Peluang & Perasaan

Garang.

DUA BELAS   PELUANG & PERASAAN

 



 

Aku tengah buat kerja sekolah bila telefon aku berdering. Aku mengeluh dan toleh ke arah katil aku.

“Kacau betullah” aku merungut memandangkan fokus aku terganggu akibat deringan tersebut. Aku biarkan saja telefon aku tu. Bila dah habis lagunya, aku sambung balik buat kerja sekolah.

 

Telefon aku bunyi lagi.

 

Aku menjeling ke arah telefon bimbit aku tu. Malas betullah nak bergerak ke katil dan jawab panggilan tu. Aku buat tak peduli dan sambung balik buat homework.

Tak lama lepas tu, pintu aku diketuk. Luhan buka pintu dan cakap,

“Angkatlah phone tu, bising!”

Dan, Luhan beredar tanpa tutup pintu.

“Tutuplah pintu tu balik!” aku jerit.

“Angkat telefon tu dulu!” Luhan tak nak kalah. Jadi, aku pergi ke katil dan melabuhkan punggung aku. Aku tunggu phone aku berdering lagi.

 

“ANGKAT!” suara Luhan bergema satu rumah sebaik sahaja telefon aku berbunyi. Aku tersenyum sikit. Bising betullah budak baby face tu.

 

“Hello” aku kata bila aku dah angkat phone.

“Hello. Aku ni..” jejaka di talian satu lagi bagitahu.

“Menahu pula aku” aku cakap memandangkan aku tak simpan nombor ni dalam telefon bimbit aku. Jejaka tu ketawa kecil.

“Aku ni, Minhyuk” Minhyuk kenalkan diri. Ouh, Minhyuk.

“Kau nak apa, Minhyuk?” aku tanya lalu baring kat katil aku yang empuk ni.

“Kau ni, dah laa susah nak angkat call. Lepastu terus tanya aku nak apa. Kau patut terangkan kenapa kau tak angkat call tadi. Tanya aku sihat ke tak. Ni tak. Kau te..” Minhyuk tak dapat habiskan bebelan dia bila aku menyampuk,

“Okay, bye”

“Eh, eh! Kejap, kejap! Haish kau ni!” Minhyuk menggelabah. Aku tersenyum. Tahu takut.

“Aku nak jual sesuatu kat kau” Minhyuk mula terangkan hajat dia. Aku duduk dan bersila atas katil. Aku garu kepala aku yang tak gatal ni. Apalah yang dia nak jual ni.

“Aku taknak beli” aku jawab jujur.

“Uish, keras betul kau ni kan” Minhyuk cakap.

“Aku nak jual peluang untuk kau bersama dengan Euna. Hehehe” Minhyuk terangkan kat aku apa benda yang dia nak jual. Aku geleng-geleng kepala. Benda macam ni pun dia boleh jual. Lepastu, aku tersenyum malu.

“Aku ada study group kejap lagi. Kalau tak, memang aku tak jual” tambah Minhyuk.

“Kau nak beli ke tidak?” Minhyuk tanya dengan nada serius bila aku lama diamkan diri. Lapas Minhyuk cakap dia tak main-main, aku setuju. Bukan main gembira lagi Minhyuk. Menjerit bagai. Bingit telinga aku dibuatnya. Terus aku putuskan talian.

Aku tengok jam. 8.50 malam.

Aku tengok pintu bilik aku dah tertutup. Tak perasan pun Luhan tutup. Kemudian, aku kembali ke meja belajar aku. Aku sambung buat homework. Aku kena siapkan kerja rumah aku ni sebelum pukul 9.30 malam. Lepas temankan Euna balik nanti, aku nak terus tidur. Esok sekolah.

 

9.34 malam, aku bersiap dan keluar bilik. Aku terus ke ruang tamu bila aku dengar bunyi tv. Luhan tengah bersenang-senang. Itu maksudnya homework dia dah siap.

“Aku keluar kejap” aku cakap dan terus pergi ke arah pintu rumah. Aku capai kunci rumah dan pakai kasut.

“Jap! Kau nak pergi mana? Wangi semacam” Luhan tanya dari sofa depan tv. Dalam masa yang sama, aku masukkan kunci rumah ke dalam poket sweater aku.

“Soft Heart” aku jawab sepatah dan terus keluar rumah sebab perasaan aku bercampur-campur. Bila sebut Soft Heart, aku suka sebab teringatkan Euna tapi bila Luhan tanya sesuatu yang jawapan dia berkaitan dengan Euna, aku rasa tak sedap. Aku terus teringatkan janji aku kat Luhan. Janji yang buat kedua-dua belah pihak menang. Hmm. Entahlah.

 

Luhan, please jangan keras hati sangat tentang janji tu.

 



 

Aku menghirup udara segar.

Ini adalah pertama kali aku keluar rumah malam-malam macam ni tanpa mengulang kaji pelajaran. Aku rasa berdosa tapi kekacauan kat hati aku ni lagi berat.

Aku mengeluh.

 

Sebagai ketua EXOM, ada banyak benda dalam fikiran aku sekarang. Dengan Xiumin mula tunjuk minat kat seorang gadis ni secara terang-terangan, aku risau dengan Luhan yang muka baby face tu, dengan Lay yang nampak macam mengantuk dengan semua pekara, dengan Chen yang bibir cantik tu dan dengan Tao yang ada gaya mengurat semua gadis.

Kalau aku tak lead diaorang, apalah yang akan jadi dengan EXOM ni.

Aku mengeluh lagi.

 

Aku berjalan mengikut kaki melangkah.

Aku tengok jam. Dah 10 lebih. Aku dah sampai kat barisan kedai-kedai. Kira jauh jugalah aku berjalan. Kedai pun dah nak tutup. Aku berniat nak patah balik dan pulang ke rumah bila aku nampak seseorang yang aku kenal kat Soft Heart.

“Jangan cakap tu Xiumin” aku berharap. Dalam masa yang sama, ada rasa marah.

Aku berjalan menghampiri Soft Heart agar aku dapat pastikan apa yang aku nampak. Aku berdiri kat seberang jalan dan menyaksikan perlakuan si jejaka dan si gadis.

 

“Xiumin, aku kecewa dengan kau” aku cakap dan berlalu pergi.

 



 

Esoknya.

Waktu rehat.

 

“Xiumin, aku dah mula dengar pasal kau” Kris bersuara tanpa memandang sesiapapun. Perlahan tapi masih boleh didengar dengan jelas. EXOM yang tengah makan, terhenti dan pandang Kris yang masih makan dengan tenang. Kemudian, diaorang pandang Xiumin.

Xiumin yang turut pandang Kris, mula rasa tak selesa. Perlahan-lahan, dia tunduk dan masukkan makanan ke dalam mulutnya. Berlagak macam tak ada apa yang berlaku.

“Nama kau dah naik lagi sekali” tambah Kris. Kali ini, mata Kris tepat memandang Xiumin yang berdiam diri. Kris menyedut air minumannya tanpa mengalihkan pandangan. Xiumin habiskan kunyahannya dan pandang Kris. EXOM yang lain hanya melihat dan dalam keadaan bersedia kalau-kalau Kris buat benda bodoh kat kantin ni.

“Dan aku tak suka” Kris cakap. Raut wajahnya dan nada suara dia membuktikan apa yang dia cakap. Xiumin hanya beri pandangan kosong kat Kris. Tak ada tanda-tanda dia akan buka mulut.

“Guys, kita kat kantin sekolah” Luhan mengingatkan.

“Ikut aku” Kris berkata lalu bangkit dari kerusinya. Xiumin pun membontoti Kris. Luhan sungguh tak percaya dengan apa yang berlaku. Dia ingat, Kris akan lebih behave.

“!” Luhan geram dan tolak makanannya ke depan. Kemudian, dia pandang Lay, Chen dan Tao. Terang lagi bersuluh Luhan berasa marah.

“Jangan Luhan..” Chen bersuara dengan tenang lalu sambung makan. Chen tahu apa yang ada dalam fikiran Luhan sekarang. Luhan nak ikut kemana Kris dan Xiumin pergi.

“Betul tu. lebih baik jangan” Lay sokong Chen. Kemudian, Lay pun sambung makan. Bila tengok Chen dan Lay akan, Tao pun turut serta.

 

EXOK yang kat meja sebelah mula tanya kenapa.

Tapi EXOM tak layan pun.

 



 

Kris dan Xiumin naik ke bahagian bumbung sekolah yang flat tu. Dari atas bumbung, diaorang boleh nampak pemandangan di sekitar sekolah. Xiumin dan Kris berdiri agak jauh antara satu sama lain.

 

“Bela diri kau” arah Kris. Kris dan Xiumin berpandangan. Dua-dua nampak tenang.

“Aku suka dia, Kris” Xiumin berkata jujur. Kris tersenyum sinis dan cakap,

“Aku nampak kau dengan dia semalam kat Soft Heart”

“Kau bukan saja cemarkan nama EXOM depan aku. Belakang aku pun kau buat. Entah apalah yang perempuan tu dah buat kat kau” tambah Kris. Muka dia kembali serius.

“Apa kau ni..” perasaan marah mula berputik dalam hati Xiumin bila Kris panggil Euna perempuan. Bagi Xiumin, Kris patut bahasakan Euna sebagai gadis. Perempuan tu terasa kasar. Apatah lagi betina.

“Kiranya kau sanggup keluar dari EXOM untuk perempuan tu?” Xiumin tersentap dengan soalan daripada Kris.

“Apa masalah kau ni?!” Xiumin bengang. Dahi Xiumin berkerut sambil pandang Kris tak puas hati. Kris yang marah mendekati Xiumin sambil cakap,

“Masalahnya sekarang, kau dah TAK LAYAK jadi ahli EXOM!” Kris bersuara lantang. Xiumin terus tumbuk muka Kris sebab dia rasa terhina dengan ayat tu. Kris terkebelakang.

“Kau jaga sikit mulut kau!” Xiumin cakap. Dia nampak amat marah. Kris lap darah yang keluar tepi bibirnya akibat dari tumbukan yang tak disangka. Kris tersenyum sinis. Xiumin rasa menyampah gila tengok senyuman Kris tuh.

“Well, sejak kau tunjukkan yang kau suka perempuan tuh, kau dah tak nampak macam EXOM pun” Kris bernada mengejek. Rasa marah Xiumin membuak-buak.

“GARRGHH!” Xiumin meluru ke arah Kris dengan marah. Tapi sebelum Xiumin boleh buat apa-apa, Kris terajang Xiumin dengan kaki dia yang panjang tu. Xiumin terkebelakang dan hampir jatuh.

“Kau juga tak kenal antara kawan dan lawan! BODOH!!” Kris jerit sebelum dia berlari mendekati Xiumin. Xiumin pun berlari mendekati Kris.

 

Mereka bertumbuk.

Tarik baju.

Sepak terajang.

Jatuh bergolek kat lantai.

Bangun semula.

Tumbuk muka.

Tumbuk perut.

Sepak kepala.

 

Xiumin tolak Kris dengan kasar agar ada jarak diantara mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan marah yang membuak. Dalam masa yang sama, mereka tercungap-cungap.

“Yang tubuhkan EXOM, aku dan Luhan. Aku boleh ubah peraturan ikut suka hati aku!” Xiumin cakap. Dia masih tecungap-cungap.

 

KKKRRRIIINNGGG.

Loceng sekolah bunyi menandakan waktu rehat dah habis.

Tapi mereka tak ambil peduli.

 

“Tapi aku ketua EXOM. Bukannya kau! Sebab apa? Sebab kau ialah manusia lemah yang kalah dengan perempuan lembab tu!” Kris balas. Hati Xiumin bertambah sakit.

“GARGHH!” jerit Xiumin. Dia berlari ke arah Kris dan mereka sambung bergaduh.

 

Tumbuk menumbuk.

Side kick.

Flying kick.

Back kick.

Tumbuk.

Jatuk terduduk.

Mata lebab.

Flying kick lagi.

 

Xiumin terkebelakang dan badan dia berlanggar dengan satu-satunya pintu untuk naik ke bumbung yang besaiz sederhana tu.

KKAANGGGG.

Bunyi dentuman pintu besi tu. Kris yang berada agak jauh dari Xiumin tak bergerak. Dia hanya pandang Xiumin. Xiumin pula tak ada cubaan untuk bangun. Dia biarkan saja diri dia terduduk loglai kat pintu tu. Aura tegang dah berkurang.

Rasa marah dah dikeluarkan.

Kris duduk berlunjur. Dia belakangkan sikit badan dia dan tahan tubuh dia guna kedua tangannya. Kris mendongak memandang langit biru sambil tercungap-cungap. Kemudian, dia pandang Xiumin. Xiumin tak bergerak seinci pun.

Dua-dua penat.

 

TONG TONG TONG.

Bunyi pintu diketuk.

Xiumin mengensot ke tepi dan sandar pada pagar. Pintu besi itu terbuka.

“Guys, kauorang dah habis ke?” Luhan tanya. Hanya muka dia saja yang dikeluarkan dari pintu.

 

Kris dan Xiumin tak jawab apa.

 

Bila tengok posisi Kris dan Xiumin, Luhan tahu yang kawasan tu dah selamat. Luhan melangkah masuk diikuti oleh Chen, Lay dan Tao. Kemudian, pintu besi ditutup rapat.

Tak sampat 60 saat, pintu terbuka.

“Nak masuk juga boleh?” Chanyeol tanya dengan senyuman di bibir. Nampaklah gigi dia yang tersusun cantik tu. Posisi dia sama macam Luhan tadi. Chanyeol tarik nafas panjang bila dia nampak keadaan Kris dan Xiumin.

“Kenapa? Kenapa?” suara Suho kedengaran dan dia buka habis pintu tu. Suho dan Chanyeol berdiri kaku melihat Kris dan Xiumin. Baekhyun yang dari tadi tunggu kat anak tangga bawah sikit, naik bila tengok Suho dan Chanyeol terdiam.

Ternganga mulut Baekhyun.

“Kauorang nak apa?” tanya Tao serius.

“Tak selamat! Tak selamat!” Baekhyun cakap lalu pukul belakang Suho dan Chanyeol untuk menyedarkan mereka berdua. Lepastu, Baekhyun berlari menuruni anak tangga. Chanyeol cepat-cepat tutup pintu bila Suho dan berlari ke bawah. Kemudian, Chanyeol menuruni anak tangga dengan panik. Dia hampir jatuh. Hampir.

 

“Kenapa??” tanya Kai. dia tak sabar nak tahu. Chanyeol, Suho dan Baekhyun tercungap-cungap bila dia berada di koridor tingkat tiga tu.

“Tak selamat! Tak selamat!” Baekhyun ulang apa yang dia cakap tadi. Itu saja yang dia mampu fikir. D.O kerutkan dahi dia. Dia tak faham apa yang terjadi. Apa yang tak selamat pun dia tak tahu. D.O melangkah ke arah tangga.

Suho capai lengan D.O.

“Diaorang bergaduh” terang Suho. Anak mata D.O yang bulat tu bertambah bulat.

“Serius?!” tanya D.O tak percaya. Ketiga-tiga orang yang jadi saksi tadi menganguk laju. Muka diaorang nampak risau.

“Tapi kenapa kauorang nampak risau terlebih?” Sehun bertanya. Chanyeol, Suho dan Baekhyun berpandangan. Diaorang tak jawab.

“Suho, kenapa?” tanya Kai memandangkan Suho adalah ketua EXOK. Ahli EXOK mula memberi tumpuan pada Suho.

“Diaorang bergaduh .. sampai bertumbuk bagai” jawab Suho. Kai, D.O dan Sehun terkejut habis. Semua terdiam mendengar khabar tak gembira tu. Dalam hati mereka, mula timbul rasa risau.

“Aku takutlah kalau EXOM berpecah” Baekhyun bersuara. Sehun mengangguk dan cakap,

“Aku tak nak jadi macam dulu”

 

Dan ingatan mereka kembali ke beberapa tahun lepas. Tahun sebelum EXOM ditubuhkan.

Sekolah amatlah bising. Waktu datang sekolah bising, masuk kelas bising, waktu rehat bising, waktu balik bising. Waktu dah tamat waktu sekolah pun bising. Pelajar yang balik lambat bukan buat kerja kelab ke apa, mereka dating kat sekolah. Dating kat tempat terperuk dan gelap. Ada sekali tu, masa seorang pelajar nak ambil bola tampar untuk sesi Pendidikan Jasmani, dia terjumpa pelajar lelaki dan perempuan tengah tidur elok dalam stor sukan tu.

Buli tak payah ceritalah. Senior buli junior. Junior balas dendam senyap-senyap. Kalau senior minta buatkan homework diaorang, junior turuti je. Tapi bila senior minta balik homework dia, senior bagi macam-macam alasan untuk tak bagi homework senior tu balik. Maka, senior akan pukul junior. Geng senior datang menyibuk. Geng junior datang tolong. Bergaduh ni dah jadi benda biasa. Cikgu buat tak tampak je.

 



 

Luhan, Chen, Lay dan Tao hanya berdiri tegak. Kris pandang diaorang lalu berdiri dengan bersusah payah. Kemudian dia cakap,

“Xiumin nak stay dalam group..”

Xiumin yang tertunduk sakit tu pandang ke arah Kris. Menunggu ayat Kris yang seterusnya.

“..dia akan stay” sambung Kris.

“Tapi aku akan keluar dari EXOM” tambah Kris. Semua terkejut beruk. Keputusan Kris tu mendapat tentangan hebat.

 

“Kris, kau tak boleh buat macam tu!”

 

“Woi, kau dah gila ke apa?!”

 

“Nak mampus?!”

 

“Semua benda boleh settle cara baik!”

 

Tapi Kris buat tak dengar. Dia berjalan ke arah pintu tanpa pandang sesiapa pun. Tujuannya hanya satu, beredar dari tempat ni.

“Kris..” panggil Xiumin antara dengar tak dengar. Suara dia sayu sangat. Kris menoleh memandang Xiumin. Xiumin nak cakap sesuatu tapi dia terlalu parah. Tenaga dia belum pulih banyak. Kris tersenum sinis dan sebelum dia beredar, dia cakap,

“Ingat, ini semua salah kau”

 



 

Waktu persekolahan dah tamat.

 

Luhan kemas barang dia dan terus keluar dari kelas. Hati dia tak tenteram untuk berada lama-lama dalam kelas tu. Luhan masuk ke dalam kelas Xiumin untuk kemaskan barang Xiumin. Langkah Luhan terhenti bila dia nampak Euna tengah kemaskan barang Xiumin.

Bila terasa ada orang melihatnya, Euna menoleh. Tersentak Euna dibuatnya. Dia terus berdiri dan jauhkan diri dari tempat Xiumin. Euna capai beg dia dan terus keluar dari kelas. Luhan hanya memerhati.

Luhan mendekati tempat Xiumin dan habiskan apa yang Euna tinggalkan. Lepas ambil beg tu, dia naik ke kawasan bumbung dimana Xiumin tengah tidur. Sebaik harini cuaca baik.

 

“Jom balik” suara Luhan mengejutkan Xiumin. Xiumin membuka matanya perlahan-lahan.

“Haus..” Xiumin cakap. Luhan terus keluarkan botol air dari beg Xiumin dan bagi botol tu kat Xiumin. Luhan tolong Xiumin yang nak duduk tu. Xiumin teguk air kosong tu hampir separuh botol.

“Aku nak hantar kau balik rumah terus tadi, taknak” Luhan cakap. Dia ambil botol yang Xiumin bagi dan tutup botol tu lalu masukkannya ke dalam beg Xiumin.

“Dah, jom balik. Kau tu mesti kebulur” Luhan cakap sambil tolong Xiumin berdiri. Xiumin tak kata apa. Dia diam hanya menuruti.

Luhan dengan tabah memapah Xiumin balik ke rumah mereka sambil menyandang dua beg sekolah. Satu kat depan, satu kat belakang.

 

Sampai saja kat rumah, Luhan dudukkan Xiumin kat sofa. Dia tarik meja kopi untuk lebih dekat dengan sofa dan angkat kaki Xiumin ke atas meja tu. kemudian, Luhan bergegas mengambil first aid kit, tuala, air dan apa-apa yang dia rasa perlu. Termasuklah senduk kayu.

“Kau nak buat apa dengan senduk kayu tu?” tanya Xiumin.

“Kalau kau bising sangat, aku ketuk kepala kau” jawab Luhan dengan muka manis. Xiumin tersenyum nipis.

 

“Aaarrhh!” Xiumin mengerang kesakitan bila Luhan cuba bersihkan luka dia. Luhan nampak bengang.

“Haish kau ni, tahanlah sikit. Macam perempuan. Nah, makan ni!”  Luhan bebel lalu bagi dua bungkus roti pada Xiumin.

“Aku suka roti ni” Xiumin rasa terharu. Xiumin pandang Luhan dengan muka terharu dia tu. Luhan pun tersenyum terharu.

“Aaarrghh!” kemudian, Xiumin menjerit kesakitan bila Luhan bersihkan luka kat kaki dia. Luhan ketawa setan melihat perubahan emosi Xiumin. Xiumin terus baling sebungkus roti ke arah Luhan.

 



 

Esoknya Kris tak datang sekolah.

Sampai loceng menandakan dah mula waktu sekolah berbunyi tapi Kris masih tak datang. EXOM dah risau. Selain risaukan Kris, mereka risaukan perubahan yang ketara ni. Mesti budak-budak sekolah ni akan cakap pasal benda ni. Cakap pasal Kris dan EXOM tak lalu kat kawasan loker harini. Dan mungkin lebih lagi lepas ni.

“Ingat, ini semua salah kau” ayat tu terngiang-ngiang kat telinga Xiumin sepanjang hari.

 



 

Seminggu straight Kris tak datang sekolah.

Telefon tak angkat.

Mesej tak balas.

Nak pergi rumah Kris pula, selalu je tak sempat.

 

Akhirnya, semua tekad tanya guru kelas 5-A.

Panik kejap guru kelas 5-A tu bila EXOM masuk ke bilik guru untuk jumpa dia.

“Kris tak bagi tahu kamu semua ke? “ cikgu tu tanya bila EXOM tanya tentang Kris. Muka cikgu tu nampak keliru dengan apa yang berlaku. EXOM menggeleng.

“Bagitahu apa?” tanya Xiumin. Cikgu tu selak rambut depan dia ke tapi dan jawab,

 

“Kris dah pindah sekolah”

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..