Exo

Garang.

L IMA : EX O

 



 

Kelas baru saja tamat.

 

EXOK nampak penat dan tak bermaya. Mereka berjalan ke arah loker mereka untuk letak buku-buku mereka. Bila sampai di hadapan loker-loker mereka, EXOK berdiri sebaris. Ada antara mereka yang mengeliat. Ada juga yang letak beg kat lantai dan mula cari kunci loker mereka.

“Lapar laa” kata Chanyeol lalu membetulkan sandangan beg dia bila terasa yang beg dia makin berat. Kai dan Sehun yang berada di sebelah kanan Chanyeol mengangguk tanda setuju. Kemudian mereka pandang D.O yang berada kat  sebelah Kai. D.O yang baru je masukkan kunci kat loker dia menoleh ke kiri bila rasa ada yang memerhati.

“Apa?” tanya D.O bila melihat Kai, Chanyeol dan Sehun tengah pandang dia sambil tersenyum-senyum. D.O hanya menggelengkan kepala sebab dia tahu apa yang diaorang fikirkan.

“Rumah aku tutup untuk tetamu pukul..” D.O kata lalu tengok jam kat tangan.

“..4.30 petang” sambung D.O. Kai, Sehun dan Chanyeol ketawa. D.O yang kepenatan buat tak endah dan pegang balik kuncinya.

“Aku rasa tak sedap hatilah” kata Baekhyun masa tengah buka kunci lokernya. Kai tak dengar apa yang Baekhyun cakap dan dia adalah orang pertama yang buka loker.

Aktiviti mereka terhenti dan semua mata ahli EXOK teralih ke arah Kai bila terdengar bunyi benda jatuh. Kai melangkah dua tapak kebelakang dan riak wajah Kai menunjukkan yang dia terkejut habis. Kai toleh ke kiri dan ke kananya memandang ahli EXOK yang lain.

“A..ap..apa ni?” tanya Kai lalu pandang surat-surat yang baru keluar dari lokernya. Chanyeol pandang ke arah loker dia dan perlahan-lahan dia buka kunci lokernya. Seperti yang dirisaukan, pintu lokernya tertolak keluar sendiri dan,

 

Surat-surat bertaburan keluar.

 

Dan satu, satu ahli EXOK yang lain membuka loker mereka. Semua pun sama, banyak surat keluar dari loker mereka. Surat cinta yang sampulnya bermacam-macam warna. Riak wajah EXOK menunjukkan yang diaorang keliru, risau dan terkejut.

 



 

Esoknya.

 

EXOK melangkah masuk ke kawasan loker. Semua gadis yang perasan akan kehadiran EXOK terus tersenyum lebar dan cepat-cepat menghampiri EXOK yang handsome belaka. Ada yang sampai tak tutup loker mereka sebab teruja sangat. Tak kurang yang terjerit-jerit suka hati sebab nampak EXOK. Suasana gamat macam biasa.

 

Tapi hari ni EXOK nampak pelik.

 

EXOK jalan ke loker mereka tanpa pandang orang sekeliling dan tanpa senyuman di bibir mereka. Riak muka mereka menunjukkan macam mereka malas nak layan gadis-gadis yang ada disekeliling mereka. Dengan muka tak ada perasaan tu, EXOK buka loker mereka. Bila surat-surat bertaburan keluar, EXOK buat tak nampak dan terus ambil buku-buku yang diperlukan. Lepas kunci balik loker mereka, mereka berlalu pergi.

Seperti tak ada nilai, surat-surat yang bersepah di lantai itu dipijak semasa mereka melangkah pergi dari kawasan loker tersebut. Berubah riak muka empunya surat bila nampak apa yang EXOK buat. Mereka rasa terluka. Hati mereka remuk dengan kelakuan EXOK.

Gadis-gadis yang rasa janggal dengan apa yang berlaku berhenti dari mengekori EXOK sampai keluar dari kawasan loker. Suasana berubah jadi sunyi.

Iseul yang berdiri hampir dengan gadis-gadis pencinta EXOK pun terkedu. Entah kenapa, gaya EXOK terasa macam gaya EXOM. Bulu roma Iseul menegak. Dia rasa seram sejuk.

 

Bunyi pintu dibuka memecah kesunyian.

 

Semua yang ada kat kawasan loker tu menoleh ke belakang. Keadaan yang sepi dan merunsingkan tadi berubah jadi situasi menyelamatkan diri. Berebut-rebut semua nak berdiri serapat mungkin dengan loker. Ada gadis yang nak terjatuh. Ada yang berlanggar sesama sendiri. Ada juga yang saling tolak menolak.

Dalam sekelip mata, EXOM buat penafasan mereka tak menentu dengan kehadiran EXOM yang tiba-tiba tu. Tanpa mengendahkan apa pun, EXOM berjalan melalui kawasan loker tu. Tak  ada siapa pun kat situ yang berani angkat muka dan pandang EXOM bila mereka lalu di hadapan mereka. Mereka hanya pandang EXOM bila EXOM dah melepasi mereka.

Mereka semua perasan ada perubahan kat EXOM. Xiumin yang biasanya berjalan kat belakang sekali dengan Luhan kini berjalan di sebelah Kris. Para pelajar yang EXOM dah jalan melepasi mereka mula berbisik-bisik memperkatakan tentang kedudukan Xiumin.

 

Tiba-tiba Kris berhenti melangkah.

 

“Jangan sampai kata-kata kauorang tu sampai kat telinga aku” Kris bagi amaran. Pelajar-pelajar  yang berbisik-bisik tadi terkedu bila dengar apa yang Kris cakap. Sebabkan Kris susah nak berinteraksi dengan pelajar lain, ada yang pengang tangan sesama sendiri sebab mereka mula menggigil ketakutan. Kalau Kris berkomunikasi dengan pelajar biasa maknanya dia memang maksudkan apa yang dia cakap dan dia tengah marah yang amat.

 



 

Kelas 5-2.

 

Kelas senyap dari biasa sebab Suho yang biasanya keluarkan suara untuk berbicara, duduk senyap tanpa sepatah kata. Riak muka Suho lebih kurang sama dengan riak muka Xiumin. Suho tak endahkan apa yang berlaku kat sekeliling. Sama dengan apa yang Xiumin selalu buat.

Pelajar kelas 5-2 tak berani nak buat apa. Nak betulkan kedudukan kat kerusi sendiri pun rasa nak menangis sebab takut sangat dengan perubahan mood Suho yang tiba-tiba sama dengan Xiumin. Kadang, diaorang rasa terbeban sangat sebab macam ada dua orang ahli EXOM dalam kelas 5-2 ni. Suasana kelas harini lebih teruk dari biasa dan mereka semua tak tahu kenapa.

 

Cikgu Dae melangkah masuk dengan senyuman lalu letak barang-barangnya atas meja guru. Kemudian, dia berdiri di tengah kelas dengan senyuman sambil memandang pelajarnya.

“Okay kelas, harini kita akan buat projek berkumpulan. Satu kumpulan dua orang” kata-kata Cikgu Dae memeranjatkan semua orang. Cuma Xiumin dan Suho saja yang tak bagi apa-apa respond.

“Kamu nak saya bagikan kumpulan atau kamu cari sendiri?” tanya Cikgu Dae memandangkan ini adalah kali pertama dia buat aktiviti berkumpulan untuk kelas 5-2. Tak ada siapa pun jawab. Semua menundukkan muka pandang meja. Xiumin pandang Cikgu Dae dengan pandangan yang tajam.

“Tak ada aktiviti yang lebih membosankan ke?” tanya Xiumin. Cikgu Dae yang masih tersenyum berjalan mendekati Xiumin. Pelajar kelas 5-2 yang lain mula pandang ke arah Cikgu Dae. Anak mata mereka mengekori langkah Cikgu Dae yang berani tu menghampiri Xiumin.

“Saya tahu kamu nak berubah jadi baik tapi kamu segan kan? Saya tengah tolong kamulah ni supaya kamu boleh bergaul dengan rakan sekelas kamu. Mula dengan seorang. Seorang, seorang nanti jadi satu kelas” bicara Cikgu Dae dengan gembiranya. Dia rasa seronok sebab dapat buat sesuatu untuk anak muridnya.

“Dengar kat mana?” tanya Xiumin dengan nada geram. Wajah Cikgu Dae yang sebelum ni tersenyum gembira dan yakin dengan apa yang dia buat, mula berubah bila lihat riak wajah Xiumin dan cara percakapan serta cara pandangan Xiumin masih sama.

 Bila matanya dan mata Xiumin bertembung, Cikgu Dae cepat-cepat alihkan pandangan. Kini, jauh di sudut hati dia mula timbul rasa goyah yang Xiumin nak berubah.

“Hmmm, dengar dari budak-budak ni lah” jawab Cikgu Dae. Xiumin pandang Suho. Suho pandang Xiumin dan pandangannya teralih ke Cikgu Dae.

“Ada tahu apa-apa pasal surat?” tanya Suho pada Cikgu Dae. Cikgu Dae terdiam sekejap dan gelengkan kepalanya. Suho sandar kat kerusi dan berpeluk tubuh. Kemudian dia bertanya,

“Ada sesiapa nak cakap pasal surat yang EXOK dapat?” tanya Suho. Suasana sunyi sepi. Tak ada siapa pun yang berani kata apa-apa walaupun mereka tahu. Iseul pandang EunA. EunA gelengkan kepalanya sikit seoalah-olah bagitahu Iseul jangan cakap apa-apa.

“Iseul ada benda nak cakap” kata Xiumin. Iseul tersentak. Kini, semua mata teralih ke arahnya. Iseul mengalihkan pandangannya ke arah Suho perlahan-lahan. Suho pandang Iseul menanti jawapan.

“D..di..dioarang bagi surat sebab diaorang ingat..kalau EXOM ada perubahan sikit..EXOK pun sama” jawab Iseul. Suho buat riak muka tak percaya dan ketawa mengejek.

“Berubah?! Tsk..tsk..tsk. Kalau berubah, korang dah tak payah panggil kitaorang EXOK, EXOM. Terus panggil EXO”

Semua pelajar terkeju bila dengar apa yang Suho cakap. Kalau dah jadi EXO, kiranya macam ada dua EXOM laa. Kalau 6 orang pun dah boleh buat diaorang tak tentu arah, inikan pula 12 orang. Dalam diam, semua berdoa agar benda tu tak terjadi.

 

 “By the way, betul ke Xiumin tu nak berubah?” tanya Xiumin sinis lalu pandang pada Cikgu Dae. Seakan memperminkan apa yang Cikgu Dae percaya. Tanpa sepatah kata, Cikgu Dae kembali ke mejanya.

“Mungkin kita tak akan adakan aktiviti berkumpulan” Cikgu Dae cakap lalu mencapai sebuah buku miliknya.

“MUNGKIN?” tnya Xiumin dengan lantang seakan marah. Pelajar kelas 5-2 ada yang lelap, lepap mata sebab rasa takut. Semua cuba sorokkan tangan mereka yang mula menggigil. Si cikgu hanya mendiamkan diri. Dia letak balik bukunya dan ambil sebatang marker warna biru. Cikgu Dae menulis sesuatu di papan putih.

“Tak ada kerja berkumpulan. Siapkan latihan kat muka surat yang saya tulis kat papan putih. Minggu depan kita bincang” suara Cikgu Dae kedengaran tenang tapi semua tahu yang Cikgu Dae cuba berlagak tenang. Selepas kemaskan barang-barangnya, Cikgu Dae meninggalkan kelas.

 



 

8.06 p.m.

 

EunA melangkah masuk ke Soft Heart. Bunyi loceng yang comel kedengaran. EunA lihat ke dalam Soft Heart. Kaunter pembayaran kosong, Minhyuk tengah layan seorang pelanggan kat kaunter kek. Lepastu, mata EunA ternampak seorang gadis dan seorang jejaka yang tengah memilih roti. EunA menghampiri mereka.

“Hai Baekhyun” tegur EunA lalu senyum manis. Baekhyun yang tengah lihat roti kat rak roti yang hampir dengan pintu, menoleh. EunA terus ketap bibir bila nampak riak wajah Baekhyun. Mukanya sama je macam Suho hari ni. Tak senyum and tak ada perasaan apa. Pertama kali EunA tengok muka Baekhyun nampak garang.

Tanpa kata apa, EunA berjalan ke belakang kaunter pembayaran bila Baekhyun tak balas tegurannya dan sambung pilih roti. Euna perhatikan je Baekhyun.

‘Mungkin semua ahli EXOK berkelakuan macam tu kot’ bisik hati kecil EunA.

 

Bila tengok Baekhyun sibuk pilih roti, si gadis yang datang bersama Baekhyun perlahan-lahan menghampiri EunA.

“Hai” tegur si gadis. EunA senyum dan balas,

“Hai”

“Kenal Bekhyun ke?” tanya si gadis. Nada suaranya agak perlahan. EunA mengangguk. Dalam hati, EunA rasa pelik dengan kelakuan si gadis.

‘Gadis ni peminat tegar Baekhyun ke?’ bisik hati EunA.

“Sama sekolah” terang EunA. Si gadis mengangguk tanda faham.

“Kakak Baekhyun” si gadis perkenalkan diri. EunA terus tundukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Si gadis hanya tersenyum.

“Tahu kenapa dia jadi macam tu?” tanya si gadis sambil tunjuk ke arah Baekhyun yang tak habis pilih roti lagi. Kini, EunA dan si gadis memandang Baekhyun. EunA menggeleng and cakap,

“Tak..”

Si gadis mengeluh.

“Baekhyun ada gaduh dengan makwe dia tak?.. Dapat markah rendah dalam kelas ke?..Dapat surat cinta ke?” tanya si gadis dengan nada risau. Yelah, siapa tak risau kalau adik dia tetiba berubahkan?

 

“Akak buat apa tu?” tanya Baekhyun. Si gadis dan EunA menoleh ke arah suara Baekhyun. Baekhyun tengah berdiri di hadapan kaunter kek. Si gadis tersenyum manis lalu jawab,

“Tanya pasal kek. Kita kan nak beli kek untuk birthday D.O dengan Kai”

EunA tak kata apa. Si gadis menghampiri Baekhyun lalu menjongkit untuk lihat roti yang Baekhyun pilih kat dalam dulang. Si gadis buat muka merajuk. Baekhyun pandang je kakaknya itu.

“Kan dah cakap nak tart teluurrrrr..” si gadis bersuara manja. Mukanya berkerut memandang Baekhyun. Baekhyun mengeluh dan cakap,

“Tadi orang suruh pilih, pergi merayau”

Baekhyun kembali ke tempat roti dan ambil dua tart telur. Si gadis yang berdiri di kaunter kek tersenyum riang.

“Suka?” tanya Baekhyun. Si gadis mengangguk and jawab dengan nada manja,

“Suka”

EunA yang jadi pemerhati setia dari tadi tersenyum.

‘Tak macam adik-beradik’ bisik hati kecil EunA.

 

“Nak ni, nak ni” si gadis berkata sambil tunjuk ke arah kek red velvet. Baekhyun menggelengkan kepalanya dan cakap dengan nada mendatar,

“Kek ni bukan untuk akak pun”

Bila dengan apa yang Baekhyun cakap, si gadis terus tunjukkan buku limanya yang comel. Baekhyun tersenyum sikit. Si gadis kelihatan terkejut lalu menepuk-nepuk belakang Baekhyun.

“Bagus, bagus. Senyum lagi” kata si gadis lalu sambung tengok kek. Akhirnya, mereka pilih juga kek red velvet. Selepas kek dimasukkan dalam kotak, mereka pergi ke kaunter pembayaran. Harga roti dan kek dibayar oleh Baekhyun. Kemudian, plastik berisi roti dibawa oleh si gadis manakala kek di bawa oleh Baekhyun.

“Surat cinta” EunA bagitahu pada si gadis sebaik saja si gadis memegang pemegang pintu. Sebaik Baekhyun dah keluar dulu. Si gadis menoleh dengan muka yang terkejut.

“Kenapa?” tanya EunA. EunA mula risau.

“Kalau EXOM tak suka orang halang laluan, EXOK tak suka orang bagi surat cinta” jawab si gadis lalu cepat-cepat keluar dari Soft Heart. EunA tergamam. Otaknya mula berfikir. Sel-sel otaknya mula bergabung.

 



 

Aku duduk di kerusi di kaunter pembayaran sambil makan roti blueberry. Aku kunyah roti perlahan-lahan. Kadang, aku jenguk ke luar tanpa begerak dari kerusi.

 

Aku mengeluh.

 

“Hmm, mana ni” aku mula risau sebab orang yang aku tunggu tak sampai lagi. Macam mana kalau aku kena jalan seorang-seorang malam ni? Aku dah rasa nak menangis.

Soft Heart dah tutup. Aku dah kemas bahagian dapur tadi. Depan ni pun dah kemas. Sekarang tengah tunggu kawan yang Minhyuk paling yakin boleh temankan aku balik. Selalunya memang Minhyuk yang akan teman aku balik rumah bila mama and papa balik awal. Tapi harini Minhyuk ada emergency. Kawan rumah dia terlibat dengan kemalangan.

Aku gigit sebahagian roti aku yang dah nak habis. Aku kunyah sambil lihat luar. Lepas tu, aku nampak seorang jejaka di seberang jalan. Si jejaka melintas jalan besar tu tanpa ada masalah sebab kereta sikit sangat. Si jejaka jalan menghampiri Soft Heart.

 

Jantung aku tetiba berdebar.

 

“Xiumin” nama tu terkeluar dari mulut aku. Si jejaka kini berdiri di hadapan Soft Heart. Aku masih tak percaya dengan apa yang aku dilihat. Xiumin adalah orang yang Minhyuk paling percaya untuk temankan aku balik rumah? Biar betik.

“Takk, mesti bukan dia” aku cuba menidakkan. Mata aku dan Xiumin bertemu.

“Kau nak tidur dalam tu ke EunA?” tanya Xiumin macam marah. Aku menggeleng lalu turun dari kerusi dan capai beg aku. Aku menghampiri pintu utama. Aku nak buka kunci pintu tu bila aku terfikir,

Betul ke dia orang yang Minhyuk hantar? Macam mana kalau bukan? Macam mana kalau jejaka depan aku ni adalah jelmaan. Aku rasa nak menangis sebab takut.

 

“Aku bukan hantu. Minhyuk hantar aku. Dah, cepatlah!” Xiumin cakap. Aku terus pandang Xiumin. Dia tahu apa yang aku fikirkan ke? Lepastu, aku terus buka pintu Soft Heart. Bila dah melangkah keluar, aku kunci balik pintu tu.

“Dah” aku cakap dan pandang Xiumin. Xiumin pandang aku. Aku terus tundukkan pandangan. Xiumin jalan tanpa kata apa. Aku masih berdiri kat tempat tadi sebab still tak percaya dengan apa yang tengah berlaku. Xiumin menoleh.

“Kau nak kena angkat ke?” tanya Xiumin dengan nada serius. Aku terus gelengkan kepala dan berlari-lari anak ke arah Xiumin. Takut gila bila Xiumin cakap macam tu. Kalau orang lain yang cakap mungkin macam comel tapi bila Xiumin yang keluarkan ayat tu, rasa macam ugutan.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..