015

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

015

Jari-jemari mereka saling menyilang, tangan pula terhayun depan belakang apabila mereka berjalan. Setelah melepas penat di hotel, Sehun mengajak Jongin untuk menikmati keindahan Pulau Nami. Keluasan Pulau Nami tidaklah sebesar Pulau Jeju, namun pemandangan panorama alamnya adalah daya penarik nombor satu bagi pulau ini. Selain itu, Pulau Nami juga terkenal kerana ianya adalah tempat di mana drama bersiri popular Korea, Winter Sonata dijalankan.

Para pelancong wajib datang ke pulau ini sekiranya ke Korea untuk merasai sendiri keindahannya. Memang lokasi yang ideal bagi pasangan yang ingin menjalani bulan madu. Musim bunga adalah musim yang paling cantik di Pulau Nami, bunga-bunga tumbuh bak cendawan selepas hujan. Hijau, merah, kuning dan pelbagai warna bunga tumbuh memenuhi bumi Pulau Nami.

“Rasa macam taknak balik”, komen Jongin, mereka memilih untuk duduk di bangku batu yang tersusun sepanjang pinggiran sungai. Selain itu, terdapat jalan yang digunakan oleh pejalan kaki sekiranya mereka ingin menikmati pemandangan Sungai Han. Sehun berpaling ke arah sang isteri, senyuman tipis memenuhi wajah maskulinnya.

“Everything has come to an end, sometime”. Balas Sehun bersahaja.

Jongin tersenyum miring. “L. Frank Baum”.

Oh, mungkin Sehun terlupa isterinya sering bergelumang dengan majalah. Apalah sangat dengan pepotong ayat hikmah yang dia temukan di internet. Jongin pasti lebih tahu banyak lagi. Seketika, Jongin dan Sehun hanya menikmati ketenangan sungai yang terbentang luas di hadapan mereka, tiada siapa membuka mulut untuk bersuara terutama sekali bersangkutan dengan hal yang berlaku sewaktu di hotel.

Jongin melentokkan kepala di bahu Sehun, tangan lelaki itu pula diraih dan dipegang erat. Dia merasakan getaran itu, jauh dalam sudut hatinya. Kepada siapa hendak dia tipu? Yang pasti bukan dirinya. Mereka telahpun melintasi garisan sebatas teman yang mereka bina, tembok itu kini kian retah menanti runtuh. Sehun mengucup lembut dahi Jongin, menyalurkan sayang yang kian berkembang buat si isteri.

“Pelikkan? Enam bulan lepas, abang masih bakal abang ipar Jongin. Tapi hari ni, kita berada di sini, sebagai suami isteri”. Suara Jongin kedengaran bergetar.

“Kita manusia, Jongin. Kita boleh merancang, tapi Tuhan adalah sebaik-baik penentu. Mungkin dari awal lagi jodoh itu milik kita. Kita berjumpa dengan bermacam-macam orang, melalui patah hati dan bersedih, itu kerana Tuhan nak bagi kita yang lebih baik”.

Jongin membetulkan duduknya dan memandang ke dalam anak mata Sehun. “Abang rasa Jongin lebih baik dari..”, Jongin membiarkan ayatnya tergantung. Dia tidak harus meminta Sehun untuk membuat pilihan, membuat perbandingan. Dari awal dia hanyalah pilihan kedua, kalau saja Jonghee masih hidup, pasti kakak kembarnya itulah yang akan berada di sini, menikmati percutian dengan Sehun.

“Jongin”.

“Shuhh, takpa, jangan jawab. Saya taknak tau”. Jongin menekan jari di bibir tipis suaminya. Rasanya tidak sanggup pula untuk mendengar jawapan jujur dari Sehun. Bagaimana kalau Sehun memilih Jonghee, pasti dia akan patah hati dan kemurungan sepanjang dua hari kedepan. Dia tidak mahu merosakkan mood sendiri dan ingin menjalani percutiannya dan Sehun dengan penuh kegembiraan.

Sehun perasan dengan perubahan atmosfera antara Jongin dan dirinya sendiri. Dia memikir-mikirkan cara untuk membuatkan mereka tidak secanggung sekarang. Nak dijadikan cerita, dia terperasankan beberapa orang di sekitar yang menaiki basikal.

“Nak naik basikal tak?”. Tanya Sehun spontan.

***********

Krystal merengus kegeraman tatkala terpandangkan pasangan suami isteri itu. Hatinya mendongkol tidak suka, terutama sekali apabila isteri Sehun yang dikenali sebagai Jongin itu tertawa girang apabila diusik suaminya. ‘Kurang ajar, dulu kakak dia. Sekarang dia pulak. Sehun aku yang punya’. Hati Krystal berbicara sendiri. Brosur pakej hotel ditangan menjadi mangsa akibat digenggam terlalu kuat.

“What are you looking at?”.

Suara itu.

Tidak salah lagi, itu memang suara tunangnya yang dia benci sepenuh hati. Ah datang lagi satu bala setelah Jongin. Baguslah. Krystal memalingkan wajah dan menunjukkan tampang bosannya. Kalau boleh, wajah tunangnya adalah wajah terakhir yang dia ingin lihat setelah Jongin. Kedua-duanya membuatkan hati Krystal terbakar dan mendidih bak air yang direbus.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!