021 [FINALE]
Collision | Malay |
Dilahirkan dalam keluarga yang homofobia, Luhan tidak dapat berterus-terang dengan ayahnya mengenai perasaannya yang lebih memilih pasangan sejantina. Namun ternyata rahsia percintaan terlarangnya pada usia 16 tahun dengan seorang pemandu di lewat usia 30-an akhirnya terbongkar apabila ayahnya sendiri menemukan kondom yang telah digunakan di dalam kereta. Yang menjadi masalah lagi adalah, hanya ibunya dan dia yang menaiki kereta itu. Soo Man menjadi sangat marah dan memaksa pemandu tersebut mengaku.
Luhan hampir diusir keluar dan namanya dicabut dari daftar nama keluarga Lee. Namun ibunya, Wu LiQian mengaku bahawa selama ini dia mempunyai hubungan sulit dengan pemandu mereka. Malah, mereka akan melakukan hubungan intim setiap kali bertemu. Dengan rasa amarah, Sooman membawa keluarganya berpindah ke pulau persendirian mereka.
Di hadapan Luhan , Sooman dan Li Qian akan berpura-pura menjadi pasangan yang bahagia. Tetapi mereka lupa bahawa Luhan sudah besar. Luhan tahu ayahnya membawa wanita yang berbeza ke rumah setiap malam. Ibunya juga menjadi mangsa penderaan sehingga wanita itu mengambil keputusan untuk membunuh diri. Luhan akhirnya menjadi tertekan dan dimasukkan ke rehab untuk merawat masalah kemurungannya.
“Aku tak bunuh mama”. Luhan menutup kedua belah telinganya menahan suara-suara yang berbisik bak mengejek dirinya. ‘Kau bunuh mak kau, Luhan . Kau bunuh mak kau’. Bisik suara itu. “Aku sayang mama, aku tak bunuh dia. Ayah yang bunuh dia. Bukan aku”.
Krystal perlahan-lahan mendekati Jongin dan membuka tali yang mengikat tubuh wanita itu. Luhan di depan masih lagi dalam keadaan bagai hilang punca. Setelah berjaya, kedua-dua gadis itu bangkit untuk melarikan diri. Krystal lebih bijak, dia mencapai sebuah lagi pasu dan dengan sepenuh hati menghentakkan pasu itu ke kepala Luhan .
“Argh!”. Luhan meraung dalam kesakitan.
“Jongin lari. Haewon ada di bilik bawah. Cepat!”. Krystal menarik tubuh Jongin yang masih pegal kerana terikat sepanjang malam. Mereka membuka pintu bilik dengan gopoh, namun sebuah tembakan dilepaskan. Jongin membulatkan mata tanda tidak percaya, dia memaut pada tubuh Krystal.
“Tak. Krystal!”. Jongin mula menangis apabila darah mengalir keluar dari belakang gadis yang telah menyelamatkan nyawanya itu.
“L-lari!”. Gesa Krystal. Matanya berbinar menahan sakit yang datangnya dari belakang. Dia telah ditempak oleh Luhan yang kini cuba untuk melepaskan tembakan sekali lagi.
“Maafkan aku. Aku akan dapatkan pertolongan”. Jongin dengan terpaksa meninggalkan Krystal terbaring di depan pintu. Dia pergi ke bilik bawah dimana suara tangisan Haewon kedengaran. Tangan Jongin menolak brutal bilik dimana suara Haewon kedengaran. Tidak dapat menahan tangisnya, Jongin meraung kuat dan memeluk erat tubuh Haewon.
“Anak ibu. Syukurlah, kita kena lari sayang”. Jongin membawa Haewon berlari keluar dari rumah agam kepunyaan Tan Sri Sooman itu. Haewon masih menangis, tatkala menyedari ada bot yang mungkin digunakan Luhan untuk kembali ke tanah besar, peluang itu digunakan Jongin.
“Bang!”. Kuat bunyi tembakan Luhan yang mengenai enjin bot membuatkan bot tersebut meletup serta merta. Jongin memeluk Haewon untuk melindungi anaknya.
“Permainan tamat, Jongin. Kau tak boleh lari. Are you ready to meet your lovely sister?” Luhan tersenyum sinis dan mendekati Jongin dengan pistol teracu tepat ke arah wanita itu.
“Kau memang tak guna!”.
“Your words doesn’t hurt me at all, Jongin. Siapa patut aku bunuh dulu? Kau ke budak ni?”. Sengaja Luhan menggerakkan pistol ke arah Haewon. Bayi lelaki itu bagai dapat merasakan nyawanya kini dihujung tanduk, dia menangis semakin kuat.
Jongin terduduk melutut. Tiada guna lagi untuk dia lari. Semua ini mungkin sudah menjadi suratan takdir buatnya. “Kau bunuh aku je, jangan anak aku. Tolonglah”. Luhan menggelengkan kepala dan merebut bayi lelaki itu dari pegangan si ibu.
“Where is the fun then if I don’t see you die while suffering? Sekarang kau tengok macam mana aku bunuh anak kau okay?”.
Jongin menarik kaki Luhan dan terus merayu dengan suara yang kian bergetar. Luhan dengan penuh kebencian menyepak perut Jongin sehingga wanita itu merengkut di tanah sambil memegang abdomennya yang sakit. Jongin terasa tidak berdaya, dia hanya mampu memandang apabila Luhan meletakkan Haewon dibawah dan melepaskan tembakan ke arah bayi malang itu.
Tangisan Haewon terhenti serta-merta. “H-haewon. Tak! Tak mungkin”. Jongin meramas baju di bahagian dada sendiri. Terasa sakit disana bagai mencengkam. Tanpa membunuhnya pun Luhan telah berjaya membuat dia mati. Ya, dia mati rasa. Jongin tidak mampu membendung air mata yang kian laju menuruni dua kolam matanya.
Luhan memi
Comments