehun dan digenggam kemas dalam tangannya sendiri. Kulit Sehun yang putih dan kulit Jongin yang sawo matang kelihatan kontras, tetapi terasa sempurna bagai dua kepingan puzzles.

Bibir Jongin sekali lagi bergerak. “Kalau ini adalah takdir yang tertulis untuk saya, saya terima seadanya. Tak ada guna saya menolak keinginan Dia kerana saya yakin Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya”. Entah mengapa ucapan Jongin terdengar sangat melegakan di telinga Sehun. Isterinya penuh dengan kejutan, itulah apa yang Sehun dapat gambarkan mengenai Jongin. Dia membalas genggaman tangan si isteri dan tersenyum kecil.

“Abang tahu perkahwinan kita hanyalah sekadar satu bentuk persetujuan, tapi abang yakin tiada perempuan yang layak menjadi ibu kepada Haewon selain awak”.

“Terima kasih kerana percayakan saya untuk jadi ibu buat anak abang”.

Dengan menggunakan tangannya yang satu lagi, Sehun mengusap surai kepala Jongin. “Mungkin ini terlalu lambat untuk abang katakan, tapi sudi tak Jongin jadi kawan abang? Kawan yang akan tidur sebilik, masakkan untuk abang, teman abang tengok TV dan sama-sama besarkan Haewon?”.

Ya, bersahabat. Mereka tak mungkin menyulam cinta dalam hati masing-masing. Maka, berkawan adalah penyelesaian yang lebih tepat untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Jongin mengaggukkan kepala lemah. “I do. Kita kawan sampai syurga”.

“Sampai syurga”. Balas Sehun pula.

Langkawi, 27 Jun 2017. Oh Sehun dan Oh Jongin

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!