011
Collision | Malay |
Tak terasa sudah empat bulan mereka mendirikan rumah tangga. Tak terasa juga si kecil Haewon sudah pun berusia enam bulan sekaligus bermakna mereka telah kehilangan Jonghee selama enam bulan lamanya. Semuanya masih terasa segar di pikiran masing-masing, Jongin, Sehun, dan keluarga mereka. Mereka cuba untuk menjalani kehidupan mereka dengan nafas baru tetapi pada siapakah Sehun berbohong?
Tiada satu detik pun dalam hatinya tidak merindukan Jonghee. Dia sedar dia sedang tidak berlaku adil kepada Jongin kerana segala perlakuannya kepada isterinya itu adalah hasil dari kerinduan yang mendalam buat Jonghee. Tidak susah untuk membayangkan kehadiran Jonghee dalam susuk tubuh Jongin kerana wajah mereka yang persis saling tak tumpah. Gambaran tentang keluarga bahagianya bersama Jonghee bagai dihidupkan oleh Jongin.
Seperti sekarang.
Hari minggu adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap lapisan umur, dari yang bekerja hinggalah yang bersekolah. Jam menunjukkan angka 12.35 tengahari. Bunyi desiran kuali panas dan aroma tumisan dari dapur cukup memberitahu Sehun bahawa Jongin sedang sibuk menyediakan makanan tengahari buat mereka. Sehun pula di ruang tamu sekadar memperhatikan Haewon yang sudah mula berjalan di atas baby walkernya dengan gembira. Biasalah, budak baru dapat lesen L.
Jika orang tidak tahu, mungkin mereka akan menyangka bahawa rumah tangga Sehun dan Jongin sudah cukup ideal dan sempurna. Suami yang penyayang, bekerjaya, kacak, anak yang tidak kurang comelnya dan seorang isteri yang bertanggungjawab walaupun bekerja. Mimpi-mimpi seorang anak gadis polos tentang idea perkahwinan, tapi kenyataannya hanya Sehun dan Jongin yang tahu. Tak semua hujan akan dikunjung pelangi. Tapi tak bermakna perkahwinan mereka sebuah toksik.
Biasa-biasa sahaja. Itulah penerangan paling tepat untuk menggambarkan rumah tangga mereka.
“Abang, jum makan. Jongin dah siap masak”. Suara lembut Jongin menyapa gedegang telinga Sehun. Si isteri berjalan ke arah Haewon dan mengangkat bayi lelaki tersebut dari baby walker yang dinaiki. Haewon pula bagai sudah tidak sabar tatkala terpandang si ibu bagai tahu-tahu itu adalah masa makan untuknya. “Hari ni anak ibu makan baby food okay?”.
Haewon membuat muka. “Nyu nana”. Entah apa yang diomelkan si kecil itu tetapi yang pasti dia menolak sekeras mungkin untuk memakan makanan bayi. Rasanya tak setanding dengan susu ibunya. Hmmpft.
“Biar abang yang suapkan Haewon, kesian awak dah penat masak”. Sehun mengambil Haewon dari tangan Jongin dan tersenyum kecil kepada isterinya. Jongin membalas senyuman suaminya dan mencubit pipi tembam Haewon sebelum memberikan kucupan kecil kepada anaknya itu. Ketiga-tiga beranak tersebut bersama-sama ke meja makan yang sudah terhidang beberapa jenis makanan dan dua pinggan nasi, tidak ketinggalan kentang putar buat si kecil Haewon.
“Abang, letakkan Haewon kat kerusi dia”, Jongin memuncungkan bibir ke arah kerusi makan bayi yang sengaja diletakkan sekali di hadapan meja makan. Sehun sekadar menurut sebelum turut mengambil duduk di samping anaknya. Jongin masih berdiri, dengan tertib dia menyendukkan nasi buat Sehun dan kemudian diikuti dengan lauk.
“Terima kasih Jongin”.
“Terima kasih je?”.
“Dah tu nak apa? Nak tambah adik buat Haewon ke?”. Kening Sehun terangkat-rangkat nakal. Jongin mencubit geram lengan suaminya dan merengus lembut.
“Jangan nak gatal sangat ya Encik Oh Sehun?”.
“Gatal dengan isteri sendiri pun salah?”.
Jongin malas meladeni perangai Sehun yang suka menyakatnya. Bahagia itu sederhana. Jika hidup sebagai isteri di atas kertas buat Sehun sudah cukup membuatkan dia merasa pua
Comments