Throwback

Garang.

TIGA  :  THROWBACK

 



 

Sabtu.

 

Aku terjaga dari tidur. Aku cuba sesuaikan kadar cahaya yang masuk dengan mata aku yang baru bangun tidur ni. Aku peluk bantal peluk aku erat-erat. Rasa macam nak tidur balik. Aku capai handphone aku kat atas meja kecil sebelah katil dan tengok jam. Pukul 8.05 pagi. Mama dengan papa mesti dah lama pergi kedai untuk buat roti dengan kek. Segar setiap hari! – adalah motto kedai kek dan roti Soft Heart.

Berbekalkan rasa lapar, aku cuba kawal nafsu tidur tu. Aku bangkit dari katil dan pergi bersihkan diri. Lepas siap, aku terus turun bawah dan pergi ke dapur untuk sarapan pagi. Suasana sepi gila memandangkan aku adalah anak tunggal.

Aku sarapan seorang-seorang.

 

Lepas habis makan, aku pergi ke ruang tamu dan duduk kat sofa. Ingat nak bersenang-lenang tengok tv tapi entah macam mana, fikiran aku melayang teringatkan Xiumin. Tanpa sedar, aku teringat tentang semalam.

“Dia akan buat macam tak ada apa-apa berlaku” aku cakap kat diri aku dengan yakin bila mengenangkan yang kitaorang akan jumpa balik Isnin ni. Kenapa aku berasa yakin? Sebab benda ni pernah berlaku kat aku tahun lepas. Dan peristiwa tu tak pernah terlintas pun kat fikiran untuk aku lupakan.

 



 

Tahun lepas. Pertengahan tahun.

Sebabkan Cikgu Lee bekerja sambil belajar, kitaorang dah selalu juga buat kelas malam kat sekolah. Sampai pak cik jaga tu kenallah muka kitaorang. Bila ada kelas malam, kitaorang akan belajar di kelas tingkat bawah memandangkan tak ada siapa guna.

 

Kelas malam tu, Iseul tak datang.

 

Tepat jam 9.30 malam, Cikgu Lee habiskan sesi pembelajaran. Cikgu Lee berkemas sementara pelajar-pelajar salin apa yang tertulis di papan putih.

“Salin sampai habis..” pesan Cikgu Lee sebelum keluar kelas. Masa berlalu dan seorang demi seorang yang dah habis salin nota, beredar dari kelas. Aku mula gelabah bila tengok banyak kerusi dah kosong.

“EunA, aku balik dulu. Cepat sikit salin tu” kata Yonghwa. Aku angguk dan cuba tulis selaju mungkin. Aish, aku tak tahu kenapa aku ni selalu salin nota lambat sangat. Dengan penuh fokus, aku menyalin nota dan tak sedar pon dalam kelas tu hanya tinggal aku dan Xiumin.

“Ekh, dah kosong ke..?” aku bersuara sebaik saja aku habis salin nota. Aku pandang keliling kelas. Aku melepaskan nafas lega bila nampak Xiumin yang sedang letakkan kepala kat meja. Aku tengah kemas barang aku bila hati aku bertanya,

Tu Xiumin kan? Bukan makhluk yang menyerupai..

Aku toleh ke belakang. Xiumin masih berada dalam posisi yang sama. Aku cepat-cepat masukkan barang dalam beg. Aku berdiri dan sandang beg. Aku pandang ke arah Xiumin. Aku macam serba salah nak buat apa. Nak pergi je ke .. nak kejut dia? Aku pandang luar kelas dan terus buat keputusan bila kat luar tu nampak seram. Aku menghampiri Xiumin beberapa langkah dan panggil dia,

“Xiumin”

 

Xiumin tak bagi respon.

 

Aku menghampiri Xiumin beberapa langkah lagi. Aku pandang Xiumin yang dah siap sandang beg dia tu. Entah kenapalah dia tak balik lagi walaupun aku pasti yang dia dah siap awal. Aku ambil masa aku untuk kumpulkan balik keberanian aku yang baru je habis aku gunakan bila aku sebut nama Xiumin tadi.

“Xiumin, bangun. Aku dah nak balik dah ni..” aku cakap. Kali ni kuat sikit. Xiumin angkat muka dia dari meja perlahan-lahan. Aku kebelakang beberapa langkah sebab terkejut. Aku pandang Xiumin untuk tengok reaksi dia. Aku harap dia tak marah sebab aku buat cubaan untuk berkomunikasi dengan dia.

Mata kitaorang bertentang dan,

 

PAP.

 

Lampu terpadam. Kipas berhenti berpusing. Kaki aku pun berhenti berfungsi. Jantung aku terus lemah. Aku kaku berdiri tanpa begerak seinci pun. Pernafasan aku pun jadi tak menentu. Keadaan dalam kelas gelap sungguh. Cahaya bulan tak cukup terang  nak menerangi kelas ni. Handphone pula tak bawa, bagus sangat. Kalau tak, boleh suluh guna cahaya dari handphone.

Aku mengeluh. Aku tak suka gelap. Rasa macam nak nangis dah ni. Tiba-tiba aku terdengar bunyi kerusi. Aku terus lelap mata. Bulu roma aku tegak dan jantung aku dah berdegup kencang. Sumpah, nak nangis dah ni sebab takut sangat.

“Hidup lagi tak?” tanya satu suara secara mendatar. Aku buka mata. Aish, suara siapa pula yang tanya soalan seram tu. Eh, kejap, kejap. Tu suara Xiumin kan? Macam mana aku boleh lupa yang Xiumin pun ada sekali. Aku melepaskan nafas lega dan tersenyum. Ni pertama kali aku rasa bersyukur dengan kehadiran Xiumin.

“Hidup” aku jawab perlahan. Tapi bila fikir balikkan, Xiumin mesti akan pergi macam tu je sebab EXOM mana ada kisahkan siapa-siapa. Tidur kat sekolahlah jawabnya. Aku tertunduk sedih. Bila nampak ada cahaya, aku pandang Xiumin balik. Berbekalkan cahaya handphone dia, Xiumin menghampiri aku. Aku diam je sebab tak tahu nak buat apa.

“Jom” Xiumin kata dan jalan melepasi aku. Aku terkejut bila dia cakap macam tu tapi cepat-cepat ikut Xiumin dari belakang. Kalau kena tinggal macam mana?

Kitaorang berdiri di muka pintu. Xiumin suluh ke luar kelas. Laluan tu gelap gila. Kat hujung belah kanan baru nampak macam ada cahaya sikit. Aku dah seram sejuk. Macam-macam benda muncul dalam fikiran aku tapi aku tengok Xiumin macam tak ada perasaan je bila dia terus keluar daripada kelas dan berjalan menuju ke arah cahaya bulan yang malap tu tanpa pandang belakang. Aku ditinggalkan dalam gelap. Secara automatik, badan aku tak berfungsi. Aku berdiri kaku kat muka pintu.

“EunA?” panggil Xiumin. Aku tak mampu nak kata apa. Aku hanya mampu berharap yang Xiumin faham bertapa takutnya aku sekarang dan dia pegang tangan aku masa berjalan. Sekurang-kurangnya dengan cara tu aku tahu yang ada manusia dekat dengan aku dan dia tak akan tinggalkan aku dalam gelap.

Xiumin suluh, suluh dan nampak aku di muka pintu kelas. Dia ketawa kecil lalu menghampiri aku. Aku tak boleh bagi reaksi apa-apa walaupun itu pertama kali aku dengar Xiumin ketawa.

“Takut sangat ke?” Xiumin tanya. Aku mengangguk dengan lemah tanpa pandang Xiumin. Kegelapan ni dah serap semua tenaga aku.

Tiba-tiba, Xiumin pegang pergelangan tangan kiri aku dan tarik tangan aku dengan lembut. Aku tersentak gila. Tangan kiri dia suluh jalan dan tangan kanan dia pegang pergelangan tangan aku. Kitaorang jalan sampai hujung dengan senyap. Sepanjang perjalanan tu, mata aku tak boleh lepas dari pandang Xiumin walaupun aku tak boleh nampak muka dia dengan jelas. Jantung aku berdegup kencang walaupun rasa takut aku dah hilang.

 

Kitaorang jalan sampai keluar kawasan sekolah. Xiumin tengok phone dia sebelum masukkan phone dalam poket. Aku pun tengok jam kat tangan. 10.09 malam dah.

Aku pandang ke arah sebelah kanan - jalan yang akan aku guna untuk balik rumah. Kosong tanpa manusia. Walaupun ada lampu jalan, kat hati ni masih takut. Macam mana kalau lampu ni tertutup satu persatu macam dalam cerita-cerita seram?

“Nampak apa-apa ke?” tanya Xiumin. Aku terus pandang Xiumin dan gelengkan kepala. Soalan dia buat aku rasa lagi takut. Lepastu, tanpa kata apa, Xiumin terus jalan lurus ke depan tinggalkan aku seorang-seorang. Bila tengok Xiumin dah agak jauh dari aku, aku pun beranikan diri melangkah perlahan-lahan menuju ke rumah.

Selalunya kalau kelas malam aku akan balik dengan Iseul sebab rumah kitaorang dekat je tapi malam ni dia tak datang. Aku pula tak bawa handphone. Kalau tak, boleh minta papa tolong ambilkan.

Tiba-tiba aku terasa kehadiran orang. Langkah kaki aku yang perlahan ni jadi lagi perlahan. Aku berhenti dan toleh kebelakang. Aku terkedu bila tengok Xiumin berjalan menghampiri aku. Dia berhenti kat sebelah aku.

“Bukan kau..” aku nak tanya yang dia kan dah jalan lurus tadi kenapa dia guna jalan ni pula, tapi tak sempat habiskan ayat. Dia potong cakap aku.

“Kalau ada orang tahu, aku jadikan kau bola squash” ugut Xiumin. Aku terus ketap bibir dan angguk-angguk.

“Cepatlah jalan” arah Xiumin. Aku menurut perintah. Malam tu, aku dah Xiumin berjalan sebelah-sebelah menuju ke rumah aku. Hilang terus rasa takut – buat kali yang kedua. Fikiran aku tenang gila. Pernafasan aku pun dah okay cuma hati aku ni berdegup kencang balik.

 

Dan aku mula terfikir. Mungkin kat luar sekolah dia berubah perangai kot. Tapi, dalam kelas tadi..urrghh. Tak fahamlah aku dengan situasi sekarang ni.

 

Sampai je depan rumah aku, Xiumin terus beredar tanpa pandang aku. Aku hanya mampu hantar Xiumin balik dengan pandangan. Bila Xiumin yang handsome tu hilang dari pandangan, aku terus masuk rumah.

Esoknya, aku nak ucapkan terima kasih tapi tak berani bila tengok muka dia yang berpotensi mencederakan sesiapa. Lepas kejadian tu, Xiumin act macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku pun senyap je laa. Siapalah aku nak tegur ahli EXOM di khalayak ramai. Lain laa EXOK. Diaorang tu berani gila. Sebab tu laa ketua kelas semunya ahli EXOK.

 



 

Bunyi handphone memberhentikan aku daripada teringat kisah dulu. Sebaik throwback dah habis. Aku tengok nama kat screen phone dan jawab panggilan.

“Hello..” aku cakap.

“Dengarnya ada orang nama EunA yang akan tolong mama dan papa dia jaga kaunter pembayaran kat Soft Heart ni” mama perli. Aku ketawa.

“Okay mama, kejap lagi EunA sampai” aku kata dalam sisa tawa. Mama matikan talian. Aku terus naik bilik. Lepas pilih nak pakai baju apa, aku tukar pakaian dan berjalan ke Soft Heart.

 

Aku dah nak sampai kedai bila aku nampak Iseul melangkah masuk ke dalam Soft Heart. Aku kerutkan dahi dan tengok jam kat tangan.

“Baru pukul 11.25 pagi. Awalnya merayau” aku bermonolog dan menghampiri kedai. Aku membuka pintu Soft Heart dan bunyi loceng yang comel kedengaran. Aku melangkah masuk dan senyum pada Minhyuk yang tengah jaga kaunter pembayaran. Iseul yang tengah membongkok melihat kek-kek menoleh. Dia terus berdiri tegak dan tunjuk ke arah aku.

“Haaahh, kau! Dah lama aku cari kau!” Iseul cakap. Aku ketawal kecil melihat aksi dia. Aku menghampiri Iseul. Iseul peluk tubuh dan buat muka merajuk dia tu.

“Kau baru je masukkan. Bila masa pula dah lama cari aku?” aku tanya. Iseul pandang aku dengan muka yang tak percaya.

“Handphone kau mana?” Iseul jawab soalan aku dengan soalan. Aku terus rasa poket-poket aku. Lepas tu aku pandang Iseul dan tersengih tunjuk gigi.

“Aku dah agak dah, aku dah agak dah..” Iseul cakap. Aku senyum je and masuk ke bahagian dapur. Aku berdiri di belakang kaunter yang jual kek.

“Ye cik, nak kek yang mana?” aku cuba ubah topik perbualan. Iseul tunjuk buku lima dia. Aku ketawa dan tanya,

“Kenapa kau cari aku?”

“Aku nak tanya kau ada kat kedai tak. Nak beli kek. Lepas tu nak menyibuk kat dapur..” Iseul jawab and sengih. Aku mengangguk-angguk faham. Iseul sambung tengok kek.

“Haaa, yang ni nampak sedap. Nak yang ni, nak yang ni” Iseul cakap sambil tunjuk ke arah kek coklat dengan hiasan buah-buahan. Aku pandang kek tu.

“Nak sepotong” tambah Iseul. Aku pandang Iseul. Iseul pun pandang aku bila aku tak bagi respon apa-apa.

“Maaf cik, kek tu tak jual” aku kata dengan muka serius. Kemudian, aku ketawa suka.

“EuunnnAAA!” marah Iseul. Aku masih lagi ketawa. Minhyuk yang jaga kaunter tu pun ketawa. Tapi dia ketawa sikit je laa.

 

Tiba-tiba loceng yang kat pintu tu berbunyi. Kitaorang terus terdiam and pandang kat pintu masuk tu. Seorang jejaka yang comel melangkah masuk dengan penuh bergaya.

“Baekhyun..” kata Iseul perlahan dan pandang aku. Aku tersenyum pandang Iseul. Iseul tunjuk buku lima dia lagi sekali. Aku ketawa kecil.

“Ekh, korang batchmate aku kan?” tegur Baekhyun yang tengah berdiri dekat dengan dulang dan penyepit. Aku dan Iseul pandang Baekhyun serentak dan mengangguk perlahan. Dalam masa yang sama, aku masukkan kek yang Iseul pilih tadi dalam kotak kecil. Baekhyun mengangguk-angguk dan pandang aku lalu  tanya,

“Kerja kat sini ke?”

“Lebih kurang laa..” aku jawab. Baekhyun mengangguk-angguk. Lepas tu, suasana sepi. Baekhyun ambil satu dulang dan penyepit. Kemudian dia tengok-tengok pilihan roti yang ada. Aku bawa kotak yang berisi kek tu ke kaunter pembayaran. Aku toleh tengok Iseul. Dia tengah tenung Baekhyun. Aku ketawa kecil dan pandang Minhyuk.

“Apa?” Minhyuk tanya.

“Minhyuk oppa, tolong cakap kat Iseul.. jaga pandangan” aku cakap. Minhyuk tersenyum dan menghampiri Iseul. Minhyuk mengetuk kaunter kek. Iseul menoleh.

“Jaga pandangan” kata Minhyuk agak kuat. Iseul terkejut dan wajahnya berubah jadi kemerah-merahan sebab malu. Aku apa lagi, terus gelakkan Iseul. Minhyuk hanya tersenyum dan masuk ke dapur bahagian bakar membakar.

“EuunnAAA!” Iseul panggil aku dengan nada geram. Dia pergi ke kaunter pembayaran dan cuba pukul aku. Aku terus kebelakang dan masih ketawa. Kaunter pembayaran yang menjadi pemisah antara kitaorang menyelamatkan aku.

 

Mata aku teralih ke arah Baekhyun. Dia tengah berdiri tegak sambil pegang dulang yang berisi roti dan pandang kitaorang. Aku terus senyap sebab rasa macam pelik gila. Iseul pun toleh ke arah Baekhyun bila aku tiba-tiba berhenti ketawa.

“Ada apa-apa yang aku boleh tolong?” aku tanya. Kitaorang diam menunggu jawapan.

“Rasa pelik pula bila tengok batchmate aku macam ni. Selalu senyap je..” jawab Baekhyun. Aku senyum je. Yalah, akan nak cakap yang kitaorang semua senyap sebab ada EXOM kan? Baekhyun senyum dan sambung pilih roti. Iseul masih tak alihkan pandangan dari Baekhyun.

“Aku bagi  tahu Baekhyun baru tau..” aku cakap perlahan yang boleh kat Iseul. Iseul terus toleh. Muka dia masih kemerah-merahan.

“Berapa ya harga kek ni” Iseul tanya walaupun dia dah tau. Aku ketawa kecil. Selepas buat pembayaran, Iseul ambil kek dia dan masuk ke kawasan dapur. Tak lama lepas tu, Baekhyun jalan ke arah kaunter pembayaran dan letak dulang dia.

“Kejap ekh” Baekhyun kata sambil tersenyum. Kemudian, dia pergi ke kaunter kek. Aku pun menghampiri Iseul yang tengah berdiri tegak kat belakang kaunter tu.

“Kaourang kelas mana?” tanya Baekhyun lalu pandang Iseul dan aku. Aku pandang Iseul dan pandang Baekhyun balik.

“5-2” aku jawab bila Iseul tak kata apa.

“Ouhhhhhh” Baekhyun mengangguk-angguk lalu tersenyum manis.

“Sama dengan Suho..” tambah Baekhyun. Kitaorang angguk.

 

“Nama apa?” tanya Baekhyun bila dia pandang aku. Aku macam terkejut bila dengar soalan tu sebab EXOK selalunya tak macam tu. Baekhyun ketawa kecil.

“Aku bukan apa, kenal muka tapi tak tahu nama” Baekhyun kata. Mungkin dia ingat aku terkejut sebab dia tak kenal batchmate sendiri.

“EunA” aku jawab. Baekhyun angguk-angguk and pandang Iseul pula. Kemudian Baekhyun tanya,

“Nama apa?”

“Iseul” jawab Iseul. Kemudian dia terus pergi ke Minhyuk. Aku nak tergelak tapi tahan je. Mesti jantung dia tengah berdebar tu. Baekhyun pandang aku dengan muka pelik.

“Dia nak makan kek tu..” aku cover.

 

Mata Baekhyun mula tengok pilihan kek yang ada. Lepas buat pemerhatian, Baekhyun pilih kek yang dihiasi macaroon warna pelangi. Lepas bayar untuk harga enam jenis roti dan kek, Baekhyun beredar sambil melambai-lambai dan tersenyum comel.

Aku pandang Iseul yang semestinya tengah pandang Baekhyun berlalu pergi tu dan cakap,

“Suka laa tu crush dia cakap dengan dia..pandang dia..”

“Diamlah!” protes Iseul. Aku ketawa.

 



 

Rumah D.O.

 

Suho, Chanyeol, Baekhyun, Kai dan Sehun duduk di sofa di rung tamu rumah D.O manakala D.O berada di dapur. Dia tengah siapkan roti dan kek untuk dihidangkan.

 

“Kenapa kau cakap yang Xiumin seorang je yang boleh senyum?” Baekhyun yang tengah bersandar kat sofa tu memulakan perbualan. Semua mula pandang Suho.

 “A’ah. Betul tu. Bukan semua ahli EXOM boleh senyum ke? Kita semua pernah nampakkan” kata Kai, menyokong Baekhyun.

“Maksud aku, Xiumin yang paling banyak senyum. Kalau yang lain senyum sekali sebulan, Xiumin senyum dua atau tiga kali sebulan..” Suho jawab.

“Betul tu” sokong D.O yang baru keluar dari dapur sambil bawa roti-roti yang telah dibeli oleh Baekhyun lalu letak atas meja kopi depan EXOK. Kat belakang D.O, dua orang pembantu rumah D.O membawa kek dan piring.

“Kiranya, kemungkinan untuk budak-budak ni nampak Xiumin senyum tu tinggilah berbanding EXOM yang lain. So, diaorang akan ingat Xiumin je boleh senyum” tambah Suho. Semua terkejut bila dengar penerangan Suho dan terus setuju dengan Suho. Lepas tu, EXOK menikmati roti dan kek yang dihidangkan.

 

“Sedapnya..” puji Suho.

“Aku beli kat kedai kek dan roti Soft Heart” Baekhyun cakap lalu suap kek ke dalam mulutnya.

“Ouhh! Tu kedai favorite Xiumin” Suho cakap. Baekhyun pandang Suho dan berkata,

“Yeke? Classmate kau EunA kerja kat situ. Iseul pun ada masa aku datang tadi”

Bila dengar nama Iseul, semua pura-pura batuk.

“Iseul?” tanya Sehun sambil tersenyum penuh makna lalu pandang Baekhyun. Baekhyun buat tak tahu dan sambung makan kek dia. Yang lain semua tersenyum-senyum.

 

Well, diaorang mestilah tahu rahsia hati masing-masing.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
yeahhh, akhirnya dah update. kekeke.

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 15: Update soon authornim
pikahbajet #2
Chapter 15: Daebak!!!!!!!!!
deer_ziera #3
finally autonim update...huhu
ddddehyun #4
Chapter 14: Apa maksud nyer .kemana xiumin pergi ..
turquoisecyan
#5
tak sure. tapi kalau ada gambar yang crash, tolong bagitau. thanks. hohoho.
ddddehyun #6
Wah bestlah citer ni...bila nak update...setia menunggu untuk episod seterusnya..