Tarik

Garang.

SE PULUH : TARI K

 



 

KRRRIIINNNGGGG.

Loceng berbunyi dengan kuat menandakan waktu persekolahan dah habis.

 

Aku apa lagi.

Segera masukkan buku dan peralatan perang aku dalam beg. Ceyy. Perang laa sangat. Aku tak padang langsung cikgu kat depan tu. Biarlah apa pun yang berlaku. Yang aku tau, aku nak keluar kelas ni secepat mungkin.

Perasaan janggal dan bunga-bunga mengada bila duduk sebelah Xiumin ni merimaskan.

Aku pandang Iseul masa aku tengah zip beg aku. Tinggal sandang beg je hahh sebelum aku keluar. Iseul pun tengah pandang aku. Kitaorang sama-sama senyum. Aku tengah sandang beg bila tiba-tiba rasa kaki aku kena pijak. Aku terus terkaku. Tak sakit pun, cuma terkejut.

 

Aku diam je.

Riak wajah aku berubah.

 

Aku macam tau-tau je yang Xiumin tak bagi aku keluar dulu. Aku pandang je Iseul bila dia jalan keluar kelas. Bila Iseul toleh, aku bagi sign supaya dia tunggu aku juga sebab aku tahu, Xiumin tak akan minta benda buka-bukan seperti dia nak balik dengan aku. EXOM memang akan gerak sama-sama dari kelas and jalan keluar dari kawasan sekolah. Then baru berpisah ikut jalan masing-masing.

Tapi kalau Xiumin nak jalan balik dengan aku pun okay jugak. Muehehehe.

Gatai.

 

Iseul dengan muka sedikit kecewa, angguk dan beredar. Aku pandang je Iseul berlalu pergi. Aku tak berani pandang Xiumin yang masih letak kaki dia atas kaki kiri aku.

So, aku pandang pelajar-pelajar yang lalu lalang. Tak pun, yang keluar dari kelas ni sebab nak elakkan dari rasa janggal. Aku pandang je pelajar yang tengah menyapu kat depan. Betapa gigihnya dia menyapu dengan kipas belakang ni terbuka. Xiumin tak ada cakap pun jangan tutup kipas belakang ni. Takut betul diaorang dengan Xiumin.

 

Xiumin angkat kaki dia dari kaki aku.

Yeahh, dah boleh balik! Aku dah senyum balik. Aku dah bersemangat nak berdiri tapi Xiumin pijak balik kaki aku. Patah semangatku. Then Xiumin angkat kaki dia. Sebabkan semangat dah patah, aku duduk je. Kalau tetiba dia letak kaki dia atas kaki aku lagi, tak adalah aku kecewa lagi. Hmm.

Lama juga Xiumin alihkan kaki dia. Tak lama lepas tu dia,

Pijak.

Pijak.

Pijak.

Angkat lama sikit.

Pijak.

Pijak.

Pijak.

Angkat lama sikit.

 

Aku rasa macam rentak orang panggil suruh pandang.

Aku pun toleh kiri terus.

Kenapa tah boleh seberani tu.

 

BAPAK KAU.

 

Muka Xiumin dekat gila. Terkejut aku!

Muka heartless dia tu dekat gila dengan muka aku. Mana tak terkejut. Cuba senyum sikit. Eh, tak payah, tak payah. Kalau senyum, mau aku menjerit sebab lagi scary. Tetiba terbayangkan muka Xiumin macam muka Joker.

“Pandang pun kau” Xiumin cakap. Berdebar habis. Aku hanya mampu telan air liur je. Kemudian, Xiumin duduk dalam posisi biasa dan sandang beg dia. Xiumin berdiri dan pandang aku. Aku tertunduk. Bukan sebab takut tau. Kali ni, sebab segan.

Xiumin usap kepala aku. Aku tak bergerak langsung. Aku suka perasaan ni. Entah kenapa, deep inside, aku rasa yang Xiumin sayang kat aku. Xiumin tolak kerusi dia ke belakang dan berjalan ke pintu kelas. Aku angkat kepala dan pandang Xiumin.

 

Kan best kalau dia betul-betul sayang kat aku.

 

 

Kipas belakang masih berpusing. Pelajar yang bertugas baru je keluar dari kelas. Aku memang cadang nak keluar tapi memandangkan Xiumin berdiri kat pintu dan EXOM akan lalu kejap lagi, aku matikan niat murni aku tu. Nanti kena langgar lagi. Sakit weh jatuh tangga haritu. Berdebukk macam nangka masa jatuh tuh.

Jap. Aku dapat rasakan aura EXOM.

Aku pun toleh ke kanan. Melalui cermin tingkap kelas yang dah dilap tu, aku mengesahkan yang ahli EXOM lalu. Haish, handsome gila diaorang. Nampak cool gila bila diorang jalan ramai-ramai macam tuh. Memang jatuh hati laa gadis-gadis bila tengok diaorang. Kalau diorang tak segarang sekarang, maybe diaorang ada ramai peminat macam EXOK.

Tiba-tiba Luhan menoleh. Mata aku dan mata Luhan bertembung.

Aku terus tunduk.

 

Takut.

 



 

Malam.

 

“GAAHHHH” aku menjerit sambil tutup muka kat bantal. Then, aku baring betul-betul balik. Aku pandang siling bilik aku sambil tersenyum-senyum. Lepasu aku golek-golek kat katil. Lepastu teringat betapa dekatnya muka Xiumin dengan muka aku.

“GAAHHHH” aku jerit lagi. Suka sungguh aku hari ni. Lepastu teringat pula yang Xiumin main pijak-pijak manja kaki aku. Aku menjerit suka lagi. Aku peluk bantal peluk aku kuat-kuat sambil terbayangkan muka Xiumin. Teringat lagi yang Xiumin usap kepala aku. Aku pegang kepala aku and senyum sorang-sorang.

 

Tiba-tiba mama merempuh masuk ke dalam bilik aku. Aku terus terduduk. Mama nampak cuak dan termengah-mengah macam baru buat larian pas baton.

“Kenapa mama?” aku tanya. Tapi mama tak jawab. Mama meluru masuk dan jalan ke arah aku.

“Kamu okay tak?! Mama dengar kamu terjerit-jerit dari tadi” mama tanya. Muka mama nampak risau gila. Aku sengih je pandang mama and cakap,

“Tak ada apa mama. Semua baik-baik saja cuma harini hati terlebih gembira” Riak wajah mama berubah terus bila aku cakap macam tu.

“Laa. Ingatkan apa tadi” mama cakap dan bagi jelingan kurang-asam-punya-budak-buat-penat-je-aku-berlari.

 

Aku buat sign peace.

 

“Eh, mama tak jaga kedai ke?” aku tanya dengan dahi berkerut. Pelik pula bila mama ada kat rumah. Selalunya sekarang ni mama ada kat Soft Heart dengan papa.

“Kamu tu tak jaga kedai ke?” mama tanya balik. Aku senyum dan buat sign peace. Mama pun buat sign peace sambil tersenyum. Kemudian, mama keluar dari bilik aku.

 

Aku mengangguk faham.

Sama macam aku, mama pun curi tulang.

 



 

Khamis. Sekolah dah habis.

 

Aku dalam perjalan pulang ke rumah sorang-sorang. Aku berjalan sambil goyang-goyangkan kepala aku agar rambut yang aku ikat satu ni berayun ke kiri dan kanan. Heheh.

Harini aku ikut jalan jauh. Angin apa entah yang buatkan aku rasa nak ikut jalan lain. Mungkin sebab hujan baru je berhenti. Rasa udara ni segar je.

Iseul ? Dia nak sampai rumah awal. Sebab tu laa dia tak join venture dengan aku. Iseul nak balik cepat sebab .. erm, takde sebab pe cuma dia malaih terlebih harini.

Aku hirup udara segar.

 

Eehhhh, kedai runcit!

Aku masuk ke dalam kedai runcit yang kecil tapi tak berselerak ni. Aku mendekati peti ais dan ambil setin air minuman yang sejuk. Aku bayar air tin tu kat kaunter pembayaran. Pakcik yang jaga kaunter tu senyum je. Aku pun balas senyuman pakcik tu dan keluar daripada kedai.

Depan kedai tu juga aku buka air tin tu. Aku hirup sikit air tin tu. Lepastu aku sambung jalan balik ke rumah. Aku pandang langit yang mendung dan teguk air tin lagi. Aku hirup udara segar ni dalam-dalam. Suasana yang damai ditambah dengan tak ada orang kat sekeliling ni buat aku rasa nak berangan sikit. Berangan sambil berjalan. Muehehe.

 

Berangan, take one, action.

 

Jap. Segan laa pula. Balik semula, balik semula.

Tarik nafas dalam-dalam.

 

Berangan, take two, action.

 

Tiba-tiba Xiumin datang dari belakang, Xiumin terus bagi back hug.

Aku terus tergelak. Extreme betul angan-angan tu. Cuba laa realistic sikit. Nampak sangat gatalnya disitu. Aku teguk sikit air tin aku. Okay, kali ni bagi real sikit itu berangan.

 

Berangan, take three, action.

 

Tiba-tiba Xiumin datang dari belakang. Tanpa pandang aku, Xiumin berjalan kat sebelah aku dengan muka heartless dia tu. Aku terhenti sebab terkejut dan pandang muka dia yang heartless tu. Heartless pun comel tau. Haha.

Lepastu, Xiumin tarik tangan aku supaya kitaorang jalan sama-sama. Xiumin hantar aku balik. Ehh, tak nak laa. Xiumin tarik tangan aku dan kitaorang pergi makan aiskrim. Jap, jap. Kedai aiskrim jauh. Hmm.

Haah! Kat depan tu ada taman.

Xiumin tarik tangan aku and kitaorang pergi kat taman depan tu. Kitaorang duduk kat kerusi bawah pokok yang rendang. Aku senyap je. Xiumin pun sama. Rasa segan sangat. Aku pun pandang Xiumin. Xiumin pun pandang aku. Eh, tak nak laa macam tu.

Xiumin pandang aku. Then, aku pun pandang Xiumin malu-malu. Xiumin pun malu-malu. Muka dia merah. Lepastu Xiumin cakap kat aku dengan suara lelaki dia tu,

“Euna, aku suka kau”

 

“GAAHH. Comel gila!” aku cakap sambil letak kedua telapak tangan aku kat pipi. Senyum sampai ke telinga kau. Tetiba rasa rambut aku kena tarik. Tersentak aku dibuatnya.

“Aaaaa!” aku menjerit sebab aku kebelakang secara paksa rela. Bersusah payah aku cuba selarikan langkah kaki aku yang kebelakang ni dengan daya tarikan. Bila rambut aku dilepaskan, aku berdiri kaku sebab aku masih dalam keadaan terkejut.

Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang.

 

Terkebil-kebil aku memandang orang belakang aku ni. Bukan dia balik guna jalan lain ke ? kenapa dia ada kat sini ? setahu aku, budak-budak EXOM tu tak ada yang balik guna jalan ni.

Cuba teka siapa yang tarik rambut aku tadi?

Xiumin?

SALAH. Kahkahkah.

 

Tak adalah. Memang Xiumin pun.

 

“Woi, berangan ke apa?” tanya Xiumin. Aku terus tersedar dari lamunan aku. Aku pandang Xiumin dan terkebil-kebil.

“Kau buta ke apa?” tanya Xiumin tiba-tiba dengan nada tegas nak mati. Terkejut aku dibuatnya.

“Tak nampak lobang depan tu?” tambah Xiumin. Aku terus pusing belakang. A’ah laa, ada lobang. Siap dengan air bertakung lagi. Uishh, sebaik tak terpijak.

Aku toleh pandang Xiumin yang dah berdiri kat sebelah aku. Aku ingat nak cakap terima kasih tapi bila aku pandang tu Xiumin tengah pandang aku, tak jadi weh. Aku terus alih pandangan. Berdebar terus hati ni. Hati ke jantung? Apa-apa je lah.

“Jom” Xiumin bersuara tegas lalu jalan ke depan. Aku pun membontoti Xiumin. Macam dah terbiasa pula ikut arahan dia.

“Sebelah aku” Xiumin cakap. Aku pun mempercepatkan langkah agar aku dapat jalan sebelah Xiumin. Sepanjang perjalanan tu, kitaorang senyap je. Dalam diam, aku menikmati rasa suka sebab dapat jalan balik dengan Xiumin.

“Kenapa guna jalan ni?” aku tanya sesopan yang boleh untuk matikan kabisuan ini. Sebenarnya aku dah nampak rumah aku dari sini. Kalau tiba-tiba Xiumin mengamuk, aku boleh terus lari masuk rumah.

Aku pandang Xiumin perlahan-lahan.

“Suka hati aku laa. Kau apa hal?” Xiumin jawab tanpa pandang aku pun. Nada suara dia garang macam biasa. Tapi dari sebelah dia ni, aku boleh nampak yang Xiumin macam segan. Muka dia pun dah merah-merah. Aku tergelak kecil.

“Comel” aku bisik kat diri sendiri. Lepastu terasa rambut aku kena tarik sikit. Aku terus terhenti dan pandang Xiumin. Kemudian aku pandang depan kat tar. Tak ada lobang pun. Kenapa dia tarik rambut aku?

“Kenapa?” aku tanya pada Xiumin. Xiumin hanya gelengkan kepala dan jalan tinggalkan aku. Sebaik jarak ke rumah aku tinggal empat buah rumah je. Kalau tak, aku nak merajuk dengan Xiumin. Aku tergelak kecil lagi. Segan pula bila berangan macam tu.

“Woi, apa lagi tu?” tanya Xiumin yang dah berdiri kat depan rumah aku. Aku terus berlari anak ke arah Xiumin.

 

“Malam ni buat apa?” Xiumin tanya sebaik saja aku berdiri depan dia. Aku terus berdebar. Haish, lemah betul hati ni. Dia nak ajak aku keluar ke? Kan best kalau dia nak dating dengan aku. Muehehe.

“Tak ada apa” aku jawab.

“Tak buat kerja sekolah ke?” Xiumin tanya.

 

BUUKK.

 

Tertusuk hati aku dengan anak panah perli daripada Xiumin.

Kurang asam punya Xiumin! Aku punyalah beria berangan. Sekali dia perli aku?

“Jangan mengumpat aku dalam hati, aku boleh dengar” Xiumin cakap. Aku terus tertunduk. Lepas tu, dengar Xiumin ketawa kecil. Aku pun dongak laa nak pandang sebab jarangkan dapat peluang tu. Bila aku pandang je, Xiumin terus buat muka serius tahap gaban dia tu.

Aku terus rasa geli hati dan ketawa.

Pandai Xiumin bergurau.

Harini happy gila. Kena tulis dalam diari ni fasal hari ni. Bertapa berbunga-bunganya hati sampai terlupa minum air tin aku. Nak kena tulis detail habis.

Tapi ada satu masalah.

 

Aku tak ada diari.

 



 

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku buka kasut dan susun kasut tu kat tepi dinding. Kemudian, aku terus ke ruang tamu dah melabuhkan punggung kat sebelah Luhan. Aku bersandar kat sofa dengan senyuman di bibir.

“Lambat balik” tegur Luhan. Aku tak balas apa. Senyum je. Kemudian, aku capai mug yang ada atas meja dan teguk air tu. Aku pandang Luhan dengan senyuman di bibir lepas letak mug tu kat meja balik.

“Kau dah kenapa, Umin?” tanya Luhan. Aku masih tersenyum. Luhan geleng-gelengkan kepala dia.

“Janji kau macam mana?” Luhan tanya lalu dia capai remote control tv dan tukar siaran tv. Entah cerita apa laa yang dia nak tengok.

“Dalam process” aku jawab. Luhan pandang aku. Aku pun pandang laa Luhan balik.

“Ikhlas?” tanya Luhan dengan riak wajah risau dia tu.

“Dari hati..” aku jawab sambil menepuk-nepuk peha Luhan.

 

 

 



 

a/n :

guys, terima kasih sebab setia menunggu update cerita ni. ><

sedih sebab dah ada yg unsubscribe. T.T

THANKS FOR THE SUPPORT !

 

 

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..