016

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tepat pukul lima petang tadi, Blackpearl buat pertama kali membuat pelayaran pertamanya. Kapal layar ini tidaklah terlalu besar kerana kapasiti air di Sungai Han tidak memungkinkan Blackpearl untuk sebesar Titanic yang membelah lautan Atlantik Utara. Jumlah orang yang boleh dimuatkan pun amat terhad, dalam 200 orang termasuk kapten dan anak kapal. Blackpearl turut dilengkapi dengan 50 buah bilik tidur yang pastinya mewah dan selesa.

Sehun mungkin antara individu yang paling berbangga apabila sauh Blackpearl dinaikkan dan mula bergerak. Dia adalah bapa kepada kapal layar ini, pastilah dia orang yang paling gembira kerana hasil titik peluhnya kini terbayar. Sehun kini berdiri di hadapan dek kapal, angin petang membuatkan rambut perangnya acak-acakan. Jongin berjalan mendekati sang suami dari belakang, perlahan-lahan sebelum lengan kurusnya memaut sekitar pinggang Sehun.

“Termenung jauh nampak? Ingatkan orang jauh ke?”.

Sehun tertawa kecil dan menarik Jongin supaya berdiri di hadapannya. Matahari petang kelihatan lebih jingga, mungkin tak lama lagi ia akan melabuhkan tirai dan membiarkan bulan menampakkan diri. Gadis itu membiarkan si suami menempelkan dagu tajam kepunyaannya di bahu. “Macam ni lebih baik, kan?”. Bisik Sehun lembut.

“Hurm, abang taknak masuk bilik ke? Dah pukul enam, lagi dua jam majlis perasmian dah nak mula”, Jongin mengusap lembut lengan Sehun yang kini memeluknya protektif.

“Abang rasa macam taknak pergi pulak”.

“Kenapa? Bukan ni yang abang nak? Abang dah usahakan projek ni selama setahun lebih”.

Sebuah keluhan dilepaskan oleh lelaki berkulit putih itu. Fikirannya kembali kepada satu nama, Kim Jonghee. Kerana Blackpearl, dia sanggup meninggalkan tunangannya yang sedang mengandung. Andai sahaja dia tidak ke Pulau Nami untuk menguruskan perihal Blackpearl, mungkin kini Jonghee berada di dalam pelukannya.

“Semua yang abang usahakan, tak membawa makna. Abang sia-siakan orang yang abang sayang hanya kerana untuk mengejar cita-cita. Kejayaan abang ni, abang tak boleh kongsikan dengan dia”.

Jongin menelan air liur dengan payah. Perasaan cemburu itu datang lagi. Dia cuba untuk tidak terlalu memikirkannya, Jonghee sudah tiada. Kini hanya ada dia, Sehun dan Haewon. Sehun sedar dengan keterdiaman isterinya, dia tahu isu mengenai Jonghee adalah isu yang sensitif. Salahnya sendiri, seharusnya dia tidak merosakkan suasana yang seharusnya romantis. Sehun membalikkan tubuh Jongin dan mengucup hidung isterinya lembut.

“Maaf, abang tak sepatutnya kata macam tu”.

“Tak apa, Jongin paham. Tak mudah untuk kita melupakan semua benda yang dah jadi. It’s all too sudden. Tapi, kejayaan abang ni bukan sesuatu yang sia-sia. Sebab abang ada Jongin dan Haewon, abang boleh kongsikan kejayaan abang dengan kami”. Jongin menepuk lembut dada bidang Sehun sebelum melepaskan dirinya dari pelukan lelaki itu. Tanpa menunggu, terus sahaja dia mengatur langkah meninggalkan Sehun untuk kembali ke bilik mereka.

**********

“Tuan Sehun minta kami untuk hantarkan bungkusan ni kepada Puan”. Dua orang pelayan kapal menyerahkan sebuah kotak yang agak besar dan sebuah bag kertas kepada Jongin. Tentu sahaja Jongin terkejut menerima barang-barang tersebut. Mungkinkah Sehun sengaja membuat kejutan? Setelah mengucapkan terima kasih, Jongin meletakkan barang-barang yang diterima olehnya di atas katil.

Tangannya laju membuka bag kertas tersebut. Kotak yang bertulis Jimmy Choo itu berjaya membuat dia tersenyum besar. Tanpa membuang masa, Jongin membawa keluar sepasang kasut berwarna silver bertumit stiletto itu dari kotaknya. Melihat sahaja dari rekaannya sudah menyakinkan Jongin kasut itu pastilah mahal. Ia diselaputi oleh batu-batu berlian palsu namun masih terlihat sangat elegen. Sehun turut membelikannya sebuah clutch bag yang terlihat bagaikan padanan kepada kasut ‘Jimmy Choo’nya namun bag itu berjenama Gucci.

Perhatiannya kini beralih kepada kotak yang bersaiz agak besar dihadapnya. Apa lagi yang Sehun belikan buatnya kini? Dengan perasaan yang agak teruja, Jongin membuka kotak tersebut. Tergaman. Jongin menyentuh fabrik kain yang berwarna putih itu dengan perasaan yang penuh takjub. Setelah agak yakin, barulah dia mengangkat keluar gaun putih gading itu daripada kotak.

Telefon bimbit Jongin berdering, tak perlu ditanya siapa yang menelefonnya saat ini. Dari nada dering saja dia sudah tahu itu pastilah Sehun. Buru-buru, Jongin menyentuh tanda terima.

“Jongin suka?”, Sehun bertanya sebelum isterinya sempat menyapa.

“I don’t like it. I love it. Cantik”.

“Baguslah, abang tak tahu selera Jongin, jadi aba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!