007
Collision | Malay |Sehun mendongak ke langit, bintang kelihatan bergemerlapan dan bertebaran memenuhi angkasa. Bulan pula terang disimbahi cahaya matahari. Dari petang tadi, otaknya masih memikirkan hal yang telah berlaku di rumah keluarga Kim. Perkahwinan adalah perkara yang dinantikan oleh Sehun. Dia sentiasa berangan untuk membina keluarga yang bahagia bersama-sama Jonghee dan anak-anak mereka. Tapi kini Jonghee telah tiada, Sehun sendiri tidak pasti mampukah dia merubah perasaannya kepada orang lain pada bila-bila masa.
“Sehun, boleh mama masuk?”. Seohyun menegur lembut dari jendela pintu ke bilik Sehun. Anak lelakinya yang satu itu segera berpaling ke belakang, tanpa bicara Sehun sekadar tersenyum dan mengaggukkan kepala menjemput si ibu ke dalam. Seohyun pun melangkah ke balkoni, tempat dimana kini Sehun sedang menikmati pandangan malam. “Sehun..”.
“Mama, kalau ni pasal hal siang tadi, Sehun taknak bincang. Sehun tak boleh terima perjodohan yang tak masuk akal ni. Kubur Jonghee pun merah lagi, ma. Takkanlah Sehun nak kahwin dengan orang lain, dan orang tu adalah adik kembar Jonghee”. Sehun cepat-cepat membidas, tapi dia tidak meninggikan suara. Tenang dia memberikan rasional dan alasan supaya Seohyun tidak memaksanya untuk menikahi Jongin.
“Sehun, mama tak pernah larang kamu kahwin dengan sesiapa. Mama selalu sokong apa yang kamu buat selama ni, tapi kali ni je. Tolonglah dengar cakap mama, ye nak?”.
Sehun serba-salah dibuatnya, Seohyun kelihatan betul-betul muktamad dengan keputusannya untuk menjadikan Jongin menantu keluarga Oh. Tidakkah ibunya tahu bahawa kesemua ini terlalu terburu-buru?
“Tapi ma, Jongin dah ada kekasih. Sehun takkan rosakkan hubungan orang lain hanya kerana kepentingan diri sendiri. Haewon adalah anak Sehun, jadi biar Sehun yang pikul tanggungjawab besarkan dia. Jongin layak membina keluarganya sendiri”.
“Tapi mama dapat rasakan yang dia adalah calon isteri dan ibu yang terbaik. Kalau kamu kahwin dengan dia, kamu dan Haewon akan bahagia. Tolonglah Sehun, kahwinlah dengan Jongin, itu je permintaan mama. Mama janji mama takkan minta apa-apa lagi dari kamu kecuali yang satu ni. Kalau kamu sayangkan mama, papa dan Haewon, kamu kahwin dengan Jongin”.
Seohyun memandang ke dalam anak mata Sehun dengan pandangan penuh berharap. Sehun tahu apa yang ibunya minta adalah untuk kebaikannya sendiri. Mana ada ibu yang sanggup melihat anaknya menderita. Sehun sendiri sebenarnya sempat memikirkan hal ini, dia tahu Jongin akan menyayangi Haewon sepenuh hati. Andai mereka berkahwin, Jongin tidak mungkin menyakiti Haewon. Tetapi bagaimana jika suatu hari nanti dia terbuka hati untuk menikahi orang lain, tidak semestinya wanita itu akan menerima Haewon. Lagi-lagi apabila dia memiliki anak sendiri dengan Sehun.
Sehun melepaskan sebuah keluhan berat. “Baiklah, Sehun setuju. Tapi, mama tak boleh paksa Jongin. Biarkan dia buat keputusan sendiri. Kalau dia tolak lamaran kita, mama harus terima dengan hati yang terbuka, boleh?”. Sehun sebenarnya yakin bahawa Jongin tidak akan menerima perjodohan konyol ini kerana itulah dia berani membuat janji dengan ibunya. Hatinya masih belum sembuh dengan pemergian Jonghee. Kahwin bukanlah satu kepentingan buat masa ini.
“Baiklah. Remember this Sehun, what makes a man is a man when he keeps his promise.”.
“Mama tak percayakan Sehun ke?”.
“Bukan begitu, mama cuma nak mengingatkan kamu. Apa yang kamu cakap dah tak boleh ditarik balik. Kamu dah terlanjur berjanji dengan mama”.
Lelaki di lewat usia 20-an itu mengurut-urut batang hidung sendiri. Seohyun kadangkala terlalu mendesak, entah macam mana lagi dia mahu menyakinkan mamanya. “Sehun janji, Sehun akan kahwin dengan Jongin bulan depan kalau dia sudi jadi isteri Sehun dan ibu kepada Haewon. Puas hati?”.
Seohyun tersenyum kemenangan. Dia mengelus lembut rahang anak terunanya bagaikan berbangga dengan keputusan yang telah diambil oleh Sehun. “Puas, cukup puas.”
**************
Chanyeol dari tadi bergerak ke depan dan belakang sambil memeluk tubuh sendiri. Doktor masih lagi merawat Baekhee di dalam ruangan kecemasan, Jongin pula sedang duduk bersandar di kerusi sambil menunggu doktor yang bertanggungjawab ke atas Baekhee untuk memunculkan diri.
Jongin bagaikan ingin tergelak kepada diri sendiri, bagaimana selama ini dia tidak menyedari sebarang perubahan dalam diri Chanyeol dan Baekhee? Adakah hubungan m
Comments