002
Collision | Malay |“Abang kena pergi jugak ke?”. Jonghee memuncungkan bibir, suaranya bagaikan budak kecil yang merengek apabila tidak mendapat gula-gula. Sehun menangkup kedua-dua belah pipi Jonghee sebelum bibir mungil itu dikucup sekilas. Jonghee masih lagi bermasam muka dek kerana berita yang dikhabarkan barusan oleh Sehun.
Mengikut perkiraan doktor, Jonghee seharusnya bersalin lagi tiga minggu ke depan. Namun, banyak berlaku kes dimana bayi keluar lebih awal dari jangkaan kitaran kandungan. Jonghee mahu Sehun sentiasa ada di sisinya sebagai penguat dan melihat sendiri sewaktu dia melahirkan zuriat lelaki itu. Tetapi Sehun pula terpaksa ke Pulau Nami selama seminggu kerana urusan kerja. Sehun bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat perkapalan dan kali ini projek yang dia kendalikan adalah dalam pembuatan kapal pelayaran persiaran (cruise).
“Kalau boleh abang pun taknak tinggalkan sayang waktu sarat-sarat macam ni tapi ni urusan kerja. Lagi dua bulan kita dah nak kahwin, lepas tuh bulan madu pulak, dah banyak annual leave abang ambil”. Terang Sehun dengan nada memujuk.
“Tapi kalau baby keluar awal macam mana?”.
“Sayang, Abang kerja kat Nami Island je, bukan jauh mana pun. Abang boleh ambil flight bila-bila masa, sayang”.
“Ok baiklah. Tapi janji dengan sayang abang akan balik”.
“Abang janji,” Sehun mengambil jemari Jonghee di dalam tangan dan dibawa ke bibir nipisnya. Jemari itu dikucup sayang, keduanya mengukirkan senyuman kecil apabila mata mereka bertentangan. Sehun tahu kebahagiaan itu sudah hampir kepadanya, Jonghee dan bayi kecil mereka adalah segalanya bagi Sehun. Jika ini adalah sebuah mimpi, dia berharap dia takkan pernah bangun dari mimpi indahnya ini.
************
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon kelihatan penuh dengan orang awam yang terdiri daripada para pelancong yang melawat Korea Selatan dan juga warganegara Korea yang baru pulang ataupun ingin pergi ke luar negara. Bagasi ditarik dengan sebuah senyuman besar menghiasi wajah gadis berkulit tan itu.
“It feels good to be home!”.
Jongin melilau mencari seseorang, matanya membulat besar tatkala terpandangkan seorang lelaki yang tinggi lampai di dalam kot berwarna coklat gelap sedang memegang bena ditangan yang berbunyi ‘Welcome Home My Bear’. Jongin segera meluru kepada kekasih yang dirinduinya sebelum melemparkan lengan disekeliling leher lelaki itu.
“Baby!”. Jongin menjerit agak nyaring. Badan Chanyeol bergerak ke belakang, sedikit tidak seimbang apabila diterjah sebegitu rupa oleh gadis yang menjadi pujaan hatinya. Lengan kekar Chanyeol membalas pelukan Jongin dan sebuah kucupan diberikan di kening kekasihnya. Setahun terpisah dan hanya dihubungkan dengan Skype dan media sosial, kini tamat sudah penantian mereka berdua.
“I missed you.”. Suara garau Chanyeol menyapa gedegang telinga Jongin membuatkan si gadis terasa lemah lutut. Sumpah, suara kekasihnya itu adalah suara yang terseksi bagi Jongin.
“Sayang rindukan Bie jugak”.
“Jum, Bie hantar sayang balik rumah”.
“Jap, Bie tak bagitahu sesiapa pun kan pasal Sayang balik hari ni?”. Jongin menyepetkan matanya dan merenung ke arah Chanyeol dengan mata yang tajam. Dia memang telah merancang untuk membuat kejutan kepada seluruh ahli keluarganya, kalau boleh dia tidak mahu sesiapa pun mengetahui kepulangannya pada hari ini.
“Jangan risau, Bie tak bagitau pun kat Ibu dengan Ayah sayang. Even Jonghee pun tak tau”.
“Bagus, Sayang nak bagi surprise dekat diaorang”.
Chanyeol hanya tertawa kecil, paham dengan kerenah kekasihnya yang memang sedikit nakal itu. Dia memasukkan bagasi Jongin ke dalam bonet kereta sebelum mengambil tempat duduk di sisi pemandu. Jongin pula telah terlebih dahulu memasuki kereta dan duduk di tempat penump
Comments