Tolak Satu

Garang.

TIGA BELAS  TOLAK SATU



 

Aku terus balik ke rumah walaupun waktu sekolah belum habis.

Cikgu yang tengah ajar pasal Sejarah tadi terdiam bila aku melangkah masuk ke dalam kelas dalam keadaan berdarah semua. Aku tahu anak mata cikgu tu melekat kat aku. Aku terus pandang cikgu tu. Menggelabah terus dia dan sambung mengajar. Aku buat tak tahu saja dan kemas barang aku. Kemudian, aku beredar balik ke rumah.

 

“Kris dah balik..” aku cakap. Suara aku perlahan je. Aku tolak daun pintu tu dan masuk. Aku buka kasut dan susun kat tepi dinding. Semua aku lalukan dengan perlahan kerana badan aku sakit-sakit.

Mama menjenguk dari dapur.

“EEEHHH! Anak mama dah balik?” mama punyalah terkejut. Aku senyum je. Bila nampak keadaan aku yang agak parah ni, mama cepat-cepat tutup api kat dapur. Mama lap-lap tangan dia kat apron. Kemudian dia tanggalkan apron dan jalan ke arah aku dengan laju. Aku tunggu je mama datang.

Mama tengok aku dari atas sampai bawah dan tanya,

“Anak mama ni dah kenapa?”

Berkerut dahi mama. Aku ketawa kecil. Comel je mama aku ni.

“Gelak pula dia. Pergi sekolah untuk belajar, bukan untuk bertumbuk. Kan mama dah suruh kamu cari alasan. Bukannya cari pasal. Kamu tahu tak beza dia?” bebel mama. Aku mengangguk dan masih tersenyum. Kemudian aku jawab,

“Kris dah jumpa dah alasan tu mama. Alasan tu tough sangat sebab itulah Kris macam ni. Sekurang-kurangnya nanti, sakit kat badan ni boleh kurangkan rasa pedih kat hati ni ..”

Tiba-tiba aku rasa sebak.

“.. bila kita tinggalkan tempat ni”

Mama pandang aku dengan penuh kasih sayang.

“Maafkan mama sayang” mama cakap.

“Tak, mama tak salah. Mama buat ni pun untuk Kris kan?” aku cakap sambil tersenyum. Mata aku dah berkaca. Aku berlalu naik ke bilik.

 

Aku masuk ke dalam bilik aku yang hampir siap kemas. Tinggal barang pakai untuk harini dan esok. Kotak bertingkat-tingkat. Macam-macam saiz ada.

Aku mendekati katil aku dan labuhkan punggung aku kat tilam yang empuk tu. Aku perhatikan gambar berbingkat kat tepi bantal aku. Perlahan-lahan aku capai. Lama aku tenung gambar tu. Gambar tu adalah gambar kami berenam. Gambar EXOM waktu mula-mula ditubuhkan.

Aku mula sebak.

Bila tengok gambar ni, terus flashback kenangan-kenangan terindah kitaorang. Gaduh sana, gaduh sini sampailah tak ada kumpulan lagi nak dibuat gaduh. Gaduh dengan budak-budak sekolah sajalah tak adalah sampai gangster yang sanggup bunuh orang tu.

Aku tengok seorang demi seorang. Muka semua budak-budak lagi. Kecuali Luhan. Muka dia sejak baby tak berubah. Kekeke.

Aku akan tinggalkan kawan aku yang aku kenal sejak tingkatan satu. Walaupun tempoh kenal Luhan dan Xiumin tak sama macam yang lain, tapi aku anggap diaorang sama je. Kitaorang rapat. Belajar sama-sama, cari jalan supaya tak kena buli dengan senior, ajar masing-masing cara bertumbuk, buat lagu untuk hafal formula dan macam-macam lagi.

 

Aku kesat air mata aku yang mengalir.

 

“Macam perempuan dah” aku kutuk diri sendiri.

Aku tak nak tinggalkan kawan-kawan aku. Tapi aku tak boleh. Aku harus ikut mama ke Kanada. Syarikat mama bagi mama peluang kerja kat Kanada. Kalau aku tak ikut, akan mama nak tinggal seorang? Kalau aku tak bagi mama pergi, macam mana hidup kami nak maju. Kan?

Itulah persoalan yang aku dapat bila fikiran aku dah waras sikit.

 

Papa?

Papa dah lama tak ada.

Tak payah ceritalah.

 

Mula-mula tu aku memang memberontak. Remajakan? Darah panas. Menggelegak.

Aku bersungguh taknak pindah. Mama pun bersungguh pujuk aku. Tapi aku berdegil. Satu hari, mama bagi cadangan,

“Kris carilah alasan untuk tinggalkan tempat ni” lembut je mama cakap. Aku marah gila dulu. Tak setuju langsung dengan cadangan mama tu. Nak tunjukkan protes, aku terus keluar rumah walaupun hari dah malam. Aku merungut je sambil melangkah entah kemana.

Bila aku berhenti berjalan, aku dah sampai kat taman kawasan perumahan sebelah. Aku masih belum habis merungut. Aku pergi ke buaiyan dan duduk kat buaiyan tuh. Aku merungut punya merungut sampailah waras aku datang.

Sejak tu, ayat mama yang suruh aku cari alasan tu kerap terngiang kat telinga aku. Penat aku nak cari alasan untuk tinggalkan tempat ni. Tapi tak boleh. Aku tak retilah.

Tak lama lepas tu, gosip pasal Xiumin dan Euna mula keluar. Gosip yang Xiumin tunggu Euna kat tangga tu. Aku bengang nak mati. Dah laa tengah serabut nak cari alasan, boleh pula Xiumin buat hal. Bila dah balik rumah lepas aku marah Xiumin tu, aku cuba tenangkan diri aku. Aku kan ketua. Ketua kenalah rasional. Aku mula berfikir.

Mungkin aku boleh jadikan isu ini sebagai alasan.

 

Terpesong sungguh kan?

 

Umin tak pernah salah. Umin tak ada salah apa-apa. Ya, dia dah langgar protokol sebagai ahli EXOM tapi dia juga manusia. Manusia buat salah dan manusia jatuh hati. Aku masih ada otak untuk aku fikir benda remeh tu. Tapi kalau aku terus berfikiran macam tu, aku tak akan dapat cari alasan untuk keluar dari kejiranan ni.

Masa pula makin suntuk.

Aku terpaksa sempitkan ruang permikiran aku supaya aku boleh pergi dengan baik. Tak rela, tapi cara baik. Tapi tak adalah baik sangat pun. Aku dah sakitkan hati Xiumin.

Sorry Umin, aku memang selfish.

Aku terpaksa.

 

 

“Kris” mama panggil nama aku sambil ketuk pintu. Mama buka pintu bilik aku dan pandang sekeliling. Aku pandang je mama.

“Buat apa lagi tu? Habiskan kemas ni cepat. Lepastu turun makan. Esok pagi-pagi lori sampai” mama cakap bila tengok aku duduk je kat katil. Kemudian, mama tutup pintu bilik dan beredar.

Dan aku masih duduk kat katil ni dengan gambar kami berenam kat tangan.

 

Mata aku berkaca.

Aku pejam mata dan air mata aku mengalir.

 

Guys, maafkan aku.

 

 

 

 
 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..