Temankan

Garang.

SE BE LAS : TE MANK AN

 



 

Malam.

Hari Isnin.

 

“Kau nak beli ke tak?” Minhyuk tanya pada orang yang berada di talian satu lagi sambil berdiri berhampiran dengan tempat pembakar dengan muka yang serius gila. Sambil masukkan pastry pelanggan ke dalam plastik, aku curi-curi pandang Minhyuk.

“Terima kasih, sila datang lagi” aku cakap dengan muka yang manis pada pelanggan di hadapanku. Pelanggan itu membalas senyuman aku dan beredar. Loceng yang comel kedengaran menandakan yang pelanggan tersebut dah keluar daripada Soft Heart.

Aku terus duduk kat kerusi yang tersedia ada dekat kaunter pembayaran tu dan pandang Minhyuk. Minhyuk masih bercakap di telefon bimbitnya. Minhyuk duduk di kerusi yang berhampiran dan pandang aku. Aku pun pandanglah Minyuk dengan muka blur.

“Seriuslah, nak beli ke tidak? Aku kesuntukkan masa ni” kedengaran Minhyuk bersuara dengan nada serius. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Ditambah pula dengan tenungan daripada Minhyuk, rasa macam dia nak jual aku je.

 

Bapak scary!

 

Aku segera pusing ke depan ke arah pintu dan menunggu pelanggan baru. Aku tunggu je orang yang lalu lalang depan kedai ni melangkah masuk ke dalam Soft Heart tapi tak ada siapa pun yang masuk. Semua nampak sibuk.

“Aku tak main-main laa” Minhyuk berkata selepas ketawa kecil. Aku toleh ke arah Minhyuk sekejap dan pandang depan balik. Aku lihat jam ditangan.

8.47 malam.

Disebabkan tak ada pelanggan, aku mula berfikir. Minhyuk oppa ada masalah ke? Oppa tak cukup duit untuk belajar ke sampai dia nak jual aku. Eh tak! .. sampai dia nak jual sesuatu.

 

“Serius?” Minhyuk tanya pada orang di talian satu lagi tu.

 

Aku mengeluh.

Risau aku dibuatnya. Macam mana kalau dia betul-betul tak cukup duit belanja? Entah apalah yang dia nak jual tu. Ibu bapa Minhyuk dah laa duduk jauh. Duit gaji dia selama dia bekerja sambilan kat Soft Heart ni tak cukup ke?

 

“Serius?!” Minhyuk tanya lagi. Dan tiba-tiba dia bersorak gembira macam pasukan bola sepak yang dia suka tu menang.

 

Dah dapat jual barang laa tu.

Aku menjeling ke arah Minhyuk. Suka betul dia. Jarang dapat tengok dia on call dan jerit gembira macam tu sebab dia jarang pegang phone masa kerja. Minhyuk ialah seorang pekerja yang berdedikasi. Walau banyak mana pun assignment yang pensyarah dia bagi, Minhyuk tetap akan buat kerja dengan mantap. Sebab itulah mama dan papa sayang dekat Minhyuk.

Lepastu ada ke patut mama suruh aku kahwin dengan Minhyuk oppa ku yang comel tu? Alasannya, nanti senanglah mama dan papa nak wariskan Soft Heart ni. Tak payah nak risau aku lambat buka Soft Heart setiap hari.

Ada ke patut?

 

“Euna” Minhyuk panggil aku. Uish, terkejut aku.  Aku toleh dan jawab,

“Apa?”

“Oppa balik awal sikit tau harini” Minhyuk cakap sambil kemaskan barang dia. Aku tercengang.

“Huh??” aku dah risau.

“Habis, Euna macam mana?? Akan Euna nak kena balik seorang-seorang??” berkerut dahi aku dibuatnya. Memang tidaklah aku nak balik seorang-seorang. Aku takut gelap tau tak!

“Euna tak nak ..” aku merengek. Minhyuk zip beg dia sambil ketawa.

“Oppa, janganlah tinggalkan Euna. Euna sayang oppa” aku berdiri dan mendekati Minyuk yang tengah tergelak tu. Sampai hati dia gelakkan ayat manis aku.

 Aku buat muka sedih habis bila aku berdiri tapi Minhyuk. Minnyuk pusing ke arah aku dengan senyuman di bibir. Kemudian, Minhyuk letak tangan kanan dia kat dahi aku dan alihkan rambut aku ke atas. Minhyuk pegang rambut aku tu agar tak jatuh semula ke dahi dan cium dahi aku.

“Dah, oppa dah kongsi keberanian oppa dengan Euna” Minhyuk berkata sambil pandang aku. Dia lepaskan pegangan tangan dia dan rambut aku kembali mengurai kat dahi. Aku masih dengan muka sedih aku.

“Tak cukup..” aku merengek. Minyuk ketawa. Lepastu dia tanya,

“Nak oppa cium Euna lagi ke?”

 

Terkedu aku.

 

Aku terus buat tanda pangkah dengan kedua tangan aku.

Bahaya betullah Minhyuk ni!

 

Minhyuk ketawa lalu dia sandang beg dia dan pandangn aku.

“Oppa balik dulu tau. Malam ni ada kerja berkumpulan pula” Minhyuk menerangkan posisi diri dia. Aku angguk-angguk.

“Pelajar university yang berdedikasikan..” aku cakap. Minhyuk tertawa kecil dan tunjukkan penumbuk dia ke aku. Aku senyum je. Minhyuk jalan mendekati pintu. Aku hanya mampu hantar dia dengan pandangan mata. Ceyy macam sedih sangat.

 

Tiba-tiba dia pusing dan memberikan wasiat terakhir sebelum keluar,

“Oppa lupa nak cakap. Nanti Xiumin datang temankan kamu balik tau”

 



 

Dup dap, dup dap jantung aku berdetak.

Berdebar weh.

 

Minhyuk cakap nanti Xiumin nak datang sebab dia akan temankan aku balik. Sejak tu jantung ni asyik berdebar. Nak buat kerja pun macam tak tentu arah dah. Kejap-kejap aku tengok jam takut Xiumin datang. Bukan takut pun sebenarnya tau. Macamlah aku tak pernah jalan dengan Xiumin berdua je tapi ..

Geez!

Aku pun tak fahamlah apa yang aku tengah rasa sekarang ni.

 

“Nervous ke?” tanya satu suara. Terus termati lamunan aku. Terkejut aku dibuatnya. Aku terus mendongak memandang empunya suara. Seorang jejaka berbaju biru  tengah pandang aku dengan muka heartless dia tu. Aku terkebil-kebil pandang Xiumin sebab tak tahu nak jawab apa.

“Cuba kau tengok jam” arah Xiumin. Nada dia macam marah sikit. Aku pun tengoklah jam kat tangan. Uish, 10.07 malam dah!

“Pukul berapa sekarang?” tanya Xiumin dengan tegas. Aku ketap bibir sebab rasa macam akan kena marah.

“10.07 malam” aku jawab perlahan tanpa mendongak. Patutnya aku tutup kedai pukul 10.00 malam. Macam mana boleh tak perasan? Haish.

“Ni sebaik aku yang masuk tau. Kalau lelaki lain yang berniat jahat macam mana?” Xiumin tanya dengan suara yang agak tinggi. Memang aku tengah kena marah pun rupanya. Aku tunduk je. Tak jawab sepatah pun. Gila ke apa nak menjawab. Ahli EXOM kot yang tengah marah aku. Dia tak campak aku kat dinding kira bersyukur.

 

“Pandang aku sekarang. Kau ingat aku nak campak kau kat dinding ke kalau kau jawab soalan aku?” Xiumin cakap. Aku mendongak perlahan-perlahan dan pandang Xiumin. Mata aku dan mata dia bertemu. Aku cepat-cepat alihkan pandangan. Menakutkan weh muka Xiumin.

“Sorry” aku jawab perlahan.

“Dah, cepat tutup kedai ni. Kemas-kemas semua dan balik. Esok sekolah tahu?” Xiumin bersuara. Nada dia dah tak tinggi dah. Lega aku dibuatnya tapi takut tu masih ada.

 

Aku segera kunci pintu Soft Heart dan ambil semua dulang kosong kat tempat roti dan pastry. Aku bawa dulang tu ke dapur untuk dibasuh. Sebelum tu, aku ambil kain dan lap tempat letak roti dan pastry tu.

“Hey, kau” Xiumin bersuara. Aku berhenti mengelap dan pandang Xiumin.

“Yaa?”

“Kau nak biarkan aku tercegat saja kat sini ke?” Xiumin tanya. Aku mula meggelabah. Apa yang patut aku buat ekh?

“Kau nak minum ke? Kau nak minum apa? Duduk lah dulu kat dapur. Kejap ekh” aku terus ke dapur untuk buat air.

“Hey gadis, tak payah nak mengada” Xiumin cakap. Aku terus tertoleh.

“Kenapa?” aku tanya memandangkan Xiumin macam tak suka apa yang aku buat.

“Bagi sini kain kau tu” Xiumin memberi arahan dan aku, Euna mematuhi arahan.

“Kau pergi kemas dapur kau tau. Bahagian depan ni biar aku buat. Nanti kau touch up apa yang tak elok. Dah, pergi! Aku tak nak balik lambat. Tinggalkan kau nanti baru tau!” Xiumin berkata dengan selitan ugutan. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku dengar.

Bila Xiumin ambil kain kat tangan aku, masa itulah aku tahu bahawasanya aku tak boleh layan perasaan aku sangat. Kena tinggal nanti, menangis tak berlagu!

 



 

Xiumin dan Euna mengemas Soft Heart dengan penuh berdedikasi.

 

Kadang si gadis memandang si jejaka.

Kadang si jejaka mencuri pandang si gadis.

 

Si gadis tersipu malu memikirkan yang dia dan si jejaka berduaan dalam Soft Heart.

Si jejaka mengawal macho walaupun jantungnya berdebar bagai nak gila.

 

Dari luar, mereka kelihatan seperti pasangan yang menyukai satu sama lain tetapi hasrat hati belum habis diluahkan. Aura bahagia itu ada meskipun mereka diam seribu bahasa. Hal ini membuktikan bahawa perbuatan bersuara lebih kuat berbanding perkataan.

Haah, macam karangan dah.

 

Dan tanpa mereka sedari, dari seberang jalan, ada seorang jejaka yang amat mereka kenali sedang memerhatikan gelagat mereka.

“Xiumin, aku kecewa dengan kau” Kris berkata lalu melangkah pergi.

 



 

Aku dan Xiumin jalan seiring menuju ke rumah aku. Kadang, rasa macam benda ni dah jadi benda biasa. Walaupun masih ada rasa janggal, aku dah mula selesa sedikit. Aku dah tak jalan macam robot lagi dah. Heheh.

 

“Kau berangan apa tu?” suara Xiumin memecahkan lamunan aku.

“Tahu tak yang berangan tu membazir masa? Lebih baik kau hafal formula ke, fakta sejara ke..” tambah Xiumin. Nak ketawa aku dibuatnya. Memang pelajar cemerlang betul budak sebelah aku ni. Aku pandang Xiumin dengan senyuman di bibir.

“Kau jangan kutuk aku dalam hati, aku boleh dengar” Xiumin cakap bila dia menoleh memandang aku. Tersentak aku.

 

Diam.

 

Xiumin tak bersuara dah.

Aku pula tak tahu macam mana nak matikan kebisuan ini.

Hah! Teringat pula pasal Minhyuk tu.

 

“Xiumin..” aku memanggil selepas mengumpul kekuatan dalam diri aku. Aku pandang ke arah Xiumin yang berjalan dekat sebelah kanan aku.

“Apa?” Xiumin tanya tanpa menoleh.

“Minhyuk oppa ada nak jual apa-apa dekat kau tak?” aku tanya. Aku harap cubaan untuk matikan kebisuan ini berjaya.

 

Xiumin diam tak jawab apa.

 

Aku pandang ke depan balik dan sedar diri aku ni tak setaraf dengan Xiumin. Siapalah aku di sisi seorang ahli EXOM yang handsome ni. Xiumin macam tak nak berkomunikasi dengan aku je.Percubaan aku, dengan rasminya telah gagal.

“Kenapa?” Xiumin bersuara. Riak wajah aku terus berubah gembira. Yeaahh, dia nak teruskan perbualan ni!

“Oppa keluar awal tadi. Sebelum tu dia on call dengan seseorang. Dia tanya orang tu nak beli tak sebab oppa kesuntukkan masa. Aku tak pasti apa yang oppa nak jual tapi macam risau juga kalau dia tak cukup duit ke, apa ke..” aku jawab panjang lebar. Aku pandang Xumin dengan muka risau aku dan tunggu reaksi daripada dia.

 

Lepastu Xiumin tanya,

“Kau sempat fikirkan lelaki lain masa tengah berdua dengan aku?”

 



 

Selasa pagi.

 

“Weh, Euna! Cepatlah sikit” Iseul memanggil. Aku yang baru keluar daripada tandas mempercepatkan langkah aku. Bila aku dah berdiri depan Iseul, aku tanya satu soalan yang penting,

“Apa dia?”

“Kau nak tahu tak, EXOK dah senyum balik!” Iseul bercerita dengan gembiranya. Aku pun turut tersenyum gembira.

“Serius laa?!” aku macam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Iseul mengangguk dengan bersungguh-sungguh.

“Serius! Itulah kau, masa EXOK lalu laa nak pergi tandas laa, itu laa ini lahh” Iseul berceloteh. Aku ketawa.

“Ohh, mentang-mentang kekasih hati dia dah senyum balik, bukan main kutuk aku ekh”

Iseul tersenggih bila aku cakap macam tu.

“Macam mana EXOK boleh senyum balik? Datang, datang terus senyum ke apa?” aku tanya. Serius gila muka. Iseul tarik tangan aku dan kitaorang berjalan menuju ke kelas.

“Masa datang tu, muka diaorang masih garang. Bila diaorang buka loker dan tak ada satu pun surat, diaorang terus tersenyum” Iseul bercerita. Aku pandang Iseul dan ternganga tanda tak percaya.

“Betul..” Iseul berkata. Kitaorang melangkah naik tangga.

“Lepatu aku teringat apa yang kau cakap tu” tambah Iseul. Aku kerutkan dari.

“Yang mana?” aku tanya. Memang tak ingatlah apa yang aku cakap. Banyak kot benda yang aku cakap kat Iseul ni. Sekali sekala aku pandang anak tangga agar aku tak terjatuh.

“Yang EXOK tak suka surat cinta tu” Iseul ingatkan aku. Aku mengangguk sebab aku dah ingat balik dah.

“Tulah, aku dah cakap yang EXOK tak suka surat cinta” kataku dengan berlagak. Muehehe. Iseul pandang aku dengan muka tak puas hati.

“Tak payah ak berlagak sangat” Iseul cakap dan jeling aku. Aku ketawa.

 

Kitaorang dah sampai kat tingkat tiga bila Iseul cakap,

“Tapi aku masih ragu-ragu part kakak Baekhyun tu. Setahu aku, Baekhyun ada abang je tau. Dia dua beradik je”

“Weh, jangan laa takutkan aku” aku mula cuak. Aku dah fikir macam-macam. Contohnya, macam mana kalau haritu Baekhyun datang seorang dan gadis tu ialah jelmaan? GAHHH.

“Euna! Iseul! Masuk kelas cepat!” suara Suho menunjukkan yang kitaorang dah lambat masuk kelas. Aku dan Iseul terus tertawa. Kitaorang berpegangan tangan dan berlari ke kelas.

 



 

Waktu rehat.

Aku dan Iseul duduk kat tempat biasa.

 

Aku tengah sedut air minuman yang Iseul belikan untuk aku bila aku nampak Kris dan Xiumin bangkit dari kerusi mereka dan keluar daripada kantin. Ahli EXOM yang lain buat tak tahu. EXOK pula berpandangan antara satu sama lain.

Aku telan air liur.

Deep inside, aku harap ini bukan fasal aku dan Xiumin. Aku pandang balik kat meja EXOM dan hati aku bertambah tak tenteram bila salah seorang ahli EXOM tengah pandang aku. Aku rasa tak selesa sangat dengan tenungan mata dari Luhan. Aku terus tertunduk.

 

“Kau okay tak Euna?” Iseul tanya, pelik dengan aksi aku. Tanpa angkat kepala aku jawab,

“Aku risau laaa..”

 

 



 

A/N :

ingat nak request review tau.

tapi macam semua malay review shop tengah close.

bila nak open ni ?

huaaaaaa. TT . TT

 

 

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..