018
Collision | Malay |018
Hubungan mereka terasa semakin dingin, itulah yang Chanyeol dan Baekhee dapat simpulkankan mengenai perkahwinan mereka. Segalanya terasa salah, percikan cinta dan ghairah itu sudah tiada dalam hati mereka. Semuanya terasa hambar. Yang paling terkesan antara mereka berdua adalah Chanyeol, perasaannya berkecamuk terutama setelah pertemuan semulanya dengan Jongin yang tidak disangka-sangkakan olehnya di Pulau Nami.
Dia tetap tidak mampu melupakan bayangan Sehun yang mencumbu bibir Jongin penuh perasaan. Chanyeol tidak dapat menafikan api cemburu yang membakar hatinya tatkala peristiwa itu berputar kembali di benak. Lelaki bertubuh tinggi itu berjalan ke bilik mencuci gambar dan melihat semula foto-foto yang sudah siap tergantung setelah dicuci dan dikeringkan.
Dia mencapai gambar Jongin dan Sehun, rasa posesif dalam dirinya memuncak. ‘Celaka kau Sehun’, hati Chanyeol berbicara sendiri. Kalau sahaja dia tidak tersalah langkah dan memilih untuk setia, pasti kini dia takkan terikat dengan Baekhee yang kuat cemburu. Penyesalan selalu datang kemudian hari. Mungkin Tuhan sedang menghukumnya atas segala kesilapan yang telah dilakukan olehnya kepada Jongin.
“Abang?”, Baekhee yang sudah sarat menanti hari untuk melahirkan anak sulung mereka kini berdiri di pintu masuk. Chanyeol dengan cepat melepaskan gambar yang berada di tangannya. Dia menuju ke arah si isteri dan menarik keluar wanita itu bersamanya.
“Kenapa cari abang?”. Soal Chanyeol dingin.
“Jum makan malam dulu, karang sambunglah kerja tu”.
Baekhee dapat mengesan perubahan pada perangai suaminya. Bukan sehari dua mereka mengenali diri masing-masing. Chanyeol bagai menyimpan suatu rahsia dari pengetahuan Baekhee dan wanita itu akan membuat apa sahaja untuk mencari tahu apa sebenarnya yang disembunyikan oleh juru gambar muda itu.
“Baiklah, jum makan”. Chanyeol berjalan di hadapan bagaikan bergegas. Dia sebolehnya tidak mahu Baekhee mendekati bilik kerjanya saat ini. Boleh berlaku perang dunia ketiga andai saja isterinya yang sedang hamil itu tahu bahawa dia telah terserempak dengan Jongin semasa di Pulau Nami.
Mereka berdua makan dengan senyap. Chanyeol seperti menghindar daripada bercakap dengan Baekhee. Bukan apa, dia cuma tidak mahu memulakan pergaduhan. Beberapa hari ini, ada sahaja perkara yang mencetuskan perbalahan di antara mereka. Jujur saja, Chanyeol sudah penat jika mereka berterusan begitu.
“Abang, nanti tolong belikan set mandian buat bayi. Sayang lupa beli hari tu sebab nak cepat”, Baekhee memecah ketegangan antara mereka.
“Nak jenama apa?”.
“Johnson’s Baby. Kalau tak ada, carikan Pureen. Sayang dah tak larat nak berjalan, lagi dua minggu je lagi kalau ikut due date”.
Chanyeol sekadar menganggukan kepala tanda paham. Dia meneguk jus oren di dalam gelas untuk membasahkan tekak. “Dah tak lama dah. Sayang kalau rasa sakit, bagitahu abang cepat-cepat”. Kini giliran Baekhee pula untuk menganggukkan kepala. Mereka kemudiannya kembali jatuh dalam diam yang panjang.
Setelah habis makan malam, Chanyeol kembali menyibukkan diri di dalam bilik kerjanya. Jejak saja jam 11 malam, dia masuk ke bilik tidur dan mendapati Baekhee sudah terlelap. Dengan keluhan kasar, dia berjalan ke kamar mandi untuk membersihkan diri sebelum tidur. Itu sudah menjadi kebiasaannya walaupun sebelum berkahwin. Dia akan meluangkan masa untuk menggosok gigi dan mencuci muka dahulu.
Baekhee membuka mata, sengaja dia berpura-pura tidur. Nalurinya kuat menyatakan dia akan menemui sesuatu di dalam bilik kerja Chanyeol. Entah kenapa, tetapi hatinya takkan tenang selagi dia tidak memastikan sendiri kesahihannya. Baekhee mendengar bunyi air mengalir di dalam tandas. Tanpa membuang masa, wanita itu turun berjingkit dari katil sedaya upaya untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi.
Baekhee memasuki ruangan bilik kerja Chanyeol yang terlihat bersepah dan dipenuhi oleh kepingan-kepingan gambar entah model dari mana. Tetapi bukan itu yang menarik perhatiannya, sebaliknya adalah gambar yang tersusun di atas meja kerja Chanyeol. Ada diantaranya bagai ditoreh-toreh dengan pisau seperti melampiaskan rasa marah.
Baekhee mengangkat sekeping gambar yang masih dalam kondisi agak baik. “Jong..in”. Lirih suara Baekhee tatkala menyedari siapakah gerangan yang telah menjadi individu di dalam foto Chanyeol. Pelbagai perkara bermain-main di dalam otaknya kala ini. Rasa amarah meluap-luap bagaikan ingin pecah pembuluh darahnya.
Chanyeol yang menyedari Baekhee tidak lagi berbaring di katil bagai dapat mengagak dimana destinasi yang dituju isterinya. Dalam kurang dari satu minit, pasangan suami isteri itu telah pun berada di dalam bilik yang sama. “Sayang..”.
“Jadi, ini kerja abang kat Nami?”. Ba
Comments