Masa & Perubahan

Garang.

15 MASA & PERUBAHAN



 

“Kris dah pindah sekolah” Ayat tersebut asyik terngiang di telinga ahli EXOM ketika sesi persekolahan. Pembelajaran mereka agak terganggu tetapi mereka cuba berlagak cool dan kembali fokus kepada pelajaran. Dari luaran memang nampak mereka keras tidak berperasaan tetapi hati mereka sedang bergolak. Jejaka yang selama ini mengetuai mereka dan menjaga mereka dengan hambarnya telah tiada.

 

Masa berlalu dengan pantas hari itu.

 

“Lepas ni apa?” Xiumin, Luhan, Tao, Chen dan Lay tertanya-tanya dalam hati mereka meskipun mata mereka tepat memandang papan hitam di hadapan. Guru yang mengajar di hadapan tidak diendahkan. Buat pertama kalinya setelah memenangi tahta ini, mereka tidak dapat fokus belajar dengan baik.

 

Loceng menandakan waktu persekolahan dah tamat, berbunyi sekali gus mematikan lamunan mereka. Pelajar-pelajar mula mengosongkan kelas. Kadang, ada mata yang sempat mencuri pandang kepada ahli EXOM yang masih melekat di kerusi mereka.

 

Ahli EXOM masih buntu. Fikiran mereka terganggu. Dalam setiap hati ahli EXOM tertanya-tanya,

“Siapa ketua yang seterusnya?”

 



 

EXOM buat endah tak endah bila terdengar desas desus menanyakan dimanakah Kris. Hampir sebulan EXOM menyimpan jawapan tersebut. EXOK pun tidak dapat jawapan untuk soalan yang menjadi tanda tanya semua pelajar. Para guru yang tahu turut mendiamkan diri kerna bagi mereka, biarlah EXOM sendiri yang menyebarkan berita itu.

 

“Kris dah pindah kot”

 

Ayat seringkas itu mula meniti di bibir para pelajar sekolah Ess Aim High School. EXOM hanya mendiamkan diri. Mereka tidak mengiyakan atau menidakkan. Ahli EXOK mula berusaha lebih keras untuk mendapatkan kebenaran tentang khabar angin itu.

 

“Umin, kau tak nak cerita apa-apa kat aku ke?” tanya Suho satu hari ketika Xiumin tengah duduk di kerusinya. Kelas telah pun siap dikemas dan kosong ketika itu. Xiumin yang bersandar dan memandang kosong ke arah papan hitam mengalihkan anak matanya ke Suho. Suho senyum sebaris. Kemudian, Xiumin mengalihkan pandangannya ke luar tingkap seperti ada sesuatu yang sedang difikirkannya.

“Kau okay tak? Sejak akhir-akhir ni kau nampak tak fokus” Suho menyuarakan apa yang terbuku dihati.

“Budak-budak ni pun perasan benda yang sama. Jika ada apa-apa yang tak kena, kau luahkan saja laa kat aku. Kauorang semua tahukan yang EXOK akan sentiasa support EXOM?” tambah Suho. Xiumin memandang Suho.

“Aku bukan ahli EXOM mungkin sebab tu kau tak boleh cakap apa-apa tapi kau dengar laa apa yang aku nak cakap ni. Aku risau jika EXOM terus macam sekarang ni, nampak macam kosong dan tak lemah, benda lama akan berulang balik. Kau tahukan dulu macam mana? Bergaduh sana-sini, buli .. macam-macam laa sampai sekolah ni tak sesuai untuk jadi tempat belajar. Lepas EXOM pertaruhkan diri untuk kalahkan RED, barulah sekolah ni aman sikit. Kau tahukan yang kumpulan RED tu tengah tunggu masa je untuk ambil tahta kauorang?” cakap Suho panjang lebar. Xiumin mendengarnya dengan tenang.

“Suho ..” panggil Xiumin bila Suho mula melangkah untuk keluar dari kelas. Suho menoleh memandang Xiumin.

“Hm?”

“Kris .. dah pindah” kata Xiumin perlahan. Suho terkedu mendengar berita tersebut.

“Jadi betul laa apa yang aku dengar?” Suho masih dalam keadaan terkejut. Xiumin terus bangkit dan keluar dari kelas meninggalkan Suho.

 

“Jadi, aku laa yang kena tutup kipas sekarang?” Suho bermonolog.

 



 

Keadan mula berubah sedikit demi sedikit selepas Xiumin bagi tahu Suho yang Kris dah pindah. Sudah mula terdengar ada pergaduhan kecil berlaku. Kadang, terdengar bunyi pelajar ketawa tanpa sopan. Tetapi semua masih menjaga laluan khas untuk EXOM.

Sampailah suatu hari,

Jam loceng menandakan waktu rehat berbunyi. EXOM memberi laluan untuk para pelajar seketika sebelum mereka keluar kelas. Jika sebelum ini mereka berkumpul di kelas 5-1 sebelum bergerak, kini mereka berkumpul di kelas 5-6 dan menggunakan tangga di bahagian satu lagi. Seperti biasa, anak tangga yang dituruni tidak diganggu oleh sesiapa sampailah ketika mereka berada beberapa anak tangga sebelum jejak lantai kantin.

Seorang jejaka mula mendaki anak tangga dan berdepan dengan Luhan. Dengan pantas Luhan menghentikan langkah jejaka tersebut dengan menggenggam leher jejaka itu. Jejaka itu memandang Luhan dan memberikan senyuman sinis. Masa itu juga, lima empat orang jejaka lagi mula menghampiri tangga. Xiumin dengan bengangnya tarik kolar baju jejaka tersebut dan ‘memberi’ jejaka tersebut kepada lima jejaka lain yang baru muncul. Jejaka yang ditarik kolarnya jatuh ke lantai.

“Pergi mati” kata Xiumin sebelum melangkah pergi ke meja makan. Ahli EXOM yang lain membontoti Xiumin tanpa memandang jejaka tersebut sekilas pun.

 

“Weh, kenapa senyap semacam?” tanya Sehun sebaik saja dia letak dulang makanannya di atas meja. Kai menjuihkan bibirnya ke arah tangga yang berdekatan.

“RED dah buat hal”

 



 

Aku terbaring di lantai bilik tidur.

Kejap aku bergolek ke kiri, kejap aku bergolek ke kanan. Suka hati aku laa kan. Kejap aku memandang siling bilik aku dan termenung mengenangkan Xiumin. Jejaka tersebut memang susah untuk keluar dari fikiran aku. Cis.

Tapi sejak Kris pindah ni, Xiumin yang ada dalam fikiran aku ni lebih kepada Xiumin yang nampak serabut, kosong dan tak fokus. Berbeza sungguh dengan Xiumin sebulan yang lalu. Kini, Xiumin dah tak ada buat hati aku bunga-bunga atau rasa nak bersorak gembira bila aku bersendirian, macam sebelum ni. Mana entah Xiumin yang tu.

Aku risau.

Bukan risau Xiumin dah tak buat aku perasan seorang diri. Aku risau Xiumin yang sekarang ni akan effect EXOM dan pelajar lain. Terutamanya RED. Hmm. Aku rasa bersalah laa pula. Entah-entah semua ni terjadi sebab aku.

 

Aku duduk bersila.

 

Entah-entah semua ni terjadi sebab aku.

 

Aku rasa bersalah sangat.

 

Rasa bersalah.

 

 



 

a/n :

macam mana kisah xiumin dengan euna ekh? risau pulaa.

btw, ada cadangan siapa ahli RED ?

namakan bias anda ! hoho.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..