014

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

014

“Kamu pergi berapa hari?”. Haewon kini betukar tangan, Taeyeon memeluk erat cucunya sambil memandang ke arah Jongin yang sedang mengagah-agah bayi lelaki tersebut. Haewon tertawa hingga pipi tembamnya naik, dua batang gigi kecil sudah mula menghiasi gusi si kecil itu. Untuk keselamatan diri sendiri, Jongin mengajar Haewon untuk menyusu menggunakan botol bayi. Anak lelakinya itu sudah pandai menggigit dan kadangkala ia menyakitkan puting buah dada Jongin.

“Tak lama pun ibu. Dalam tiga empat hari je, teman abang sebab ada kerja”, balas Jongin. Sehun dan Jonghyun duduk di belakang rumah dimana terdapat taman herba mini dan meja batu. Taeyeon dan Jonghyun selalu menghabiskan masa di sana untuk menikmati minum petang. Anak-anak semuanya sudah besar, itu sahajalah bentuk hiburan yang mampu menceriakan mereka berdua apabila sudah berumur.

“Ada surat untuk kamu dari Central Saint Martins”.

Wajah Jongin berubah. Mungkin kalau dia belum menikahi Sehun dan mempunyai Haewon, dia akan bahagia sekali mendengarkan khabar itu. Dari dulu dia memang meminati bidang fesyen. Dapat melanjutkan di salah sebuah sekolah fesyen yang terkanal seperti Saint Martins adalah mimpi semua peminat fesyen. “Urmm, mungkin bukan rezeki kot. Takkan nak sambung belajar sekarang? Haewon pun tak pisah susu lagi”.

Taeyeon mendaratkan pandangan ke arah kaki anak gadisnya. Dalam hati terbit kerisauan, dia sudah berkahwin dan pernah ditiduri. Dia tau persis bagaimana untuk membezakan seseorang isteri itu pernah digauli atau belum. Perasaan ingin tahunya membuatkan dia membuka mulut. “Kamu dengan Sehun dah bersama?”.

Wajah Jongin berubah. “Soalan apa ibu tanya ni?”

“Ibu tanya sebab ibu risaukan kamu. Ibu takut keputusan ibu yang memaksa kamu kahwin adalah kesalahan besar, ibu takkan dapat maafkan diri ibu sendiri kalau..”

“Ibu, abang layan Jongin dengan baik. Itu pun dah cukup”. Potong Jongin cepat. Dia tidak mahu ibunya memikirkan yang bukan-bukan mengenai Sehun. Suaminya seorang lelaki yang budiman, dia menghormati Jongin dan tidak pernah menuntut haknya sebagai suami. Kalau diikutkan, boleh saja Sehun meniduri Jongin. Mereka sudah sah menjadi suami isteri.

Akan tetapi, mereka berdua dalam frasa membina hubungan yang masih samar-samar antara mereka. Laut tidak berubah dalam satu malam. Proses hakisan memerlukan jutaan tahun. Begitu juga hati dan perasaan manusia, Jongin tidak mahu menjadi kesinambungan cinta Sehun dan Jongheee yang terputus di tengah jalan.

“Ya Tuhan, Jongin! Kamu tak terfikir ke nak ada anak yang lahir dari rahim kamu sendiri? Lagipun, Sehun tu dah pernah merasa nikmat bersama perempuan. Kamu tak risau ke kalau dia ‘makan’ di luar?”.

“Ibu, Jongin percayakan abang. Dia takkan buat perkara yang bukan-bukan di belakang Jongin. Ibu janganlah risau, ianya akan berlaku bersesuaian dengan masa”.

Wajah Taeyeon berkerut seolah-olah tidak dapat menerima apa yang baru dia tahu tentang rumah tangga anaknya. Jongin terlihat seolah-olah ianya sebuah masalah kecil yang tidak akan membawa apa-apa makna. Apalah sudah jadi dengan anak dan menantunya yang satu ini? Pening Taeyeon memikirkannya.

“Ibu?”, Jongin memanggil Taeyeon apabila ibunya bagai tenggelam dalam pemikiran sendiri.

“Ya?”.

“Jongin tanya, ibu takpa ke jagakan Haewon untuk hujung minggu ni?”.

“Boleh, Haewonkan cucu ibu”. Haewon diangkat tinggi oleh neneknya sebelum wanita separuh abad itu mencium sayang pipi si kecil.

**********

“Ayah serahkan Jongin buat kamu, kamu didiklah dia supaya menjadi isteri yang baik. Tapi, kalau suatu hari kamu taknakkan dia lagi, hantarlah dia dengan cara yang baik. Seperti mana ayah hantar dia kepada kamu dalam keadaan yang baik”.

Kata-kata Jonghyun tempoh hari terngiang-ngiang di benak Sehun. Dia berpaling ke sisinya dan memandang ke wajah Jongin yang sedang tertidur dengan nyenyaknya. Hari ini Sehun dipaksa memakai t-shirt polo berwarna merah jambu disertakan dengan topi berwarna putih dan juga seluar jeans putih. Kata Jongin, dia ingin terlihat bagaikan pasangan yang sedang menikmati bulan madu. Ada-ada sajalah isterinya yang satu ini.

Sehun mengusap lembut pipi Jongin dan tersenyum pada dirinya sendiri. Mereka kini di dalam keretapi ITX yang akan membawa mereka ke stesyen Pulau Nami sebelum dijemput oleh pihak Hotel SM menaiki bot persendirian ke Pulau Nami. Sebelum pergi, beberapa kali juga Jongin merengek agar dibolehkan Sehun untuk membawa Haewon bersama. Tetapi Sehun t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!