020

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

 

Jongin memandang ke arah telefon bimbitnya dengan penuh kegusaran. Sehun dari tadi menelefoninya namun dia menolak keluar panggilan tersebut. Suaminya itu turut menghantar pesanan lewat SMS dan Whatsapp meminta dia untuk mengangkat telefon. Lagi beberapa stesen sahaja dia akan tiba di stesen Pulau Nami. Hatinya makin berdebar-debar memikirkan segala kemungkinan. Dengan keterpaksaan, Jongin menekan butang kekunci cukup lama sehingga telefonnya itu terpadam.

‘Maaf abang, Jongin sayangkan Haewon. Jongin nak selamatkan anak kita’, hatinya berbicara sendiri. Apabila keretapi yang dinaiki berhenti di stesen yang ingin dituju, Jongin mengambil tas tangannya bersama dan bergegas keluar. Dia tidak datang dengan tangan kosong, sebenarnya dia juga tahu betapa bahayanya si penculik itu. Kerana itulah Jongin membawa penyembur lada dan juga pisau kecil. Cukup untuk melukakan tapi tidak membunuh.

Suasana pelabuhan agak sunyi, jam pula sudah menunjukkan angka 10.25 malam. Kedai pastilah banyak yang sudah bertutup. Bot penumpang juga sepertinya tidak lagi berulang-alik untuk membawa pengunjung ke seberang pulau. Jongin memandang sekitar, jantung gadis itu mengepam darah semaksimal mungkin bagaikan ingin pecah. Dia takut, bulu roma pula meremang.

Tiba-tiba mulut dan hidungnya ditekup dari belakang dengan tuala tangan yang sudah diletakkan klorofom. Jongin menggelinjang cuba melepaskan diri dan menahan nafasnya dari menyedut bauan itu. Dia menyiku perut si pelaku namun terlambat kerana klorofom tersebut telah mula bekerja dalam sistem kewarasannya. Jongin terasa dunianya semakin menggelap. Dia cuba untuk terus berjaga dan melihat siapakah gerangan si pelaku. Yang dia lihat adalah seseorang dalam pakaian serba hitam.

************

“Isteri dan anak saya dah hilang. Paham tak hilang?”. Sehun menjerit histeria sambil menarik keluar rambut dengan penuh frustrasi. Sudahlah telefon bimbit Jongin dari tadi tidak aktif dan hanya suara mesin menjawab setiap kali dia menelefon. Dia cuba mengesan keberadaan isterinya menggunakan GPS tetapi dengan keadaan telefon Jongin yang mati, mustahil dia mendapat maklumat yang diperlukan.

“Kami paham Tuan Oh. Tapi ini di luar bidang kuasa kami. Selagi Puan Oh tidak hilang dalam tempoh 24 jam, kami tak boleh membuat konklusi bahawa dia telah hilang. Mungkin Puan Oh memerlukan masa bersendirian kerana terlalu tertekan”. Pegawai polis itu membalas dengan tenang.

“The I care of your 24 hours policy! Kau nak tunggu bini aku mati ke baru nak cari? Anak aku dah hilang tiga hari tapi satu berita pun aku tak dapat lagi!”.

“Tuan, kami harap Tuan masih boleh sabar menunggu”.

Sehun meraup wajah dalam telapak tangan sendiri. Air mata lelaki jatuh dari dua pola matanya. Tidak pernah dia menyangka yang dia akan setakut ini dalam hidup. Dua nyawa insan yang paling penting dalam hidupnya dalam bahaya. Jongin dan Haewon. Lelaki itu tidak tahu jika dia boleh bertahan sekiranya sekali lagi dia diuji dengan kematian orang-orang yang disayangi.

‘Sayang, mana sayang pergi?’. Rintih batin Sehun. Apa yang dia tahu, polis menjumpai kereta isterinya diparkir berdekatan dengan stesen keretapi Yonsan. Jauh di sudut hati Sehun yakin bahawa kehilangan Jongin ada kena-mengena dengan kes penculikan Haewon.

**********

Pening, itulah perkara pertama yang Jongin dapat simpulkan. Matanya cuba menyesuaikan diri dengan cahaya yang tembus di sebalik langsir jarang yang menutup jendela. Jongin terasa mual ditekak, mungkin ini adalah kesan daripada menghidu klorofom malam tadi. Wanita berusia 24 tahun itu memandang di sekitar bilik, hampir keseluruhan bilik itu berwarna putih. Buat seketika, Jongin terperangah dengan dominasi warna putih itu. Jika sebelumnya dia benci. Namun kini dia mula anti dengan warna putih.

Jongin cuba menggerakkan badan namun usahanya hanyalah sia-sia kerana tubuhnya terikat kemas di kerusi yang dia duduki. “Tolong! Lepaskan aku!”. Jongin menjerit keras. Pintu terbentur dengan keras. Seorang gadis terpacul dari pintu dengan rambut yang kusut masai. “K-krystal?”. Mata Jongin terbelalak besar apabila menyedari wanita berpakaian kemeja kerja putih dan skirt hitam itu adalah Krystal, anak bos suaminya sendiri.

“Terkejut?”. Suara itu menyapa. Suara kasar yang tidak asing bu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!