Jatuh Tangga

Garang.

EMPAT  :  JATUH TANGGA

 



 

Pagi Ahad. Hari masih lagi gelap. Hanya beberapa buah kereta yang lalu lalang. Lampu jalan setia terangi jalan. Angin bertiup lembut tapi kesejukan dia kemain lagi.

 

Aku berjalan ke Soft Heart seorang-seorang. Sebab setiap hari ahad mama dengan papa cuti. Kiranya dekat kedai hanya tinggal aku dengan Minhyuk je laa.

Aku melangkah masuk  ke Soft Heart ikut pintu depan sebab mama tak bagi guna pintu belakang. Lepas tu, aku kunci balik pintu tu. Kawasan dapur dah diterangi lampu. Aku berjalan perlahan mendekati Minhyuk yang tengah sibuk keluarkan dulang yang berisi roti dari salah satu tempat pembakar. Mata kami bertembung. Minhyuk senyum kat aku. Aku pun balas senyuman Minhyuk.

“Awal harini” tegur Minhyuk. Aku sengih je. Nak buat macam mana, mama paksa aku bangun awal. Lepas tu ugut kalau aku tak pergi kedai awal, mama tak bagi aku makan macaroni and cheese yang akan mama masak untuk makan malam. Macaroni and cheese tu bukanlah makanan kegemaran aku cuma bila mama dah sebut, terus teringin.

“Apa lagi yang belum siap?” aku tanya sambil berdiri kat hujung meja. Minhyuk ketawa kecil dan cakap,

“Ni dulang pertama yang siap”

“Ouh, yeke..” aku segera tolong Minhyuk keluarkan roti dari pembakar lain. Kemudian, aku bakar roti-roti yang mama dan papa dah siapkan tu. Minhyuk beralih pula kearah kek. Dia uruskan bahagian kek manakala aku bahagian roti. Kadang, masa tengah tunggu roti, aku kacau Minhyuk. Yelaa, kalau aku tertidur macam mana?

 

“EunA” panggil Minhyuk. Aku yang tengah tenung roti-roti yang menggugat nafsu, menoleh.

“Ya?”

“Dekat pukul 8.00 pagi dah. Boleh laa mula susun roti-roti tu kat depan” arah Minhyuk.

 

Aku pun susun roti-roti yang dah siap dibakar kat depan. Bila roti yang terakhir dah siap, aku berhenti susun and keluarkan roti dari tempat bakar. Kemudian, aku sambung balik susun roti-roti yang belum disusun tu. Minhyuk mengeliat sebaik saja dia habiskan kerja dia. Dia pun susun kek-kek kat kaunter kek.

Aku tengah susun roti dari dulang yang terakhir bila aku perasan ada seorang jejaka membongkokkan badan kat luar kedai melalui hujung mata kiri aku. Aku pandanglah. Aku terkejut bila lihat Xiumin tengah tengok roti dari luar kedai melalui pemisah kaca. Aku terkesima melihat riak wajah dia yang tengah perhatikan roti tu. Xiumin kerutkan dahi, sengetkan kepala dan dia nampak keliru. Tu pertama kali aku nampak Xiumin ada reaksi muka macam tu. Selama ni hanya muka tegang tanpa senyuman.

Xiumin berdiri. Mata kitaorang bertemu. Jantung aku terus berdegup kencang. Bila mata aku dan mata Xiumin bertembung, riak wajah Xiumin terus berubah. Muka dia nampak garang dan tak mesra alam berbanding tadi.

Lama juga kitaorang berpandangan sebelum dia tengok jam kat tangan. Aku pun tengok jam kat tangan aku. 10.04 pagi! Kedai patutnya buka pukul 10.00 pagi! Aku terus habiskan susun roti and berlari-lari anak ke arah pintu. Aku buka pintu and terus pergi ke dapur untuk letak dulang.

 

Loceng pintu berbunyi dengan comel menandakan Xiumin dah masuk kedai. Aku jalan ke kaunter pembayaran. Xiumin baru je ambil dulang dan penyepit. Kemudian, Xiumin tengok satu, satu jenis roti yang ada. Aku perhati je Xiumin. Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu. Rasa macam mata ni bukan aku yang kawal. Tak pun, ada magnet kat Xiumin sampai mata aku beria pandang dia.

Akhirnya, Xiumin ambil dua jenis roti. Masa dia pusing, dia ternampak Minhyuk yang baru je habis siap hias kek yang terakhir dan angkat kening.

 

Xiumin tegur Minhyuk ke?

 

“Xiumin..” tegur Minhyuk sambil letak kek kat kaunter. Aku ternganga. Diaorang kenal ke? Minhyuk senyum kat Xiumin. Xiumin balas senyuman Minhyuk dan cakap,

“Selamat pagi”

Xiumin pergi ke kaunter kek dan tengok-tengok kek yang ada. Aku masih tak percaya apa yang baru aku nampak. Xiumin senyum. Xiumin senyum.. pertama kali nampak Xiumin senyum. Xiumin senyum. Comel gila bila dia senyum. Comel sangat.

“Macam biasa ke?” tanya Minhyuk. Aku yang dah khayal terus pandang ke arah diaorang balik.

 

Huh? Macam biasa?

 

Xiumin anggukkan kepala. Minhyuk terus potong kek yang dimaksudkan dan letak dalam kotak kecil.

“Terima kasih” kata Xiumin sebelum dia beredar ke kaunter pembayaran. Minhyuk senyum and pas kan kotak kek tu kat aku. Aku sambut. Aku macam salah dengar ke tadi? Xiumin baru cakap terima kasih ke tadi? Aku macam blur dengan apa yang berlaku. Otak aku tak boleh proses apa yang baru je berlaku dengan betul.

 

“Otak kau dah kenapa?” tanya Xiumin yang tengah berdiri kat depan kaunter. Aku terus tersedar. Aku dengar suara Minhyuk yang tengah gelak.

“First time datang awal, macam tu laa” usik Minhyuk tapi aku tak kata apa untuk pertahankan diri aku. Situasi sekarang rasa janggal. Aku scan harga roti dan masukkan roti dalam plastik dengan senyap. Aku sebut jumlah harga dan Xiumin buat pembayaran.

Aku hulurkan duit baki. Bila Xiumin nak ambil duit tu, hujung ibu jari aku tersentuh sikit jari dia. Dengan sentuhan sedikit tu pun hati aku dah tak boleh berdegup dengan normal.

“Terima kasih, datang lagi” aku cakap cepat-cepat tanpa pandang Xiumin. Xiumin pun beredar. Aku hanya berani angkat muka bila loceng yang comel tu berbunyi – menandakan Xiumin dah keluar kedai.

“Kenapa macam robot?” tanya Minhyuk dan gelakkan aku lagi. Aku pandang je Minhyuk. Kecil besar kecil besar je aku tengok dia. Sebaiklah dia lagi tua dari aku. Aku pergi dekat Minhyuk.

 

“Oppa kenal ke orang yang masuk tadi?” aku tanya. Minhyuk duduk kat kerusi yang ada. Aku duduk depan dia.

“Kenapa?” tanya Minhyuk dengan muka konon suci.

“Saja nak tahu” aku jawab. Minhyuk senyum mengejek.

“Iya lah tu” katanyanya. Aku buat muka seposen.

“Minhyuk oppa, bagi tahu sajalah..” aku pinta. Minhyuk ketawa bila tengok perubahan wajah aku.

“Okay, okay..” Minhyuk cakap. Aku duduk tegak untuk dengar apa yang bakal Minhyuk cakap.

“Oppa kenal orang tu. Nama dia Xiumin. Dia memang datang kedai ni awal pagi setiap Ahad sebab dia suka bila dapat makan roti yang fresh dari oven. Dah lama dah dia datang pagi-pagi ni. Dari hujung tahun lepas kot..” Minhyuk kata. Aku mengangguk-angguk faham.

“Kenapa nak tahu? Suka kat dia ke?” Minhyuk tanya dan tersenyum-senyum. Aku pukul lembut bahu Minhyuk.

“Oppa ni..” aku cakap dan terus beredar ke kaunter pembayaran balik. Minhyuk ikut aku dari belakang. Bila aku dah berdiri kat kaunter, aku pandang dia dengan pandangan yang tajam

“Kalau suka, cakap jelah. Nanti oppa boleh mintakan nombor telefon” usik Minhyuk. Aku diam je. Kemudian, dia pergi ke dapur balik dengan ketawa suka hati.

 



 

Di Esss Aim High School. Loceng menandakan waktu rehat bermula baru je berbunyi.

 

Para pelajar segera keluar dari kelas. Kalau boleh, diaorang nak gunakan kemudahan yang ada sebelum EXOM guna.

EXOM antara pelajar yang terakhir keluar kelas. Jalan secara berkumpulan, EXOM menghampiri tangga. Pelajar-pelajar yang baru nak guna tangga berhenti berjalan. Pelajar-pelajar tengah naik tangga, segera berlari ke bawah semula. Diaorang taknak kena langgar. Dari tingkat tiga, EXOM turun ke tingkat dua.

Bila nak turun ke tingkat satu, Xiumin yang berjalan kat belakang sekali ternampak EunA. EunA macam tengah berkhayal waktu jalan. Xiumin mula risau bila EunA menghampiri tangga. Tapi Xiumin tak mampu nak buat apa.

Xiumin rasa lega gila bila Kris dan Tao yang jalan kat depan tu melepasi EunA yang baru naik dua anak tangga. Tapi Lay langgar EunA sebelum EunA pijak anak tangga yang ketiga.

“Aaahh” EunA jerit. Dia jatuh kebelakang dan terduduk kat lantai. EunA terkedu. Dia tak terkata apa. Pelajar yang ada kat kawasan tu semua  pandang je.

EXOM tak endahkan EunA dan terus jalan pergi. Tapi Xiumin tak terus pergi macam EXOM yang lain. Dia berdiri kat anak tangga yang pertama. Dia pandang depan dengan muka dia yang tak ada senyuman tu. EunA yang perasan, cepat-cepat berdiri sebab takut Xiumin akan langgar dia juga.

“Lambatnya berdiri. Ingat dah lumpuh” kata Xiumin lalu beredar. EunA terkebil-kebil. Dia tak faham dengan apa yang baru berlaku. Xiumin tunggu dia berdiri ke tadi? Xiumin ada sekelumit rasa risau ke tadi?

Pelajar-pelajar yang ada kat situ mula berbisik-bisik.

 



 

Dua hari kemudian.

Satu sekolah kecoh dengan peristiwa dimana Xiumin tunggu seorang pelajar perempuan yang kena langgar dengan Lay sampai pelajar perempuan tu berdiri balik. Ada yang tak percaya bila dengar berita kecil yang menggemparkan ni. Tapi cerita tetap disampaikan dari mulut ke mulut. Cikgu-cikgu kat sekolah pun tahu. Macam-macam andaian yang diaorang buat. Sebab itu adalah pertama kali diaorang mengalami benda macam ni.

 

“Walaupun dia hanya berdiri tak buat apa, aku yakin dia sebenarnya risau bila pelajar perempuan tu jatuh!”

“Betul tu. Lagipun pelajar perempuan tu batchmate EXOM kan?”

 

 “Xiumin tu baik sebernarnya cuma kita tak nampak sebab dia ahli EXOM!”

“Betul tu, betul tu. Entah-entah dia teperangkap antara kedinginan EXOM dengan kebaikkan hati dia!”

 

“Aku tak sangka yang Xiumin care pasal pelajar perempuan yang Lay langgar hari tu!”

 

“Kiranya selama ni dia risau laa bila ada pelajar yang EXOM langgar?!”

 

Macam-macam andaian dibuat. EXOK pun terkejut gila bila dengar cerita pasal Xiumin tu. Habis je sesi persekolahan, diaorang terus berkumpul kat rumah D.O.

 

“Kenapa kenal kumpul kat rumah aku?” D.O tanya bila EXOK dah berkumpul kat ruang tamu rumah dia sebab dia tak ada cakap yang dia setuju pun nak bagi EXOK berkumpul kat rumah dia.

“Sebab kitaorang sayang kau” kata Baekhyun lalu peluk D.O. EXOK ketawa kecuali D.O. D.O buat muka suci dia tu.

“Aish, cepatlaa. Korang semua dah dengarkan cerita yang Xiumin tunggu EunA kat tangga tu?” tanya Suho. Semua angguk-angguk.

“Aku dah cakap dah.. Xiumin tu ahli EXOK yang paling baik” kata Suho sambil tersenyum bangga.

“Tapi..” kai mula bersuara. Semua pandang Kai.

“Kenapa Xiumin buat macam tu?” tanya Kai. Kai pandang EXOK yang lain.

“Dia dah betul-betul nak jadi baik kot” jawab Chanyeol.

“Aku harap dia tak ada niat nak keluar dari EXOM” celah D.O. Semua buat muka terkejut bila dengar apa yang D.O cakap sebab ada kemungkinan benda tu boleh berlaku.

“Kris mesti bengang gila sekarang ni” tambah Sehun. Semua angguk-angguk setuju. Kemudian semua pandang Baekhyun yang tak keluarkan pendapatnya lagi. Baekhyun pandang ahli EXOK yang lain.

“Aku harap Iseul tak apa-apa”

“Heeeeyyyyyyy!” serentak ahli EXOK buat bunyi tu tanda tak setuju.

“Ni pasal Xiumin dengan EunA. Bukan pasal Iseul dengan kau” kata D.O. Baekhyun sengih je. Dia diam beberapa saat. Kemudian Baekhyun luahkan apa di hati,

“Benda ni tak pernah berlaku. Aku risau laa kot-kot Kris marah sangat and dia tak kasi EXOK pun dekati EXOM”

 



 

Esss Aim High School.

Kawasan sekolah dah kosong walaupun  waktu tamat persekolahan baru je berlalu. Mungkin sebab pelajar-pelajar nampak EXOM berkumpul dekat kelas 5-1. Lebih-lebih lagi lepas cerita tentang Xiumin tersebar dan aura Kris yang ganas dari biasa harini.

 

EXOM duduk di merata tempat dalam kelas 5-1 tu. Kris berada bertentangan dengan Xiumin. Luhan duduk kat tempat yang paling dekat dengan Xiumin. Kris pandang je Xiumin begitu juga dengan ahli EXOM yang lain. Xiumin hanya tunduk. Suasana dalam kelas tu tegang.

“Kau tahu kan apa yang tengah gempar sekarang ni?” tanya Kris. Xiumin mengangguk.

“Aku geram sangat sampai nak jumpa kau lepas sekolah juga” kata Kris. Dia masih lagi memandang Xiumin dengan rasa marah.

“Kenapa kau buat macam tu?!” tanya Kris lalu melepaskan amarahnya dengan menyepak kaki meja yang berada dekat dengan dia. Bunyi meja tu tertolak kedengaran satu kelas.

“Eughh!! Aku marah gila dengan kau sekarang ni!” Kris cakap. Dia mula menghampiri Xiumin yang hanya membisu. Luhan yang berada dekat mula berdiri dan pergi dekat Xiumin. Luhan risau kalau-kalau Kris pukul Xiumin.

“Kau tahu tak kau dah cemarkan nama EXOM?” tanya Kris. Walaupun menggunakan nada yang tenang, semua tahu yang dia masih marah. Xiumin telan air liur. Xiumin angkat kepala dan pandang Kris dan cakap,

“Aku minta maaf”

Kris mula pegang kolar baju Xiumin dan tarik. Luhan dan EXOM yang lain mula risau. Diaorang taknak lah EXOM bergaduh sesama sendiri. Tapi diaorang tak berani nak kata apa sebab benda yang Xiumin buat tu dianggap salah sebagai  ahli EXOM.

“Kau dah lupa ke kenapa kita tak bergaul dengan diaorang semua? Kenapa kita tak berbaik-baik dengan diaorang? Kenapa kita buat tak endah dekat diaorang? Kenapa kita tergamak langgar sesiapa je yang halang laluan kita? Kenapa kita tak pernah senyum kat diaorang?!!” tanya Kris dengan kuat sebab dia tengah marah walaupun jarak antara dia dan Xiumin tak adalah jauh mana. Xiumin senyap tak kata apa.

“JAWABLAH!” arah Kris.

“Supaya senang kita nak belajar..” jawab Xiumin dengan suara mendatar. Kris melepaskan pegangannya dari kolar baju Xiumin dengan ganas.

“Oh, ingat kau dah lupa” Kris perli.

“Dulu tak ada siapa berani kacau kita. Kita boleh belajar dengan tenang tanpa membazir masa dengan gosip, surat cinta, gelak tawa dan sebagainya. Lepas apa yang kau buat, akan kau tak terasa otak kau tu terganggu bila teringat apa yang terjadi?” tambah Kris panjang lebar. Lepastu Kris pandang ahli EXOM yang lain.

“Kauorang tahu kan yang ada perasaan suka kat seseorang boleh mengganggu pelajaran?” tanya Kris. Xiumin tersentak lalu pandang Kris. Kris pandang Xiumin dengan senyum sinis dan berkata,

“Kau risau pasal EunA sebab kau ada hati dekat dia kan?”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..