009

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

Jongin duduk bersebelahan dengan Sehun di lantai marmar sambil dikerumuni oleh deretan hadiah dari keluarga terdekat. Sebenarnya tidaklah banyak sangat yang mereka terima, lebih kurang 10 ke 15 kotak sahaja yang terdiri dari pelbagai saiz. Taemin duduk di antara Jonghyun dan Taeyeon, sengaja menyentil di tengah-tengah ibu dan ayahnya.

“Hish, sempitlah!”. Taeyeon menolak Taemin agar turun dari sofa yang kini menampung tiga tubuh dewasa.

“Ibu ni, nak manja-manja pun tak boleh ke?”, balas Taemin seraya mencerutkan bibir tanda protes. Sehun sekadar tersenyum melihat keluarga mertuanya kini perlahan-lahan boleh menerima kehilangan Jonghee. Tetapi jauh di sudut hati Sehun, masih bergayut kuat perasaan cinta dan kasih kepada mendiang tunangnya yang satu itu. Entah bila pula dia boleh melupakan Jonghee sepenuhnya dan memulakan hidup baru bersama Jongin, isterinya.

“Abang, kita nak buka yang mana dulu?”, Jongin bertanya dengan lembut, tangannya diletakkan di atas peha Sehun. Sang suami segera berpaling kepada gadis berkulit sawo matang tersebut dengan wajah keliru, Sehun bagaikan tersedar semula dari lamunannya mengenai Jonghee.

Sehun mencapai sepucuk sampul surat dengan logo ‘Elle’ di depan. Ini pasti hadiah dari tempat Jongin bekerja. “Kita bukak yang ni dululah.” Jongin sekadar mengangguk bersetuju dengan suaminya dan membiarkan Sehun membuka hadiah pertama mereka. Taemin yang memang bersifat kepoh itu menjulurkan kepala ke hadapan untuk melihat isi kandungan sampul surat tersebut.

Dua tiket penerbangan Seoul-Langkawi (MAL) dilengkapi dengan kebenaran masuk untuk hotel lima bintang bernama Four Seasons Resort Langkawi untuk empat hari tiga malam. “Wow, fancy tu abang dengan Kak Ngah dapat hadiah honeymoon”. Jeritan Taemin membuatkan tangan Jonghyun melayang memukul kepala anak lelakinya dengan belakang tangan.

“Kamu nak bagi ayah sakit jantung ke menjerit macam tu?”. Sergah Jonghyun.

Taeyeon pula menambah dan mencubit lengan anak terunanya. “Entah, orang lain punya hadiah, orang lain yang teruja sangat”. Taemin mengusap-nyusap bahagian badan yang sengal kerana dipukul dan dicubit. Apalah malang menjadi anak bongsu, selalu sahaja menjadi mangsa keadaan. Jongin sekadar tertawa kecil dan mendekatkan badan di samping Sehun untuk turut melihat hadiah dari Luhan, bosnya di Elle.

Kalau sahaja perkahwinannya dan Sehun bukanlah sejenis bentuk kompromi, mungkin dia akan gembira sekali dengan hadiah bulan madu tersebut. Siapa sahaja tidak mahu menghabiskan masa bersama dengan insan tercinta di hotel mahal? Namun dia harus melupakan niat tersebut, kini dia punya tanggungjawab yang lebih besar iaitu Oh Haewon, anaknya.

“Abang, yang ni kita bagi ibu dengan ayah jelah”. Jongin tersengih ke arah Taeyeon dan Jonghyun.

“Eh, itukan hadiah kamu, bukan hadiah kami. Kami ni pengantin lama”.

“Betul cakap ibu kamu tu, Jongin. Kamu dengan Sehun pergi jelah alang-alang kamu pun ambil cuti seminggu kan?”.

Sehun dari tadi sekadar berdiam diri. Dia dan Jongin memang tidak pernah membincangkan mengenai bulan madu bersama, sejujurnya juga mereka hanya bertemu beberapa kali sahaja sebelum berkahwin. Jadi Sehun sendiri tidak tahu harus bereaksi seperti apa apabila Jongin mencadangkan agar tiket itu diberi ke ibu dan ayah mertuanya. Dia merasakan hadiah ini adalah suatu jalan keluar dari segala kegilaan dan tekanan yang diletakkan di atas bahu Jongin. Sehun mahu Jongin menikmati percutian itu dan mengambil ‘cuti’ dari menjadi ibu segera kepada Haewon.

“Tapi nanti siapa nak jaga Haewon kalau kami pergi? Haewon pun baru dua bulan, tak sesuai nak bawa naik kapal terbang”. Kan? Jongin sering memikirkan Haewon sebelum dirinya sendiri. Sehun tidak tahu apalah kebaikannya di hidup yang lepas sehingga dia dikurniakan isteri sebaik Jongin. “Abang pun belum tentu lapang”.

“Abang ambil cuti seminggu juga. Lagipun bukannya pergi lama, empat hari je, aba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!