Malam Tanpa Bintang

Garang.

DUA  :  MALAM TANPA BINTANG

 



 

Loceng menandakan waktu persekolahan dah tamat baru saja habis bedering. Semua pelajar mula mengosongkan kelas meninggalkan pelajar yang bertugas pada hari tu untuk bersihkan kelas.

 

“Aish, aku terlupa sesuatu” Eun A cakap lalu berhenti berjalan. Iseul yang berada di sebelahnya pun terhenti. Eun A memegang kedua bahu kawannya itu.

“Tunggu sini kejap” Eun A kata lalu berlari-lari anak menuju ke kelas. Sebaik diaorang tak jauh sangat dengan kelas.

Masuk je dalam kelas, Eun A terus nampak Xiumin yang baru saja kemaskan begnya. Pelajar yang bertugas tak kelihatan sebab mereka pergi ambil alatan di stor yang berhampiran. Bila tengok tak ada orang lain dalam kelas selain daripada dia dan Xiumin, Eun A memberanikan diri menghampiri Xiumin beberapa langkah.

“Terima kasih untuk tadi” Eun A cakap selaju mungkin dan terus ketap bibirnya. Xiumin berdiri dan sandang beg dia. Dia masukkan kerusi ke bawah mejanya dan berjalan menghampiri Eun A. Eun A tunduk je sebab jantung dia dah berdengup gila kencang . Dia tak pernah alami situasi macam ni. Xiumin berdiri betul-betul di hadapan Eun A tanpa memandang Eun A. Eun A terus alihkan pandangannya ke meja belah kiri.

“Kalau ada orang tahu, aku jadikan kau bola squash” Xiumin bagi amaran. Eun A angguk cepat-cepat. Xiumin pusing dan berjalan ke belakang kelas. Eun A terus pergi ke mejanya dan ambil botol air yang dia tertinggal sebaik saja Xiumin berada agak jauh darinya lalu keluar daripada kelas.

“Wanginya dia..” kata Eun A perlahan semasa dia berjalan ke arah Iseul. Eun A dah sedaya upaya tak nak fikir tentang benda tu tapi dia tak boleh. Dia kalah dengan dirinya sendiri.

“Eun A!” panggil Iseul. Eun A terus tersedar dari khayalan bila dengar Iseul panggil dia dan berlari-lari anak ke arah Iseul. Riak muka Iseul menunjukkan yang dia tak gembira.

“Lambatnya” rungut Iseul. Eun A berikan senyum and cakap,

“Sorry”

“Dahlaa, jom pergi dewan cepat”

 



 

Luhan melangkah masuk kedalam kelas 5-2.

Dua orang pelajar yang bertugas untuk kemaskan kelas baru je habis kemas. Bila ternampak saja kelibat Luhan dengan muka ketat tu, dengan sepantas kilat mereka ambil beg mereka serta alatan mengemas dan keluar daripada kelas. Dengan tergesa-gesa mereka menuju ke stor.

Luhan menghampiri Xiumin yang tengah berdiri di tingkap. Xiumin menoleh. Dia tersenyum bila nampak Luhan. Luhan balas senyuman Xiumin dan berdiri di sebelah Xiumin. Mereka pandang ke arah dewan sekolah.

“Tahun ni macam mana?” tanya Luhan. Matanya masih lagi fokus pada dewan sekolah. Tiba-tiba pintu utama dewan terbuka. Sehun dan Kai keluar daripada dewan dan pergi ke mesin air yang berada dekat dengan pintu. Sehun yang melilau matanya, ternampak Xiumin dan Luhan di tingkap di tingkat tiga. Sehun menyiku Kai dan tunjuk ke arah Xiumin dan Luhan lalu mereka berdua melambai-lambai dengan gembiranya.

“Dengarnya Kris nak pergi” jawab Xiumin. Dia dan Luhan hanya perhatikan Sehun dan Kai yang masih melambai-lambai. Kemudian, Baekhyun jenguk keluar dengan muka marah. Sehun dan Kai cepat-cepat masuk ke dalam dewan dengan air tin di tangan masing-masing.

“Jom” kedengaran suara Chen memanggil. Xiumin dan Luhan menoleh. Chen, Lay dan Tao sedang berdiri di luar kelas. Xiumin dan Luhan pun keluar. Mereka berlima menuju ke kelas Kris. Kris dan pun tunggu diaorang di muka pintu.

“Tahun ni macam mana?” tanya Lay. Semua orang pandang Kris. Kris nampak macam sedang berfikir. Tak lama lepas tu Kris jawab,

“Sekejap je”

 

EXOM berjalan je arah dewan. Pelajar-pelajar yang masih belum balik semua berhenti di tempat mereka berdiri bila ternampak kelibat EXOM walaupun diaorang berada jauh daripada EXOM.

Sampai je dekat dewan, EXOM boleh dengar betapa bisingnya suasana di dalam. Mungkin kerana gelagat EXOK yang mengiburkan hati. Kris membuka pintu utama dewan.

Para pelajar senior yang berdiri mengadap pintu terkejut. Riak wajah mereka nampak cuak.

“Okay, diminta semua bawa bertenang” kata salah seorang pelajar senior dengan segera tapi suasana masih lagi bising. EXOM melangkah masuk ke dalam dewan seorang demi seorang dan berdiri sebaris di belakang. Semua pelajar senior mula letakkan jari telunjuk di bibir mereka dengan muka risau tapi bunyi bising masih lagi belum berkurang.

D.O yang tengah duduk di barisan hadapan bersama-sama dengan pelajar baru berasa pelik bila kawan-kawan dia nampak gelisah.

“EXOM datang ke?” bisik D.O pada dirinya sendiri dengan pelik sebab diaorang tak pernah datang event ni walaupun event ni tentang diaorang. D.O toleh ke belakang.

“Ouh, EXOM..” kata D.O lalu berdiri memandang EXOM. Ahli EXOK yang terdengar mula pandang belakang. Mereka terkejut dengan kehadiran EXOM. Dengan senyuman, mereka berdiri dan melambai. Semua mata kini memandang ke arah EXOM. Serta merta suasana yang bising tadi berubah jadi senyap. EXOM memandang pelajar-pelajar baru dengan muka normal diaorang – tanpa senyum dan tanpa perasaan.

“Senyapnya” perli Tao. Semua pelajar baru tundukkan kepala. EXOK mula berjalan di antara barisan pelajar-pelajar baru dan suruh diaorang semua pandang depan.

“Jangan pandang belakang tau” bisik EXOK kepada pelajar-pelajar baru sebab EXOM tak suka bila diaorang bercakap, banyak mata tengok kat diaorang. Bila dah habis, EXOK berdiri di depan besama dengan pelajar senior yang lain. Suasana sepi gila.

Kris jalan ke depan melalui ruang kosong diantara barisan-barisan pelajar baru. Boleh dengar dengan jelas bunyi tapak kasut Kris.

“Dah sampai mana?” tanya Kris. Pelajar senior yang ada semua pandang sesama sendiri. Semua takut nak jawab. Kris pandang Chanyeol. Chanyeol sengih je. Entah kenapa, kehadiran Kris secara tiba-tiba ni buat Chanyeol rasa kecut perut walaupun dalam kelas dia banyak berkomunikasi dengan Kris. Suho menghampiri Kris.

“Kitaorang baru buat pengenalan tentang EXOM” jawab Suho. Kris pandang Suho dengan pandangan yang tajam dan tanya,

“Lembabnya kerja. Sebelum ni pun macam ni ke?” Suho tak jawab apa. Chanyeol mula kumpulkan keberanian diri. Dia tak sangggup biarkan Suho hadapi Kris seorang diri. Dengan beza ketinggian yang nyata, Chanyeol rasa kesian sikit.

“Kris” Chanyeol panggil dengan senyuman di bibir. Kris pandang Chanyeol. Chanyeol menghampiri Kris.

“Kitaorang akan habiskan benda ni cepat. Kau tak payah risau okay?” Chayeol cakap siap dengan pegerakan tangan lagi agar Kris yakin dengan apa yang diperkatakan.

“Betul tu” Baekhyun menyampuk. Kris berdiri tanpa kata apa. Kemudian, dia pusing dan berjalan ke belakang semula. Chanyeol dan Baekhyun melepaskan nafas lega. Pelajar baru semua senyap je dari tadi. Ada yang nak pandang bila Kris jalan ke belakang tapi bila teringat apa yang EXOK cakap, mereka pandang depan semula.

“15 minit lagi” kata-kata Kris bergema. Pelajar senior semua angguk kepala tanda patuh walaupun Kris membelakangkan mereka. Kris buka pintu dan keluar. Ahli EXOM membontoti Kris.

“Bye Xiumin!” Suho cakap memandangkan Xiumin merupakan ahli EXOM yang terakhir akan keluar dewan. Xiumin toleh. Suho melambaikan tangannya begitu juga dengan Kai dan Sehun yang berada dekat dengan Suho. Xiumin pergi tanpa memberikan apa-apa reaksi.

Pintu dewan tertutup.

 

“Haaahh, yang terakhir tadi adalah ahli EXOM yang paling baik” Suho cakap. Kai dan Sehun angguk tanda setuju. Seorang pelajar mengangkat tangan.

“Ya?” Suho tanya. Pelajar baru tersebut berdiri.

“Kenapa yang paling baik?” tanya pelajar tersebut dengan muka berkerut. Lepas dapat tau yang EXOM tak suka orang halang laluan dia, tak suka senyum dan tak ada siapa dibenarkan cakap dengan diaorang except kalau diaorang yang start dulu .. pelajar tersebut buntu. Suho ketawa kecil.

“Sebab..” Suho bersuara. Pelajar-pelajar baru mengalihkan pandangan mereka ke arah Suho, menunggu jawapan daripada Suho.  Pelajar senior pun ada yang menunggu jawapan daripada Suho sebab diaorang pun tertanya-tanya apa yang membuatkan Suho kata Xiumin adalah ahli EXOM yang paling baik. EXOK pula? Diaorang hanya tersenyum melihat reaksi semua orang.

“Xiumin adalah satu-satunya ahli EXOM yang boleh senyum” sambung Suho. Pelajar baru semua mengangguk-angguk faham. Pelajar senior semua buat muka tak percaya. Ada tu, siap ternganga lagi. Dewan mula bising.

“Okay semua, tolong senyap. Kita kena habiskan benda ni cepat” kata D.O. Pelajar baru mula mengembalikan fokus diaorang. Pelajar senior mula terangkan apa yang patut pada pelajar baru. Mereka cakap tentang meja makan EXOM dan EXOK kat kantin, cakap tentang EXOM tak suka kelas bising, EXOM keluar kelas paling lambat, cakap tentang surat cinta dan sebagainya. Dengan pantas, diorang habis berbicara dan majlis bersurai.

“Lebih 15 minit tak?” tanya Kai pada Chanyeol bila semua pelajar mula keluar daripada dewan. Chanyeol angguk. Mereka berdua mengeluh.

“Sebaik EXOM dah balik” Sehun yang entah muncul dari mana, cakap. Kai dan Chanyeol mengangguk setuju.

 



 

“Semuanya RM 6.90” kata Eun A pada seorang pelanggan dengan senyuman manis. Pembayaran dibuat. Lepas bagi duit baki, Eun A beri plastik yang berisi pastry tu kepada tuannya. Eun A berdiri di kaunter pembayaran dengan setia sambil menunggu pelanggan lain yang akan membuat pembayaran. Tak lama lepas tu, seorang pelanggan lelaki datang membuat pembayaran.

“Terima kasih, sila datang lagi” kata Eun A pada pelanggan lelaki tersebut dengan senyuman. Pelanggan lelaki itu membalas senyuman Eun A dan beredar keluar dari kedai kek dan roti Soft Heart tu. Mama Eun A menghampiri Eun A dari belakang. Eun A toleh bila mamanya dah dekat kerana terasa akan kehadiran seseorang.

“Ada apa ma?” Eun A tanya sebab mamanya jarang keluar dari dapur tanpa ada sebab. Mama Eun A senyum.

“Eun A, tolong belikan mama jus epal. Mengidam pula” mama Eun A cakap. Eun A buat muka terkejut.

“Mama jangan cakap dengan Eun A yang mama mangandung” kata Eun A. Mama Eun A ketawa lalu dipukul lembut bahu Eun A.

“Aish kamu ni Eun A, ada-ada je” kata mama Eun A lalu serahkan duit.

“Lebih tu belilah apa-apa yang kamu nak” kata mama Eun A. Eun A dengan segera keluar meninggalkan kedai Soft Heart tu dan menuju ke kedai runcit berhampiran. Seorang pekerja menggantikan tempat Eun A buat sementara waktu.

 

Sampai saja di kedai runcit, Eun A terus pergi ke tempat air minuman dan mencapai sekotak besar air jus epal. Kemudian, dia mencapai pula satu kotak kecil air susu strawberry kegemarannya.

“Ekh, tak jaga kedai ke hari ni?” tanya juruwang kedai runcit tersebut sambil scan barangan yang Eun A beli. Eun A yang memang dikenali sebagai anak kepada pemilik kedai kek dan roti Soft Heart, senyum. Kemudian dia jawab,

“Jaga tapi mama tiba-tiba mengidam jus epal”

Juruwang tu tertawa lalu mengangguk-angguk. Selepas membuat pembayaran, Eun A beredar. Keluar je dari kedai runcit tu, Eun A memandang ke langit yang gelap tanpa bintang.

“Hmm, dah lama tak tengok bintang” Eun A bermonolog lalu berjalan balik ke Soft Heart. Eun A yang keseorangan berjalan tanpa mempedulikan orang disekelilingnya.

 

“Hai” sapa seorang jejaka yang berdiri betul-betul di hadapannya. Eun A mendongak sedikit memandangkan si jejaka lebih tinggi daripadanya tu. Kemudian Eun A terpandang dua lagi jejaka di sebelah kiri orang yang menegurnya tu. Eun A yang mula rasa risau cuba lalu arah lain tapi dihalang oleh tiga orang jejaka tu.

“Kau nak apa?” tanya Eun A pada jejaka-jejaka yang tak dikenali tu. Jejaka-jejaka tu tersenyum. Salah seorang dari mereka manarik tangan Eun A agar mereka tidak berdiri di tengah jalan.

“Lepaslah!” Eun A memberontak. Tangan Eun A dilepaskan bila mereka dah berdiri di tepi laluan. Ketiga-tiga jejaka  tu pandangn Eun A sambil senyum dengan senyuman yang menakutkan.

“Kat sini ada rules. Kalau kitaorang nampak mana-mana gadis yang jalan seorang-seorang, kitaorang akan jadi kawan dia” kata salah seorang dari tiga jejaka tu dengan senyuman. Eun A buat muka geli sambil pandang tiga orang jejaka tu. Seorang berbaju merah, seorang berbaju putih dan seorang lagi berbaju biru.

“Dah laa. Malas nak layan” kata Eun A lalu mula melangkah pergi. Tapi belum pun tiga langkah, tangan Eun A ditarik. Eun A yang mengundur secara terpaksa tu hampir jatuh.

“Kata kawan, boraklah lama sikit” kata si baju biru. Eun A dah mula takut. Eun A cuba lepaskan tangannya daripada pegangan tangan jejaka  berbaju merah tu tapi tak berjaya. Eun A diam dan pandang jejaka berbaju merah tu dengan muka marah. Pegangan tangan lelaki baju merah tu kuat gila. Jejaka-jejaka tadi ketawa bila Eun A mengalah.

‘Kan best kalau tiba-tiba ada orang handsome datang selamatkan aku’ bisik hati Eun A.

 

“Dah habis main?” tanya satu suara. Tiga orang jejaka yang ketawa suka hati tadi terdiam lalu pandang ke arah suara tersebut. Eun A pun toleh ke arah suara tu. Pegelangan tangan Eun A terus dilepaskan.

“Makwe kau ke Xiu?” tanya jejaka berbaju putih. Mereka bertiga nampak serba salah. Eun A pandang je Xiumin. Xiumin menghampiri jejaka berbaju putih tu. Eun A bergerak ke tepi.

“Kau siapa nak panggi aku Xiu?” tanya Xiumin. Dia nampak macam nak marah. Eun A pandang kearah tiga orang jejaka tu. Mereka menelan air liur.

“Kitaorang blah dulu” kata si baju merah lalu mereka beredar. Eun A pandang je bila jejaka tiga orang tu beredar. Kemudian dia pandang Xiumin. Mata mereka bertembung dan Eun A cepat-cepat tundukkan kepala. Xiumin jalan ke arah Eun A.

“Dah, jom” kata Xiumin lalu nak ambil beg plastik kat tangan Eun A. Eun A tak lepaskan beg plastik tu sebab dia macam keliru apa yang tengah berlaku. Akanlah Xiumin nak tolong dia bawakan beg platik tu?

“Kau ni dah kenapa? Nak koma tiga hati?” tanya Xiumin. Eun A terus gelengkan kepalanya dan lepaskan pegangannya dari beg palstik tu. Xiumin pegang beg plastik tu.

“Nak tunggu aku seret kau balik ke?” tanya Xiumin dengan tenang. Eun A yang kaku dari tadi cepat-cepat melangkah balik ke Soft Heart bila dengar soalan yang berbaur ugutan tu. Eun A berjalan macam robot sebab dia rasa tak selesa bila Xiumin jalan di belakang dia. Sampai je depan Soft Heart, Xiumin serahkan beg plastik pada Eun A.

“T..te..terima kasih” ucap Eun A lalu tunduk sedikit.

“Kalau ada orang tahu, aku jadikan kau bola squash” kata Xiumin dan beredar. Terngiang-ngiang apa yang Xiumin katakan padanya siang tadi. Ayat yang sama diungkapkan untuk dua tahun. Eun A pandang je Xiumin yang berlalu pergi sampailah Xiumin hilang dari pandangan.

‘Harini, dah dua kali dia tolong aku..’ bisik hati Eun A. Lepas tu dia buat muka macam orang baru makan gula-gula masam sebab dia rasa takut  dengan kebaikkan yang masih asing baginya.

TOK. TOK. TOK. Pintu gelas diketuk. Eun A terus toleh dan kelihatan mamanya tengah geleng-geleng kepala.

“Bercinta ke?” tanya mama Eun A dari dalam kedai dengan riak muka macam nak marah. Eun A tak cakap apa. Dia hanya mampu ketawa bila pandang wajah mamanya yang pura-pura marah tu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..