Kerusi Kosong

Garang.

SATKERUSI KOSONG

 



 

Kawasan loker dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolah Ess Aim High School. Mereka mengambil buku di loker mereka untuk kelas yang bakal bermula. Ada juga yang berborak sambil menyandar di loker. Laluan di kawasan loker tersebut penuh dengan manusia.

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki membuka pintu utama kawasan loker itu. Dia kelihatan seperti baru membuat larian 200m berpagar.

“EXOM!” pelajar lelaki tersebut memberi amaran dan masuk. Pintu utama tertutup dan pelajar lelaki tersebut berdiri sambil sandar di loker berhampiran. Dia masih termengah-mengah.

Tanpa bersuara, pelajar-pelajar di kawasan itu mengosongkan laluan. Pelajar-pelajar  yang baru mendaftar  tercengang. Mereka tak tahu apa yang berlaku. Jadi, mereka hanya mengikut apa yang pelajar senior buat.

 

Semua senyap.

 

“Kenapa ni?” bisik seorang gadis kepada kawannya. Gadis tersebut merupakan pelajar baru. Kawannya itu menjungkitkan bahunya tanda tak tahu.

“Entah, pengetua nak lalu kot” jawab kawan gadis tersebut. Eun A yang berada di sebelah tesenyum dan menggelengkan kepalanya.

 

Pintu utama terbuka.

Semua mata yang wujud di kawasan loker tu memandang ke arah pintu.

 

Seorang jejaka tinggi lampai melangkah masuk kemudian diikuti oleh lima orang jejaka. Jalan dengan gaya yang berlagak, mereka tidak mengendahkan apa yang ada di kiri dan kanan mereka. Segaris senyuman pon tak terukir di wajah mereka yang handsome itu.

“Kenapa kita kena bagi laluan untuk diorang?” bisik seorang pelajar lelaki. Obviously, dia pelajar baru sebab pelajar lama semua tahu sebabnya apa.

“Nak tahu kenapa?” tanya seorang pelajar senior lelaki. Pelajar baru tu hanya memandang pelajar senior tu. Pelajar senior tu ambil pensil case pelajar baru tersebut dan mencampaknya di tengah laluan. Pelajar baru tu terkejut dan terus bergegas mengambil pensil case dia.

Sebaik saja dia berdiri tegak, EXOM sudah pun hampir dengannya.

Kris yang berada di hadapan sekali memandang sekilas wajah pelajar baru tu. Kemudian, Kris memegang muka pelajar baru tu dengan tangan kirinya dan tolak dia ke tepi. Pelajar lain yang berada hampir dengan mereka, cepat-cepat ketepi. Badan pelajar lelaki tu terhayun dan,

 

BAANNGGGG.

 

Badannya terhentak pada loker. Pelajar lelaki itu mengerang kesakitan. Kini, dia terduduk di tepi loker sambil menahan sakit di badannya. Pelajar lain hanya mampu melihat.

“Itulah sebab dia..” bisik pelajar senior yang baling pensil case pelajar baru itu tadi lalu menepuk-nepuk bahu si pelajar baru lalu beredar memandangkan EXOM dah habis guna laluan di kawasan loker tu.

 

“EXOK! EXOK!” jerit seorang pelajar perempuan. Yang si lelaki semua mula beredar bila EXOM dah tak kelihatan. Yang si perempuan mula bekerumun berhampiran pintu utama. Wajah-wajah si perempuan happy gila. Senyum sampai ke telinga bila enam orang jejaka yang dikenali sebagai EXOK masuk ke kawasan loker tersebut.

Mereka terjerit-jerit sebab teruja. Bila EXOK jalan, mereka ekor dari belakang.

EXOK tersenyum manis kepada pelajar perempuan yang berada hampir dengan mereka. Kadang, mereka melamba-lambai. Bila EXOK buat macam tu, semua pelajar perempuan yang nampak akan jadi lagi gila.

Tiba-tiba Chanyeol, salah seorang dari EXOK ternampak seorang pelajar lelaki yang terduduk di lantai. EXOK berhenti berjalan bila Chanyeol menghampiri pelajar yang terduduk di lantai itu. Chanyeol mencangkung. Mata dia dan mata pelajar yang kesakitan itu bertembung. Dengan senyuman yang ikhlas dari hati yang berbunga-bunga, Chanyeol cakap,

“Ini baru sikit” sambil mengusap-usap kepala pelajar baru tu sebab dia tahu siapa yang bertanggungjawab untuk kejatuhan pelajar tu. Pelajar baru tu blur gila.

“Huh?” tu saja yang keluar dari mulut si pelajar baru itu. Chanyeol ketawa kecil lalu tolong pelajar tu berdiri. Suasana gamat bila Chanyeol buat macam tu sebab pelajar perempuan semua terharu. Kemudian, Chanyeol beredar. Ahli EXOK pun mula beredar selepas mereka menepuk-nepuk bahu si pelajar baru itu sebagai tanda sokongan moral.

“Ahh~ baiknya” kedengan suara seorang pelajar perempuan memuji EXOK. Bertapa mereka telah jatuh hati  pada enam jejaka tersebut.

 



 

Di Esss Aim High School, satu form ada enam kelas.

Ketika berumur 15 tahun, EXOM mula terkenal kerana  sentiasa memiliki markah yang tinggi dalam exam dan selalu berada dalam top 20. Tapi, mereka  belajar di kelas yang berbeza walaupun kelas yang pertama adalah untuk mereka semua. Mereka buat tak endah apa yang pihak sekolah cakap. Akhirnya, pihak sekolah mengalah dan turuti kehendak mereka.

Bila EXOK yang selalu juga berada dalam top 20 ni tahu, mereka rasa teruja dan mereka pun buat seperti apa yang EXOM buat. End up, setiap kelas untuk pelajar yang sebaya dengan mereka, akan ada seorang ahli dari EXOM dan seorang ahli dari EXOK. Dua tahun berlalu dan mereka masih mengekalkan apa yang mereka buat tu.

 

Kelas pertama, Kris dan Chanyeol.

 

Kelas kedua, Xiumin dan Suho.

 

Kelas ketiga, Luhan dan Sehun.

 

Kelas keempat, Chen dan Baekhyun.

 

Kelas kelima, Lay dan Kai.

 

Kelas keenam, Tao dan D.O

 



 

Waktu rehat baru saja tamat.

Pelajar-pelajar mula kembali ke kelas masing-masing.

 

Eun A berjalan menuju ke kelas pelajar baru ditemani kawan baiknya, Iseul. Sebaik saja sampai di kelas yang pertama, Eun A masuk ke dalam kelas tersebut. Dia lihat sekeliling.

“Heellloooo!” Eun A kata sambil melambai-lambai pada pelajar-pelajar baru tersebut. Semua aktiviti mereka terhenti. Mereka semua memandang ke arah Eun A. Eun A tersenyum riang macam kanak-kanak baru dapat lolipop.

“Lepas habis kelas, jangan balik dulu tau. Kumpul dekat dewan. Ada someting important yang nak disampaikan” Eun A cakap bila dah dapat perhatian daripada semua pelajar dalam kelas tu. Iseul jenguk ke dalam kelas untuk melihat reaksi budak-budak baru tu. Mereka semua mula bising semula.

“Kenapa unnie?” tanya seorang pelajar perempuan. Muka dia blur gila. Iseul tergelak kecil tengok budak tu. Eun A senyum je.

“Jangan lupa bagi tahu yang lain. Kalau ahli tak cukup, mungkin akan ada yang kena baling ke loker lagi” Iseul bagi amaran. Eun A angguk-angguk setuju. Budak perempuan yang tanya tadi terus angguk. Riak muka dia nampak cuak.

“Okay bye” Eun A cakap lalu keluar dari kelas dan tarik tangan Iseul ke kelas yang lain. Mereka ulang apa yang mereka katakan di kelas pertama pada semua kelas pelajar baru. Habis je, Eun A dan Iseul terus berlari naik ke kelas. Sampai je kat tingkat tiga, mereka nampak Xiumin dari jauh.  Xiumin sedang berdiri sambil baca apa yang tertulis di papan kenyataan yang berdekatan.

 

“Ahhh~, cool gila” bisik Iseul ketika mereka masih jauh lagi. Eun A ketawa kecil.

“Kau ni, dah lama hidup ke?” bisik Eun A lalu tarik tangan Iseul masuk ke kelas cepat-cepat. Sebaik saja Eun A dan Iseul masuk, Suho keluar.

“Umin~ masuk, masuk” ajak Suho. Sebagai ketua kelas, dia harus pastikan yang jumlah pelajar dalam kelas dia cukup sebelum sesi pembelajaran bermula. Pelajar lain yang berada di dalam kelas semua senyap dan memandang mereka berdua.

Mereka perhati je Suho. Sometimes, ada yang jenguk kat luar untuk tengok reaksi Xiumin. Ada juga yang berbisik-bisik tentang bertapa untungnya Suho sebab boleh memberi arahan pada  Xiumin tanpa rasa gentar. Siap panggil dengan panggilan manja lagi.

Xiumin pandang Suho. Suho senyum nampak gigi. Dengan satu jelingan, Xiumin melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di tempatnya – di belakang sekali di barisan tengah.

“Yeahhh, semua cukup” Suho cakap bila dia masuk ke kelas sambil tepuk tangan. Semua senyum kecuali Xiumin. Ada yang dah nak tepuk tangan sama dengan Suho tapi dihalang oleh orang sebelah dia sebab Xiumin tak suka kelas yang bising.

Sebagai classmate Suho, mereka semua gembira kerana Suho baik, peramah dan sebagainya. Suho mengeluarkan aura yang disenangi ramai. Tapi bila mereka ingat je yang mereka juga classmate EXOM Xiumin, mereka mula rasa risau dan sebagainya. End up, emosi mereka jadi tak stabil. Ini dipraktikkan untuk semua kelas pelajar yang berumur 17 tahun ni. Dari kelas 5-1, 5-2 dan seterusnya sampai 5-6.

 

Suho duduk di tempat dia and cakap dekat diri sendiri,

“Lambat pula cikgu kita masuk” Suho mula berfikir. Kemudian, dia pergi ke depan kelas dan tengok pada jadual yang ada. Mulut suho ternganga sikit. Tak sangka dia boleh lupa yang lepas rehat, mereka kena pergi lab. Dia patutnya dah hafal dah jadual.

Suho pusingkan badannya utuk bagi tahu yang lain.

“Kauorang, kita kena pergi lab. Cepat, cepat. Dah lambat ni” Suho cakap and segera ke tempat dia untuk masukkan barang dalam beg. Yang lain pun buat benda yang sama kecuali Xiumin sebab dia tak keluarkan apa-apa dari beg dia. Semua dah siap kemas. Ada yang dah berdiri and bersiap sedia nak keluar kelas tapi tak ada seorang pun yang bergerak dari tempat masing-masing walaupun mereka kena cepat.

Xiumin berdiri. Dia masukkan kerusi ke bawah meja and berjalan keluar kelas. Suho cepat-cepat mengekori Xiumin yang berjalan dengan tenang. Kemudian, yang lain mula keluar kelas. Tak ada siapa pun yang berani jalan dekat dengan Xiumin and Suho.

 

“Kamu lambat” kata seorang cikgu yang sedang duduk di mejanya dan menyelak-nyelak sebuah buku bila Xiumin dan Suho masuk. Mereka senyap je.

Oleh kerana Xiumin dan Suho masuk dulu, mereka dapat tempat dulu. Suho duduk di meja hadapan manakala Xiumin duduk di meja belakang sekali. Yang lain masuk and mula penuhkan tempat duduk. Orang-orang yang terakhir mula rasa tak selesa sebab kena duduk berhampiran dengan Xiumin yang ada aura macam nak makan orang.

 

“Ada tempat kosong lagi tak?” tanya Eun A. Semua senyap. Then ada satu suara jawab,

“Tak ada laa”

Eun A buat muka sedih. Iseul pun buat muka sedih walaupun dia dah ada tempat duduk. Eun A bagi Iseul pengang beg dia.

“Saya pergi ambik kerusi ekh” Eun A meminta kebenaran pada si cikgu. Cikgu tu angguk je. Eun A terus keluar dari lab and berjalan ke lab yang lain. Dengan berhati-hati, dia jenguk ke dalam lab yang lain tu kot-kot ada kerusi kosong. Tapi hampa.

 

Sementara tu, Xiumin yang berada di lab berdiri. Bunyi kerusi yang dia tolak kebelakang itu dengar satu lab. Cikgu tu pandang Xiumin.

“Kamu nak pergi mana tu?” tanya si Cikgu. Xiumin sandang beg dia and pergi ke hadapan kelas, dekat dengan meja cikgu tu. Xiumin pandang wajah cikgu tu. Mata mereka bertentang. Kemudian tanpa wajah yang manis, Xiumin cakap,

“Kalau nak mengajar buat cara nak mengajar” wajah cikgu tu berubah. Mulut si cikgu ternganga sebab terkejut dengan keberanian si pelajar.

“How dare you!” cikgu tu bersuara kuat lalu berdiri. Xiumin buat tak endah dan menghampiri Suho.

“Kau tahu mana nak cari aku” Xiumin cakap dan terus pergi. Suho melambai-lambai pada Xiumin yang melangkah keluar dari lab. Pelajar yang lain senyap je sebab scene ni diaorang dah biasa tengok.

 “HEY! Kamu nak pergi mana tu?!” tanya cikgu tu. Dia mula berdiri and nak keluar lab untuk kejar Xiumin tapi Suho cepat-cepat halang laluan cikgu tu.

“Kamu ni dah kenapa?! Kamu bersekongkol dengan dia ya?!” tanya cikgu tu dengan garang. Suho sengih je.

“Cikgu, bila nak start belajar?” Suho tanya. Senyuman masih kekal diwajahnya. Wajah cikgu tu yang kelat mula berubah.

“Apa?” cikgu tu tanya sebab macam tak percaya apa yang dia dengar.

“Kauorang tak sabar nak belajarkan?” Suho tanya pelajar yang lain. Cikgu tu memandang anak muridnya yang baru hari ni dia jumpa. Semua jawab,

“Yaaaaaa~” cikgu tu tak tahu nak respon macam mana sebab pelajarnya buat tak endah dengan apa yang telah berlaku. Macam tak ada apa-apa yang berlaku walaupun baru je seorang pelajar keluar dari lab ni tanpa alasan yang kukuh. Cikgu tu tengah berada dalam keadaan yang confuse. Perlahan-lahan, si cikgu kembali ke tempatnya.

Suho hembus nafas lega. Sebaik cikgu ni tak mengamuk.

 

Xiumin berjalan menghampiri Eun A yang tengah terjenguk-jenguk dekat lab pelajar lain. Bila dengar tapak kaki semakin kuat, Eun A toleh ke belakang. Eun A terus kaku bila nampak seseorang yang dia kenal jalan dengan handsome sekali ke arahnya. Dia berdiri tegak dan cuba tak pandang Xiumin.

Xiumin berhenti berjalan betul-betul kat sisi Eun A. Eun A ketap bibir sebab dia takut kot kot dia akan kena baling ke dinding. Eun A menggenggam erat tangannya sambil berdoa dalam hati agar dia tak dicederakan.

“Pergi duduk tempat aku” arah Xiumin dengan suara mendatar tanpa memandang Eun A.

“Hahh?” Eun A terkejut lalu dia memandang Xiumin. Tapi dia cepat-cepat alihkan pandangannya. Kemudian, Xiumin beredar meninggalkan Eun A yang terpingga-pingga. Eun A memandang Xiumin yang berlalu pergi dengan mata terkebil-kebil.

 

Eun A masuk ke lab dan duduk di tempat Xiumin. Wajahnya masih lagi mengekalkan riak terkejut. Iseul datang menghampiri Eun A dan tanya banyak soalan tapi Eun A senyap je. Dia tak jawab apa-apa sebab terasa bagai mimpi bila salah seorang ahli EXOM berkomunikasi dengannya. Lagipun, dia tengah sibuk fikir tentang apa yang Xiumin buat. Nak cakap yang mungkin Xiumin dah berubah jadi baik .. tapi macam jauh lagi je.

Eun A sibuk berfikir sampaikan cikgu yang mengajar pon Eun A tak endahkan. Iseul beredar bila cikgu suruh dia duduk tempat dia balik. Sepanjang kelas Eun A senyap je. Mulut dia terasa berat untuk ceritakan apa-apa.

 

‘Xiumin..buat baik kat aku. Takutnya’ bisik hati kecil Eun A bila teringat kebaikkan yang terasa asing baginya. Wajahnya berubah jadi macam orang yang tengah makan gula-gula masam.

 



 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..