012
Collision | Malay |
“Sehun, tahniah sebab projek kapal persiaran kita dah pun tamat dengan jayanya”. Dato’ Jung Yunho yang merupakan presiden Jung Corps tempat Sehun bekerja menepuk belakang jejaka itu tanda berbangga. Sehun merupakan jurutera yang menjadi kepercayaan Dato’ Yunho. Kini jawatannya pasti akan berubah kepada ‘Senior engineer’ di Jung Corps kerana kejayaannya yang menunjukkan prestasi memberansangkan dalam pembikinan kapal Blackpearl dengan kolaborasi hotel terkemuka di Pulau Nami, SM Hotel.
“Terima kasih Dato’. Saya takkan berjaya tanpa bantuan Krystal dan teammates lain. Mereka adalah tulang belakang saya”. Sehun sekadar merendah diri, rasanya tidak layak dia mendapat pujian sebegitu besar sedangkan dia dan rakan-rakan lain bersama-sama dalam proses pembinaan kapal tersebut. Dato’ Yunho sekadar tertawa kecil.
“Tiap kali Krystal balik rumah, ada saja benda dia merungut pasal projek ni. She said she is beyond distressed”.
“Tak dinafikan, projek ni memang susah dan memenatkan. But thankfully everything went smoothly”.
Dato’ Jung menyerahkan sepucuk sampul surat yang terdapat ukiran kerawang emas diluarnya, tulisan SM Holding tertera besar dan Sehun bagai dapat mengagak apakah isi kandungan sampul putih itu. Dia membawa keluar kad berwarna emas dan tulisannya pula berwarna perak. Elegen dan SM berjalan seiringan, Sehun membaca apa yang tertulis. Jemputan ke majlis pelancaran kapal persiaran mewah pertama SM Holding yang dialamatkan ke atas namanya. Oh pastilah dia akan dijemput, dia merupakan ‘ayah’ kepada Blackpearl, dia yang melahirkan kapal itu dari lukisan sehingga menjadi realiti.
“Papa, Krystal nak..”, perbualan Dato’ Yunho dan Sehun terganggu apabila tanda ketukan Krystal memasuki ruangan pejabat ayahnya. Dia pun nampaknya serba-salah apabila menyedari kehadiran Sehun di situ. “Sorry, I tak perasan pulak you ada dalam office papa”. Gadis berusia 26 tahun itu berjalan mendekati sofa dimana diduduki oleh Sehun dan melabuhkan punggunya. Terangkat seketika kening Dato’ Yuhno, bukan dia tidak peka dengan apa yang terjadi di dalam syarikatnya itu. Cerita mengenai anaknya yang meminati Sehun beredar bagai pisang panas.
“Kenapa kamu nak jumpa papa?”.
“Oh, ya. Papa dapat dah kad undangan untuk perasmian Black Pearl?”. Krystal menyilangkan kami bagai sengaja ingin menunjukkan kakinya yang mulus kepada Sehun. Tetapi Sehun cukup budiman dan sedar diri untuk tidak memandang ke arah kaki jenjang nan putih Krystal yang terhidang depan mata. Dato’ Yunho berdehem tidak suka tapi Krystal buat-buat tak dengar.
“Kamu lupa ke papa dan Tan Sri Sooman kawan baik? Papa dah dapat dulu sebelum kamu dan Sehun punya kad pun papa baru je bagi tadi”.
Krystal membundarkan mata dengan keterujaan. Dia tanpa segan-segan memegang tangan Sehun di dalam genggaman. “Kita pergi sama-sama nak? I pun still takda partner lagi”. Sehun menarik tangannya dengan perlahan, cuba sedaya upayanya untuk tidak berlaku kasar dengan perangai Krystal yang bagai tak paham statusnya yang kini sudah beristeri. Sehun tersenyum serba-salah dan menghantar signal ke arah Dato’ Yunho bagai meminta pertolongan.
“Krystal, Sehunkan dah kahwin. Mestilah dia pergi dengan isteri dia. Lagipun, kamu akan pergi dengan tunang kamu. Besides, it’s your future-in-law’s party”.
“Yes, I think that’s better. I dah kahwin so I nak bawa isteri”. Sehun pula menambah-nambah.
Dengan kasar, Krystal merengus kegeraman. “Papa, Krystal tak suka mamat tu. Tolonglah paham. He hates me, so am I”.
Entah kenapa topik perbicara
Comments