013

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

013

“Puan Oh, ada seseorang nak jumpa”, suara dari interkom menyapa Jongin. Dia yang sedang sibuk menyunting artikel terganggu dengan panggilan dari setiausahanya. Dengan menggeram kecil dia menekan butang interkom.

“Benarkan dia masuk”.

Tak pun sampai seminit, pintu bilik pejabatnya telah di kuak dari luar menunjukkan wajah Hyera dan seorang wanita dengan perut memboyot yang Jongin kenali cukup mendalam. Jongin serta-merta menunduk dan pura-pura kesibukan. “Suruh dia keluar, saya sibuk”. Dia tiada masa untuk melayan Baekhee yang kelihatan sangat bersedia untuk membunuhnya dengan pandangan tajam.

Hyera kelihatan serba-salah dan menggigit bawah bibirnya. “Tapi Puan, tadi..”.

“Tak perlu halau aku. Aku pun bukan nak lama-lama dekat sini. Cuma yang aku nak cakap dekat kau, sedar diri kau tu dah bersuami. Tak payah menggatal dengan suami aku”. Baekhee bersuara cukup keras dan membuatkan beberapa orang bawahan Jongin memandang ke arah pintu bilik Jongin yang terbuka. Sulli dan Suzy yang sememangnya kaki gosip sudah berbisik-bisik sesama sendiri.

“Puan Park, saya rasa awak dah salah orang. Saya tak pernah berhubung dengan suami awak lagi”. Jongin cuba menahan emosinya untuk tidak mengeluarkan kata yang bukan-bukan kepada Baekhee. Walau bagaimanapun, mereka pernah bersahabat, dan Baekhee sedang hamil. Hyera cuba menarik Baekhee untuk pergi namun ditepis oleh Baekhee dengan kasar.

“It’s okay Hyera. Awak boleh keluar, dan tutupkan pintu sekali sebab ramai pulak lalat kat luar tu”. Jongin sempat memerli ketika mengerling pekerja-pekerja yang berada di luar. Dengan cepat, Hyera mengaggukkan kepala dan keluar dari ruangan bilik pejabat Jongin.

“Kau memang betina tak tau malukan Jongin? Kau tak boleh terima Chanyeol dah tinggalkan kau, sekarang ni kau cuba nak rampas dia dari aku?”.

“Siapa yang tak tau malu sekarang ni? Kau datang tempat kerja aku nak serang-serang aku, nampak sangat kau takut dengan bayang-bayang sendiri. Kenapa? Kau dah tak yakin ke pesona kau mampu ikat Chanyeol dari cari aku balik?”. Jongin tersenyum sinis. Dia bukan perempuan yang mudah, dia takkan biarkan dirinya dibuli seperti orang bodoh yang tak bernilai. Dia adalah Jongin, si keras kepala.

“Kurang ajar!”, Baekhee melayangkan tangannya untuk menampar pipi Jongin tetapi gadis berkulit sawo matang itu lebih cepat menangkap pergelangan tangan Baekhee. Kedua-dua wanita tersebut bertukar pandangan tajam, seakan-akan mempunyai kuasa untuk berbicara melalui hati mereka.

Jongin menghempas tangan Baekhee ke tepi. “Jangan berani-berani nak naik tangan kat muka aku. Kau patut ambil cermin dan suluh diri sendiri, dan kau akan sedar siapa perempuan murah antara kita berdua. Kau yang rampas kekasih kawan baik sendiri, dasar ular!”.

“Sekurang-kurangnya aku tak ambil bekas kakak sendiri”, Baekhee berkata pedas dan tersenyum mengejek. Dia mengelus pergelangan tangan yang terasa sengal akibat cengkaman kuat oleh Jongin. Riak wajah Jongin berubah tatkala mendengar ucapan wanita yang sedang mengandung itu.

Bagaimana dia boleh terlupa dengan hakikat yang satu itu? Bagaimana dia boleh terleka dan terbuai dengan segala layanan baik Oh Sehun, suaminya yang dulu pernah menjadi tunangan kakak kembarnya sendiri. Bagaimana dia boleh terlupa bahawa akan ada Jonghee di tengah-tengah dalam perhubungannya dan Sehun. Secepat mana Sehun membuat Jongin bermimpi, secepat itu juga Jongin harus terbangun. Tiada cinta antara mereka.

Tapi mengapa rasanya sakit sekali apabila kebenaran terbentang di depan mata? Jongin cuba menahan air mata yang ingin menitis. Harga dirinya terlalu mahal, dia tidak akan memberi kepuasan kepada Baekhee kerana berjaya menghempas dia ke bumi setelah terlalu lama terbang di langit tinggi yang diciptakan Sehun.

“Aku bukan macam kau, Baek. Hanya aku dan Tuhan yang tau kenapa aku terima Sehun. Apa pun yang kau cakap tak penting, asalkan aku tau apa yang aku buat adalah perkara betul”.

“Sudahlah Jongin, muak aku dengan perangai bajet baik kau ni. Entah-entah kau sendiri yang rancang kemalangan yang menimpa Jonghee. Kau tu memang tamak, tak cukup Chanyeol kau nak Sehun jugak”.

Semakin menjadi-jadi pula tuduhan yang dilemparkan oleh Baekhee ke atas Jongin. Wajah Jongin merah menahan marah, kali ini dia benar-benar tidak dapat memaafkan ucapan Baekhee yang menuduhnya membunuh Jo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!