Collision | Malay |
Description
-
1.an instance of one moving object or person striking violently against another."a midair collision between two aircraft"synonyms:"a collision in the passing lane"
Kim Jongin mempunyai kehidupan yang baginya sudah cukup sempurna. Dia mempunyai kerja tetap yang menjamin kelansungan hidupnya, disamping memiliki kekasih yang kacak dan amat menyayanginya. Keluarganya juga merupakan sebuah keluarga yang boleh dikatakan bahagia, ibu bapa yang sentiasa mendukung apa pun keputusannya serta kakak kembar dan adik lelaki yang kadangkala menjadi racun dan penawar dalam hidupnya.
Sementara Oh Sehun pula seorang jurutera muda dan merupakan tunangan kepada kakak kembar Jongin, Kim Jonghee. Semuanya berjalan lancar, dia dan Jonghee bercita-cita besar untuk memiliki pernikahan yang bahagia. Jonghee bahkan sedang hamil sewaktu dia melamar wanita itu untuk menjadi suri hidupnya. Mereka memilih untuk melansungkan perkahwinan setelah bayi mereka lahir dimana akan tiba kurang dari dua bulan. Semuanya terasa indah bagi Sehun, impiannya untuk bersama wanita yang paling dikasihinya bakalan tercapai.
Namun langit tak selalunya cerah. Di kemuncak kebahagiaan seorang Oh Sehun, badai melandanya bak tsunami hingga menghapuskan segala mimpi-mimpi indahnya dan digantikan dengan igauan ngeri. Kim Jongin dan Oh Sehun, kehidupan mereka tak seharusnya bertembung lebih dari sebagai adik dan abang ipar, namun takdir bak bermain-main dengan kehidupan dua insan ini hingga memaksa mereka menerima suatu perhubungan yang tidak disangkakan.
Kim Jongin bukan sahaja menjadi isteri dalam satu hari, tetapi juga seorang ibu.
Foreword
Kim Jongin
Oh Sehun
Oh Haewon
Park Chanyeol
Byun Baekhee
Official Trailer
OST Collison "Seperti Dia"- Cassidy
Amaran:
1- Apa yang ditulis merupakan hasil imaginasi penulis dan milik sepenuhnya @SeKaiStalker. Sebarang persamaan adalah tidak disengajakan.
2- Jalan cerita agak klishe, mungkin bakalan sama dengan fiksyen-fiksyen peminat diluar sana.
3- Ini bukanlah fiksyen , sebaliknya adalah GENDERSWITCH dimana JONGIN bukalah lelaki sebaliknya seorang wanita/perempuan.
4- Sebarang kesalahan tatabahasa adalah kelemahan penulis dan penulis masih belajar dan akan terus belajar.
5- Jadual kemaskini bagi fiksyen ini agak perlahan kerana penulis merupakan seorang pelajar sepenuh masa yang cuba menghabiskan Sarjana Mudanya secepat mungkin. Kalau tak sabar, jangan baca.
6- SILA JANGAN CUBA UNTUK MENTERJEMAHKAN HASIL KERJA SAYA DALAM APA BAHASA SEKALIPUN DAN TOLONG HARGAI USAHA SAYA DALAM BEKARYA.
7- Honorable mention to @dreamingxoxo for the beautiful cover and background. She is so fast I must say. Go check her graphic shop by clicking the photo down below :
Terima Kasih,
SeKaiStalker
All Right Reserved To @SeKaiStalker©
Comments