019

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

 

Jongin memeluk Haewon dengan erat, bayi lelaki yang berusia tujuh bulan itu sedang nenyak tidur di dalam gendongan ibunya. Sehun di sebelah menawarkan diri untuk mendukung Haewon, tetapi entah mengapa Jongin merasa tidak rela untuk melepaskan anaknya itu kepada sesiapa pun. Naluri keibuannya bagai berbisik bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi.

“Abang, jum kita balik”. Jongin merayu dengan riak kegusaran yang ketara di wajahnya.

Sehun mengendus lembut pipi Jongin. “Sayang, kita dah sampai pun. Tak baik buat macam ni”. Pujuknya.

“Tapi, hati Jongin tak sedap”.

“Mungkin sayang cuma terlalu memikirkan perkara yang negatif. Abang tau sayang dah melalui perkara yang buruk bersama Baekhee dan Chanyeol. Tapi, itu tak seharusnya dijadikan asas kepada setiap perkara”.

Jongin mengeluh kecil dengan dahi berkerut. Dia menggigit bawah bibir sebelum menganggukkan kepala menurut permintaan Sehun untuk melawat Baekhee di hospital. Dengan langkah yang gontai, Jongin akhirnya tiba di bilik Baekhee bersama-sama Sehun di sisi.

“Sayang”, seru Sehun. “Abang ada dengan sayang. Jangan risau okay”. Sehun memeluk bahu si isteri dan menolak daun pintu ke bilik hospital Baekhee. Chanyeol kelihatan sedang menduduki kerusi di sisi katil cuba menyuap buah ke mulut isterinya yang terbaring lesu di atas katil. Sejurus menyedari kehadiran sekeluarga itu, Chanyeol meletakkan mangkuk buah di atas laci tinggi di sebelah katil.

“Baek, tengok sapa yang datang”. Lembut Chanyeol menggerakkan bahu si isteri. Tapi nihil, wanita itu tetap tidak berpaling sebaliknya terus memandang ke arah Chanyeol dengan mata yang mengalir dengan tangisan. Chanyeol tahu, isterinya masih berduka dengan kehilangan anak sulung mereka, seorang bayi perempuan yang sudah cukup sifatnya. Sayang, Baekhee tidak dapat menghadiri pemakanan anak mereka sebagai tanda perpisahan terakhir.

Sehun menarik Jongin untuk ke arah Baekhee, ragu-ragu Jongin menuruti langkah suaminya. Jongin melihat ke wajah Sehun seakan-akan meminta kepastian. Dengan anggukan kecil, Sehun mengusap belakang kepala si isteri sebagai tanda sokongan.

“Baekhee”, Jongin memanggil nama yang sudah lama memberi kesan pahit dihujung lidahnya. Tetapi hari ini dia tidak merasakan itu, terutama setelah melihat keadaan bekas sahabatnya itu yang sangat menyedihkan. Jongin mungkin tidak melahirkan Haewon, tapi dia yakin dia juga akan hancur jika sampai anak lelakinya itu pergi buat selamanya. Mereka perempuan, dan hanya perempuan mengerti hati perempuan lain.

Wanita yang sedang terbaring itu tiba-tiba berpaling, wajahnya pucat dan bibir pula kering hingga agak mengelupas. Baekhee bernafas kecil dan meraih tangan Jongin. “A-aku minta maaf”. Terketar-ketar suaranya tatkala menuturkan ayat itu. Jongin sendiri tidak dapat menahan air mata sendiri.

“Aku maafkan”.

Baekhee cuba bangun dari pembaringannya dan memaut belakang tubuh Jongin. Mereka berpelukan cukup lama bagai menyalurkan segala kerinduan yang bersarang dalam lubuk hati masing-masing. Mereka sudah terlalu lama berkawan sejak dari zaman sekolah. Dimana salahnya dalam takdir sehingga semua harus berakhir begini.

Chanyeol dan Sehun sekadar menjadi pemerhati bisu menyaksikan dua sahabat itu membina semula jambatan persahabatan mereka. Dalam hati mengucapkan syukur kerana semuanya berjalan lancar. Baekhee menyunggingkan senyuman kecil apabila terpandangkan si kecil Haewon yang tadi sudah pun beralih tangan kepada ayahnya. Sehun menepuk-nepuk lembut punggung anak lelakinya yang masih terlena dalam dukungan.

“Tu Haewon?”, soal Baekhee dengan suara yang masih lemah. Dengan semangat Jongin mengaggukkan kepala. Sehun mendekati katil Baekhee dan menyuakan Haewon lebih dekat untuk dilihat.

“Nilah satu-satunya peninggalan Jonghee buat kita semua”. Terang Jongin, ada kesayuan dalam suaranya. Mengenangkan betapa eratnya persahabatan mereka bertiga dulu, dia tidak menyangka akan berakhir sebegini rupa. Terlalu cepat Jonghee meninggalkan mereka semua bagaikan baru semalam semuanya berlaku.

“Boleh aku pegang?”. Pinta Baekhee. Tanpa halangan apa pun, Sehun dengan rela hati menyerahkan si kecil Haewon ke dalam pegangan Baekhee. Baekhee mengucup lembut pipi tembam Haewon. Air mata yang tadi mengering kini kembali mencurah keluar.

Segalanya terlalu cepat berlaku. Baekhee mencapai sebilah pisau yang digunakan Chanyeol untuk memotong buah dan mengagah pisau itu ke arah Jongin hingga melukai lengan gadis itu. Reflek Jongin terbangun dari katil yang diduduki oleh Baekhee dan memegang lengan sendiri agar darah berhenti keluar. Sehun tidak kalah terkejut, dia cuba untuk mengambil Haewon tetapi hampir dilibas dengan pisau oleh Baekhee.

“Berambus, semua berambus!”. Baekhee menjerit histeria. Tidak tahu darimana dia mendapatkan kekuatan, tetapi dengan mudah dia mencabut wayar IV ditangannya dan meloncat turun dari katil. Pisau kini diarahkan kepada Chanyeol supaya lelaki itu tidak cuba untuk mendekat. Suara Haewon kini nyaring menangis akibat terkejut akan dengan jeritan Baekhee.

Jongin tidak dapat mengawal rasa hatinya. “Baek, tolong jangan apa-apakan anak aku. Kembalikan dia, tolonglah Baek”. Jongin merayu dengan tangisan yang sama kuatnya dengan Haewon.

“Sayang, bagi baby tu kat abang. Sayang letak pisau tu ye?”. Pujuk Chanyeol pula, tangannya tinggi naik ke atas kepala tanda menyerah.

“Aku takkan pecayakan korang semua. Kaulah penyebab anak aku mati. Kau bunuh anak kita sebab betina jalang ni!”. Tengking Baekhee ke arah Chanyeol, jari lancang menunjuk ke arah Jongin. Sehun kini memegang erat tubuh isterinya dari jatuh terduduk ataupun bertindak gegabah.

“Sayang!”.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!