Kerusi Sebelah

Garang.

SE MB IL AN : KE RUSI  SE BE LAH

 



 

Isnin malam.

 

Xiumin membuat bayaran barang yang dia beli. Selepas sambut plastik barang, Xiumin keluar dari kedai runcit tersebut dan terus menghampiri lintasan zebra yang tak jauh dari kedai tu. Xiumin pandang sekilas ke kanan – ke arah Soft Heart. Kemudian, dia pandang lampu untuk penjalan kaki. Lampu tu masih lagi merah. Xiumin pandang balik ke arah Soft Heart. Dalam hati, dia berharap agar dia nampak seorang gadis yang mampu membuat hati dia berdegup laju sikit dari biasa.

 

Tapi hampa.

 

 Lampu untuk penjalan kaki berubah hijau. Xiumin mengeluh dan melintas.

“Rindu” ungkap Xiumin perlahan lalu berjalan terus ke rumahnya tanpa menoleh lagi ke arah Soft Heart.

 

 

Xiumin melangkah masuk ke dalam rumahnya dan terus ke dapur. Dia keluarkan barang yang dia beli dari dalam plastik. Sekotak susu, sekotak fresh oren dan dua bekas buah-buahan campur.

Bila dengar bunyi dari bawah, seorang jejaka keluar dari bilik dan turun ke dapur. Si jejaka mendekati Xiumin yang tengah masukkan buah-buahan campur tu ke dalam mangkuk lalu berkata,

“Lambat balik”

Xiumin menoleh tapi tak jawab apa dan sambung kerja dia balik. Bila dah selesai masukkan buah-buahan tu ke dalam dua mangkuk, Xiumin bawa mangkuk tu ke ruang tamu dan letak mangkuk tu kat meja kopi depan tv. Bila terang lagi bersuluh yang Xiumin tak layan si jejaka, si jejaka masukkan dua kotak minuman yang Xiumin beli tu dalam peti ais.

Botol air sejuk dikeluarkan.

“Kenapa tak datang tadi?” tanya si jejaka bila Xiumin masuk balik ke dapur. Xiumin masih tak endahkan si jejaka. Xiumin ambil dua mug dan letak mug tu kat depan si jejaka. Si jejaka buka penutup botol air sejuk dan tuang air kosong tu ke dalam mug.

“Tengok dari cara kau, mungkin kita kena balik rumah” si jejaka bersuara berbaur ugutan lalu tutup balik botol air sejuk tu bila air dalam mug hampir penuh. Xiumin terus pandang muka si jejaka dan mengeluh.

“Aku akan sempurnakan janji aku. Tapi aku harap kau tak desak aku sangat. Nanti fikiran aku bercelaru” Xiumin keluarkan apa yang terbuku di hati. Si jejaka senyum dan bawa dua mug tersebut ke ruang tamu. Botol air sejuk dibiarkan kat atas meja dapur. Xiumin membontoti si jejaka. Si jejaka letak mug kat meja kopi dan duduk kat sofa. Xiumin duduk sebelah si jejaka.

“Okay, aku tak akan desak sangat. Tapi kau mesti selesaikan tugas kau. Buat something obvious supaya orang tahu hati kau khas untuk dia. Curi hati dia seikhlas yang mungkin. Aku taknak cara kau pikat hati dia tu , guna cara yang tak ikhlas dari hati. Aku sekeh kepala kau nanti” si jejaka pesan. Kemudian, dia capai mangkuk yang berisi buah-buahan campur tu dan makan sepotong buah kiwi. Si jejaka masukkan pula potongan buah tembikan dan epal ke dalam mulutnya.

“On tv” arah si jejaka sambil mengunyah. Xiumin yang dari tadi masih dalam keadaan berfikir mengikut arahan. Bila tv dah on, Xiumin pandang si jejaka.

“Kris?” tanya Xiumin. Si jejaka pandang Xiumin dan tambah kepantasan mengunyahnya. Bila dah telan, si jejaka tanya dengan nada pelik,

“Kris? Kenapa dengan Kris?”

“Nanti dia mengamuk lagi” Xiumin cakap dalam nada risau. Si jejaka menepuk bahu Xiumin beberapa kali dan cakap,

“Tak payah risau sangat pasal Kris. Dia dah uruskan diri dia sendiri”

“Huh?” Xiumin kurang faham apa yang si jejaka maksudkan. Si jejaka hanya senyum. Dia sambung makan dan pandang ke tv semula. Xiumin ambil mangkuk berisi buah lagi satu dan makan. Matanya ke tv tapi fikiran dia melayang ke tempat lain. Banyak benda yang Xiumin fikirkan. Banyak kira-kira yang dia lakukan. Malam tu, dia tidur lena kerna hati dah buat keputusan dan tekad untuk memperkotakan janji yang dibuat tiga tahun lalu – ketika dia berumur 14 tahun.

 

Dah terlalu lama dia simpan janji tu.

 



 

Selasa pagi.

 

Aku berjalan ke kelas. Fikiran aku melayang entah ke mana. Perasaan aku rasa tak tentu arah. Kejap segan, kejap takut, kejap risau, kejap suka. Lepastu segan balik dan ulang. Haish.

Mungkin Xiumin tak datang semalam tapi harini mesti dia datang punya sebab ahli EXOM tak suka ponteng sekolah. Diaorangkan pentingkan pelajran. Kalau tak datang sekolah pun mesti ada sebab yang kukuh.

 

Jap.

Sebab yang kukuh?

 

“Dia sakit teruk ke sampai tak datang semalam?” aku bermonolog. Berkerut dahi aku memikirkannya. Muncul dah rasa risau. Lepas tu bila perasan yang aku tengah teringahkan Xiumin, hilang kerutan di dahi. Aku ketap bibir dan muncullah rasa segan tak tentu pasal. Hah tengok, suiz emosi aku dah rosak.

 

“Euna?” satu suara tugur aku. Aku terus menoleh. Iseul tengah tengok aku dengan muka pelik. Aku pun pelik tengok Iseul.

“Kau okay tak?” Iseul tanya. Aku mengangguk.

“Okay je” aku jawab lalu buka kunci loker. Aku ambil buku yang diperlukan. Iseul pergi kat loker dia kat sebelah aku dan keluarkan buku yang sama.

“Aku dengar tadi kau ada sebut pasal sakit. Siapa yang sakit?” Iseul tanya lalu tutup pintu loker dia dan kunci. Aku kemas-kemas sikit susunan buku dalam loker aku sebelum buat benda yang sama.

“Tak ada..” aku jawab perlahan. Iseul pandang aku dengan muka aku-tak-percaya-apa-yang-kau-cakap. Aku sengih je. Kalau aku bagitau yang aku bermonolog pasal Xiumin, entah macam manalah reaksi dia.

“Jangan sorok cerita dari aku. Tak nak kawan” Iseul cakap. Aku ketawa kecil. Macam budak-budak laa kawan baik aku seorang ni.

“Belum penting lagi benda tu” aku balas dan tarik tangan Iseul keluar dari kawasan loker. Kitaorang berjalan naik ke kelas. Iseul masih pandang aku dengan pandangan aku-tak-percaya-apa-yang-kau-cakap. Tapi tak apa. Yang penting, suasana tenang macam biasa. Yalah, EXOM dah lalu. Kalau tak, semua pelajar dalam posisi berjaga-jaga.

 

Agaknya Xiumin datang tak harini?

 

Muncul dah rasa rindu.

Alaa, segan la pula.

 



 

KRRRIINNNNGGGGG.

 

Loceng berbunyi menandakan kelas pertama dah bermula. Iseul dan Euna yang baru sampai kat aras tiga berlari-lari  anak ke kelas. Kadang, diaorang ketawa. Tak pasti apa yang seronok sangat tapi diaorang gembira dapat kongsi moment lambat sikit ke kelas tu bersama.

Sampai je depan kelas, mereka berdua jenguk ke dalam. Bila dah pastikan tak ada cikgu, diaorang melepaskan nafas lega. Iseul dan Euna melangkah masuk ke dalam kelas yang tersedia berada dalam keadaan volume sentiasa pada tahap terendah.

Euna dan Iseul terkebil-kebil berdiri kat depan kelas. Meja belajar yang sebelum ni asing-asing, kini rapat berpasangan. Bukan jakun tapi benda ni tak pernah berlaku sejak EXOM muncul.

“Dah kenapa? Duduklah” Suho bagi arahan dengan nada mendatar. Iseul dan Euna pun pergi ke tempat diaorang. Iseul macam serba salah nak duduk kat tempat dia bila Jonghyun duduk kat tempat Euna. Euna dan Iseul berpandangan sebelum Euna pandang Jonghyun dengan muka pelik. Jonghyun balas pandangan Euna dan tunjuk ke tempat asal dia – kat sebelah Xiumin. Jonghyun macam bagi isyarat supaya Euna duduk kat tempat dia.

Euna terus panik. Muka dia berubah jadi takut. Euna geleng-geleng kepala dan bagi isyarat supaya Jonghyun pergi balik ke tempat dia. Euna pukul bahu Jonghyun beberapa kali tapi Jonghyun tetap tak nak beralih.

“Xiumin yang suruh” bisik Jonghyun. Euna buat muka macam nak menangis. Betapa tersiksa batin dia menghadapi dugaan sebegini pepagi ni. Iseul pun pukul bahu Jonghyun dan suruh Jonghyun balik ke tempat asalnya tapi tak berjaya.

“Xiumin yang suruh” bisik Jonghyun lagi. Euna tunjukkan buku lima dia. Kemudian, dia pandang ke arah Xiumin. Xiumin tengah baca buku dengan tenang.

“Jonghyun..” rengek Euna dengan perlahan. Jonghyun buat tak endah dan tunjuk ke tempat kat sebelah Xiumin lagi.

“Aku tak nakk” bisik Euna sambil pandang Jonghyun dan buat muka macam nak menangis.

 

“Aku dengar” Xiumin bersuara dan tutup buku yang dibacanya. Semua pelajar kelas 5-2 yang dari tadi asyik memerhati, terus tundukkan kepala supaya diaorang tak nampak macam sibuk jaga tepi kaki Xiumin. Suho yang memerhati dari awal pagi tadi tersenyum nipis.

“Aku pergi cari cikgu kejap” kata Suho dan beredar memandangkan cikgu tak masuk lagi. Sebagai ketua kelas, dia pikul tanggungjawab yang besar.

Xiumin pandang Suho yang berlalu keluar. Kemudian, anak matanya bergerak memandang Euna yang tunduk memandang lantai. Rambut depan Euna jatuh menutup hampir separuh mukanya.

“Sini” Xiumin cakap bernada tegas. Tanpa pandang Xiumin dan sesiapa pun, Euna jalan perlahan-lahan ke arah Xiumin. Mata Xiumin tak lepas dari memandang Euna yang tertunduk tu.

“Cepatlah sikit” Xiumin kata bila Euna jalan lambat sangat. Euna tersentak dan terus laju pergi kat Xiumin. Tapi tak selaju hati dia yang tengah berdegup tu. Bila Euna dah berdiri kat tepi meja dia, Xiumin tepuk,tepuk kerusi kosong kat sebelah kanan dia sebagai tanda suruh Euna duduk dekat situ.

Euna tengah nak labuhkan punggung dia kat kerusi sebelah kanan Xiumin bila pelajar dengan Xiumin menoleh sikit. Xiumin yang perasan, terus sepak kerusi pelajar tu.

“Aaaa!” pelajar tu bersuara lalu pandang depan balik. Xiumin ingat nak marah, tapi memandangkan Euna ada kat sebelah dia, terus tak jadi. Xiumin sandar kat kerusi dia dan peluk tubuh. Dia pandang Euna yang dah duduk kat sebelah dia dengan muka biasa – tanpa senyuman di bibir dan tanpa emosi. Euna pula kaku macam robot. Duduk tegak dan pandang bawah je. Xiumin tersenyum segaris menyaksikan betapa kekoknya Euna.

 

Xiumin tongkat dagu dia dan tenung Euna yang masih tertunduk tu dengan hati yang berbunga sikit.

 



 

Aku tertunduk malu. 

Sebab dah duduk sebelah Xiumin kan.

 

Sebelum ni tunduk sebab takut. Yalah, ahli EXOM panggil nama kau. Siapa tak gigil weh? Aku pernah dengar EXOM panggil nama orang dan end up, diaorang belasah budak tu. Mana ada EXOM panggil nama orang and berbaik. Memang rare gila benda tu. Tak, aku rasa ni first time.

Dari hujung anak mata kiri aku, memang nampak yang Xiumin tengah tongkat dagu dia dan pandang aku. Xiumin tak takut ke pelajar lain akan cakap pasal benda ni. Aku dah mula risau. Tapi tengkuk aku yang dah sakit ni lagi penting dari rasa risau tu. Aku nak angkat kepala tapi nanti tak tahu nak pandang mana. Bertambah awkward pula nanti.

Perlahan-lahan, aku toleh pandang Xiumin. Mata kitaorang bertentang.

 

Cantiknya mata dia ..

 

Muka Xiumin macam biasa, tak senyum sikit pun. Walaupun dia tengah buat sesuatu yang menggoyahkan hati aku. Kalau dia buat ni kat gadis lain, memang dah cair dah hati gadis tu. Bukan hati aku tak cair cuma hati aku dah memang untuk dia dah. Hiks.

“Beraninya” tegur Xiumin. Aku terus tersedar apa yang aku tengah buat dan cepat-cepat alihkan pandangan aku ke kanan. Aduhh, apa yang Xiumin dah buat kat aku ni. Hati aku dah tak tentu arah.

 

Suho masuk bersama kertas di tangan.

“Cikgu ada meeting, dia suruh kita siapkan kerja ni. Lusa bincang” Suho cakap sambil angihkan kertas kerja tu. Aku pandang je Suho yang mula bagikan kertas dari belah kanan sebab tak ada benda lain nak pandang kan. Iseul memang dah tak toleh ke aku dah. Yalah, kalau dia buat macam tu, memang kena laa dengan Xiumin.

Suho bagi  kertas tu and aku ambil. Aku keluarkan bekas pensil aku dengan kekok sekali. First time kan duduk sebelah Xiumin. Apalah budak-budak ni cakap nanti. Habislah gosip satu sekolah. Aku mengeluh. Aku mula buat kerja. Aku baca soalan pertama dan jawab.

Bila dah soalan yang ke-3, aku toleh pandang Iseul sebab aku rasa aku dah stuck kat soalan ni. Selalu aku akan bincang dengan Iseul. Iseul memang tak pandang aku pun. Dia tengah cakap-cakap dengan Jonghyun. Aku mengeluh lagi dan pandang soalan nombor tiga balik.

Tak, otak aku tak boleh berfikir. Sel-sel otak aku lambat sangat berhubung.

Aku pandang sikit ke kiri. Xiumin focus gila buat kerja. Lepas baca soalan, dia terus jawab. Uish, rasa teruja pula menyaksikan budak top 20 buat kerja. Subjek sejarah kot. Macam manalah dia boleh hafal semua peristiwa siap dengan nama pelik-pelik tu. Dengan tahun yang memang throwback habis.

Ni tak boleh jadi ni, aku nak juga siapkan kerja aku. Aku keluarkan buku nota sejarah. Aku selak satu, satu mukasurat untuk bab yang berkaitan. Aku tak hafal pun sebenarnya soalan nombor tiga ni bab berapa. Tapi tak apa, kita cuba lagi.

Tiba-tiba naluri perempuan aku terasa macam ada orang pandang. Aku terus pandang Xiumin. Xiumin memang tengah pandang aku. Terkejut aku dibuatnya bila mata kitaorang bertentang lagi. Mata dia kan cantik. Terus hati aku berdegup kencang balik.

Aku cepat-cepat alihkan pandangan dan pandang kertas balik. Rasa kekok dah bertambah 45%. Sel-sel otak aku makin lambat bergabung. Aku tak dapat fokus. So, aku pandang Xiumin balik. Kalau dia tak pandang aku, lega la sikit.

 

Tapi tak.

Xiumin masih pandang aku.

Ma.. mata kitaorang bertentang lagi. Hah, gagap terus aku dibuatnya.

 

“Ke..kena..pa?” aku beranikan diri bertanya.

“Soalan senang pun lambat jawab ke?” Xiumin tanya. Dengan muka dia yang tanpa emosi tu, memang sah laa dia perli aku kan?

 

BUKK. Hati tertusuk panah.

 

Sampai hati dia cakap macam tu. dia yang buat sel-sel otak aku lambat berhubung. Dia yang buat aku tak boleh fokus. Geez.

Aku terus sambung baca buku nota aku.

 



 

Aku tongkat dagu dan perhatikan Euna yang tengah fokus buat kerja. Dia baca soalan dan selak-selak buku nota. Muka dia terus berubah bila aku cakap yang dia lambat jawab soalan. Kekeke.

 

Comel sangat.

 

Aku sandar kat kerusi aku dan peluk tubuh. Aku pandang ke sekeliling kelas. Kadang, ada yang cuba pandang ke arah aku dan Euna tapi bila nampak aku tengah pandang depan, diaorang cepat-cepat alihkan pandangan.

Aku tahu benda ni akan tersebar dengan cepat.

 

Aku pandang Euna balik. Hati aku .. hati aku rasa berbunga. Apalah yang Euna dah buat kat aku ni.

Tak kisahlah apa akibatnya bila aku buat semua ni. Aku suka dia dan aku akan pertahankan perasaan ni. Lagipun aku dah janji dengan someone. Dia cakap aku kena ikhlas. Sebab ikhlas sangat laa aku jadi macam ni.

 

 

 

 

a/n :

yang bagi komen dan semangat tu, 

+ 

subscriber yg setia tunggu cerita ni punya update,

terima kasih tau. ^^

 

 

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..