Rancangan

Garang.

TU JUH : RANCANGAN

 



 

Tahun lepas. Hujung tahun. Hari Ahad yang damai.

Seorang jejaka melangkah masuk ke dalam Soft Heart. Tiada senyuman di bibirnya.

 

“Selamat datang” aku sapa si jejaka. Si jejaka pandang aku macam aku ada buat salah dengan dia. Aku sengih je laa sebab ‘Customer is always right’. Kalau tiba-tiba dia kenyit mata kat aku pun tak apa sebab ‘Customer is always right’.

Aku tengok jam. 10.04 pagi. Pertama kali aku jumpa pelanggan yang datang sebaik saja kedai dibuka. Tu yang tengok jam tu. Macam teruja pula. Euna anak empunya kedai ni pun tak semangat macam jejaka ni, datang awal-awal.

Eh, mengata Euna pula. Kekeke.

 

Si jejaka yang tengah pegang dulang dan penyepit tu tengok-tengok pilihan roti yang ada. Kemudian, dia ambil roti blueberry dan satu tart telur. Aku perhati je pelanggan aku yang pertama untuk harini. Kemudian, si jejaka meghampiri kaunter kek. Dia meneliti semua jenis kek yang ada. Tak lama lepas tu, si jejaka menoleh pandang aku. Aku yang dari tadi dok pandang jejaka tu terus tersedar.

Omaigawd, kenapa aku tenung jejaka tu lelama?! Aku bukan gayyyy! Ni mesti kes pertama kali jumpa seseorang yang handsome dan comel dalam satu masa. Jap.

 

Aku bukan gayyyy!

 

Aku sungguh tak percaya dengan apa yang baru aku cakap dalam hati ni. Walauapapun, aku tak boleh gelabah. Aku melangkah ke kaunter kek dengan tenang. Riak wajah aku pun menunjukkan yang aku tengah bertenang.

 

“Lambatnya” kata si jejaka sepatah. Hashtag sentap. Aku pandang si jejaka dan tersenyum.

“Ya, apa yang boleh saya bantu?” aku tanya dengan nada yang tenang. Si jejaka menjawab,

“Cheese kek”

Aku ambil sepotong Cheese kek dan masukkan ke dalam kotak. Kemudian, aku bawa ke kauter pembayaran. Si jejaka pun berjalan ke kaunter pembayaran.

 

Aku tengah masukkan roti blueberry dalam plastik bila si jejaka tanya,

“Euna kerja kat sini ke?”

Aku terus pandang si jejaka. Terkejut gila aku dengan soalan dia. Terhenti kerja aku. Muka si jejaka buat aku terkelu. Muka dia macam nak makan orang. So, aku hanya mengangguk. Tak berani nak kata apa. Nanti kalau salah cakap, takut dia libas kedai ni terus jadi macam bangunan tinggal.

 

Lepas bayar, si jejaka terus berlalu.

“Kenapa dia tanya pasal Euna? Dia tu siapa? Stalker Euna? Tapi takkan laa seseorang yang handsome macam tu boleh suka kat Euna. Tak, tak mungkin” aku mula fikir macam-macam.

 



 

“Sampai hati oppa cakap macam tu!” aku cakap dalam nada merajuk. Aku menjeling pada Minhyuk yang duduk kat depan aku.

“Euna ni hodoh sangat ke?” aku tanya. Minhyuk but muka seposen dia.

“Euna, oppa tengah throwback ni. Janganlah kacau” Minhyuk cakap. Aku tak balas apa dan masih merajuk. Lepastu, Minhyuk pandang ke arah tempat roti dan kek. Aku pun ikut apa yang Minhyuk buat.

“Tak ada orang datang lagi. So, boleh sambung..” Minhyuk cakap dan betulkan posisi duduk dia. Aku terkejut. Minhyuk tak pedulikan aku yang merajuk ni?!

“Oppa, Euna tengah merajuk ni..” aku cuba sedarkan Minhyuk.

“Shhhhh..” Minhyuk suruh aku diam dan sambung cerita dia. Aku redha je laa sebab aku memang nak dengar sambungan dia. Heh.

 

“Minggu depannya..” Minhyuk baru nak mulakan cerita dia bila loceng yang comel tu berbunyi. Aku dan Minhyuk terus pandang ke arah pintu. Sekumpulan remaja masuk ke dalam kedai. Kitaorang cepat-cepat pergi ke bahagian depan. Aku ke kaunter pembayaran dan Minhyuk ke kaunter kek.

“Lepas ni jangan lupa sambung” aku bagi peringatan kat Minhyuk. Minhyuk pandang aku dan buat muka menyatakan yang dia taknak sambung.

“Oppa!”

Minhyuk ketawa suka sebab dah dapat buat aku marah.

 

Tapi harini adalah antara salah satu hari dimana pekerja kedai Soft Heart agak sibuk dengan pelanggan yang datang tak putus-putus. Nampaknya, cerita Minhyuk tak akan dapat disambung dalam masa terdekat. Hmm.

 



 

Petang. Hari yang sama.

Dekat bilik Xiumin.

 

“Buat sesuatu yang menunjukkan kau suka kat dia secara terang-terangan” kata seorang jejaka yang sedang berdiri di tingkap dan memandang ke luar. Xiumin yang berdiri di belakangnya terdiam kejap.

“Kau tahu kan yang Kris tak akan suka benda macam ni” Xiumin cakap.

“Kau dah lupa? Antara Kris dan aku, kau pilih aku” si jejaka bersuara tegas . Xiumin mengeluh dan mendekati si jejaka beberapa langkah.

“Kita kena ke buat semua ni? Aku tak nak sia-siakan persahabatan kita semua”  Xiumin berkata jujur. Si jejaka tak kata apa. Lama dia termenung memandang ke luar tingkap.

 

“Kerja kau senang je Xiumin. Buat dia jatuh hati dekat kau. Akan tu pun tak boleh?” Si jejaka bersuara setelah agak lama berdiam diri.

“Tapi, cara ni salah..” Xiumin cuba pujuk si jejaka.

“Kau memang suka Euna kan? Apa yang salahnya?” tanya si jejaka. Xiumin berjalan dan berdiri di sebelah si jejaka yang memakai serba hitam.

“Aku taknak kehilangan kawan kerana seorang gadis” Xiumin jawab. Si jejaka ketawa sinis dan cakap,

“Buat je macam apa yang aku suruh, Xiumin” si jejaka pesan dan berlalu pergi meninggalkan Xiumin. Xiumin hanya mampu menghantar jejaka tersebut keluar melalui pandangan matanya.

 



 

Aku mengeliat. Pelanggan dah habis. Tak adalah dah habis, cuma belum ada pelanggan baru masuk lagi. Aku terus pandang Minhyuk. Minhyuk pandang aku dengan muka keliru.

“Apa?” Minhyuk tanya.

“Oppa, tak payah nak berlakon. Sambunglah cerita sementara orang tak ada ni” aku pinta. Minhyuk tersenyum dan duduk di kerusi yang berdekatan. Aku pun duduk kat kerusi yang sedia ada kat kaunter pembayaran tu.

“Okay, sambung ekh..” Minhyuk cakap. Aku angguk-angguk.

 

“Minggu depannya..”

 



 

Minggu depan. Hari yang sama.

Sebaik saja Soft Heart dibuka, seorang jejaka melangkah masuk.

 

Si jejaka berdiri di muka pintu dan lihat sekeliling kedai. Mata si jejaka bertemu dengan sepasang mata milik .. siapa lagi kalau bukan aku kan? Kekeke. Aku memberikan senyuman semanis mungkin pada pelanggan Soft Heart yang pertama.  Tapi si jejaka terus ambil dulang dan penyepit tanpa membalas senyuman aku.

 

Ekh, budak ni.

 

Si jejaka ambil satu jenis roti dan satu tart telur. Kemudian, dia berjalan ke kaunter kek. Lepas buat pilihan kek, dia terus jalan ke kaunter pembayaran. Aku pun pergi ke kaunter pembayaran selepas bungkus kek chocolate milik si jejaka.

“Euna mana?” si jejaka tanya masa aku tengah masukkan tart telur dalam plastik. Aku pandang si jejaka yang tengah pandang ke arah dapur. Kiranya si jejaka ni kenal Euna la?

“Tak datang lagi” aku jawab lalu serahkan plastik yang dah berisi pastry dan kek. Si jejaka sambut tapi aku tak lepaskan pegangan aku dari plastik tu.

“Kenapa?” aku tanya. Tetiba nak tahu kenapa dia tanya pasal Euna. Si jejaka tak jawab apa dan terus sentap plastik tu dari tangan aku. Lepastu, si jejaka terus melangkah pergi meninggalkan Soft Heart. Ganas betul budak tu.

 

 

Minggu depan. Hari yang sama.

Sebaik saja Soft Heart dibuka, seorang jejaka melangkah masuk.

 

Si jejaka buat benda yang sama macam minggu lepas. Dia pandang sekeliling kedai. Bila mata aku dan dia bertembung, baru dia ambil dulang dan penyepit. Si jejaka beli satu jenis roti, satu tart telur dan sepotong kek, macam minggu lepas. Dia memang suka tart telur kot.

“Betul ke Euna kerja sini?” si jejaka tanya masa aku tengah masukkan tart telur dalam plastik. Aku pandang jejaka depan aku. Dia ni memang suka tanya soalan masa aku tengah masukkan makanan dalam plastik eh?

Aku mengangguk dan tersenyum.

“Kenapa tak pernah nampak dia?” tanya si jejaka lagi. Kali ni, suara ni kedengaran lagi tegas. Aku terus paksa sel-sel otak aku untuk berhubung agar jawapan aku tak buat nada suara orang depan aku ni jadi lagi garang.

“Aaaarrr, Euna memang selalu masuk lambat” aku jawab sambil pandang si jejaka. Aku tunggu laa reaksi daripada jejaka depan aku ni tapi hampa. Dia tak bagi aku reaksi apa-apa pun. Angguk pun tak. Bila aku serahkan plastik makanan dia, dia capai dan terus beredar.

Eh, budak ni.

 

 

Minggu depan. Hari yang sama.

Sebaik saja Soft Heart dibuka, seorang jejaka melangkah masuk.

 

‘Dia ni lagi’ bisik hati aku bila mengenangkan betapa jejaka yang masuk ni tak peramah langsung. Aku pergi ke kaunter kek dan duduk kat kerusi yang berdekatan. Macam biasa, si jejaka akan beli sepotong kek dengan tart telur dan satu jenis roti. Kan aku dah cakap yang dia ni suka tart telur.

“Kenapa Euna masuk lambat?” si jejaka tanya bila aku masukkan kek dia ke dalam plastik. Dah agak dah dia akan tanya soalan masa aku masukkan makanan ni dalam plastik. Kekeke. Aku cuba kawal diri aku supaya tak tergelak depan dia dan jawab,

“Euna anak tuan kedai ni sebab tu dia selalu lambat”

Aku pandanglah jejaka depan aku ni. Lagi sekali, dia tak bagi respon apa-apa. Geez. Aku bagi plastik berisi pastry yang dia beli dan dia terus beredar.

 



 

Loceng yang comel tu berbunyi. Aku dan Minhyuk terus pandang ke arah pintu. Seorang gadis dan seorang kanak-kanak melangkah masuk. Kitaorang terus berdiri dan bersedia kat kaunter masing-masing dengan senyuman di bibir.

 

Lepas gadis dan kanak-kanak tu beredar, aku tanya,

“Minggu depan tu dia tanya apa pula?” aku tersipu-sipu malu. Aku duduk kat kerusi tadi. Minhyuk pun duduk.

“Minggu depan tu dia tak tanya apa..” jawab Minhyuk,

“Huh?” aku terkejut dengan apa yang aku dengar.

“Kenapa pula?” aku tanya sebab tak puas hati. Minhyuk jungkit bahu dia. Riak wajah aku terus berubah. Dia berminat kat aku kejap je ke?

“Sebab dia tahu yang Euna tak akan lari dari kedai ni kot..” Minhyuk buat andaian. Aku dah senyum balik. Segan pula bila dengar Minhyuk cakap macam tu.

“Lagi?” aku nak dengar lagi pasal Xiumin. Heheh.

“Lagi..?” Minhyuk berfikir seketika.

 



 

Minggu depan lagi satu. Hari yang sama.

Sebaik saja Soft Heart dibuka, seorang jejaka melangkah masuk.

 

‘Kenapa entah dia tak datang minggu depan’ bisik hati kecil aku sambil pandang si jejaka yang tengah ambil satu tart telur dan letak tart telur tu kat dulang dia. Lepas ambil satu jenis roti, dia menghampiri kaunter kek. Harini, dia pilih kek red velvet.

Si jejaka buat pembayaran. Masa aku masukkan makanan dalam plastik, aku yakin gila yang jejaka ni akan tanya aku sesuatu. Tapi tak. Dia tak tanya apa. Dia senyap je. Ni tak boleh jadi ni.

“Suka Euna ke?” aku tanya memecahkan kesunyian. Aku serahkan plastik yang berisi patry dan kek pada si jejaka. Si jejaka diam sambil memandang aku. Aku senyum. Si jejaka sambut plastik tu dan .. angguk. Aku teruja gila. Sampai terngangalah.

“Waahhh! Serius? Nama apa? Nama apa?” aku tanya dengan gembiranya. Tak sabar nak bagi tau Euna! Kekeke.

“Xiumin” si jejaka jawab. Aku mengangguk-angguk faham sambil tersenyum-senyum.

“Nama apa?” si jejaka tanya dengan nada mendatar. Aku pun jawablah,

“Minhyuk”

Kemudian, si jejaka bagi isyarat tangan supaya aku dekatkan muka aku. Aku pun dekatkan muka aku ke dia. Si jejaka pun dekatkan muka dia ke aku dan bisik,

“Minhhyuk, kalau Euna tahu pasal benda ni, aku jadikan kau bola squash”

 

Tersentap aku.

Bapak scary budak ni.

 



 

Aku ketawa. Seronok pula rasanya bila dapat tahu yang Xiumin pun cakap benda sama kat Minhyuk. Sekurang-kurangnya, ada orang yang kongsi pengalaman yang sama dengan aku.

“Kenapa gelak?” Minhyuk buat muka pelik.

“Xiumin selalu ugut Euna dengan ayat tu” aku cakap. Minhyuk nampak terkejut.

“Serius?! Scary kan?” Minhyuk tanya. Aku angguk dan masih lagi tersenyum.

“Tapi kalau dah selalu kena, okay je..” aku jawab. Riang je hati ni.

 

“Ekh, kejap oppa. Tak apa ke oppa bagi tahu semua ni kat Euna? Xiumin tak marah ke nanti?” aku dah mula cuak. Nanti tiba-tiba dia mengamuk, mati.

“Xiumin cakap boleh bagi tahu” Minhyuk jawab dengan tenang.

“Huh? Tapi kenapa sekarang?” aku tanya.

“Dan sejak tu, kitaorang kenal dan jadi kawan. The end..” Minhyuk menamatkan ceritanya.

“Oppa!” sampai hati Minhyuk tak jawab soalan aku. Minhyuk pandang aku.

“Manalah oppa tahu kenapa. Bersyukur je laa” jawab Minhyuk. Kemudian, dia pergi ke dapur dan cakap,

 

“Tak sangka throwback pun boleh jadi haus gila”

 


 

A/N :

yang upvote tu kann, thankyou. ><

terimakasih pd yg sudi baca, subscribe & komen. ^^

 

 

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..